728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

13 January 2009

Aaron Aziz Dan Isteri, Cinta Tidak Mengenal Gigi | PERKAHWINAN artis malaysia, news, scandal, gossip, Weddings, Families, Divorces of Celebrities

gambar Aaron Aziz Dan Isteri
MUNGKIN ada beranggapan bukan mudah jika seseorang isteri mahu menguruskan kerjaya suami yang terbabit dalam bidang seni terutama apabila status mereka popular dan menjadi pujaan ramai.

Apabila Mawi membuat keputusan mahu isterinya, Ekin, menguruskan kerjaya dan penampilannya baru-baru ini, ramai peminat bertanya berbaloi atau tidak perkara itu dilaksanakan kerana bimbang boleh menjadi punca persengketaan dalam rumah tangga.

Pelakon terkenal kelahiran Singapura, Aaron Aziz, mempunyai persepsi sendiri dalam memastikan keharmonian rumah tangga dibina tetap terpelihara walaupun isterinya, Diyana Halik, 26, mengurus kerjanya.

Ditemui pada majlis pelancaran Megadrama Astro, Aaron berkata, apabila isterinya sendiri bertindak sebagai pengurus segala kerja menjadi mudah.

“Sudah tentu isteri lebih tahu waktu bekerja saya dan sebaik mungkin cuba memastikan dalam kesibukan di lokasi saya masih ada masa untuknya dan anak-anak,” katanya.

Bagaimanapun, sebagai pekerja, imbuhan untuk isteri tetap tidak dilupa dan sebagai orang yang bertanggungjawab terhadap segala tawaran, isterinya terlebih dulu mengenakan komisen atas setiap bayaran diambil sebagai upah meneliti kontrak dan menyiapkan jadual.



“Walaupun Diyana isteri saya tetapi sebagai pengurus sudah tentu upahnya perlu ada. Ia menjadi tanda sebagai suami isteri kami turut bersikap profesional apabila membabitkan kerja,” katanya.

Sambil ketawa, Aaron menjelaskan biasanya apabila setiap kali kerja selesai dan memperoleh bayaran penuh dia turut menghadiahkan beg Louis Vutton sebagai penghargaan kepada isteri tersayang.

“Sebelum ini sewaktu kami berpeluang bercuti ke Los Angelas, isteri saya sakan membeli sampai sembilan beg Coach.

“Itulah harga yang harus saya bayar kepada isteri atas usahanya membantu kerjaya seni saya. Pada saya biarlah saya berbelanja untuknya kerana Diyana banyak berkorban untuk saya dan anak,” katanya.

Bercerita mengenai kerjaya seni, jelas bapa kepada Danish Amaqi, 4, dan Dwi Ariana, 2, itu sejak menjadi Bintang Eksklusif Astro Megadrama bersama pelakon yang mendapat jolokan Ratu Filem Melayu, Erra Fazira, jadualnya sangat padat.



“Mujur filem terbaru lakonan saya Ransan ditangguh pembikinannya. Jadi, waktu terluang itu dapat saya membawa keluarga bercuti ke Disneyland, Hong Kong, akhir November lalu.

“Mulai tahun depan banyak drama saya akan mula disiarkan di Astro seperti Cinta Gila apabila saya digandingkan dengan Rita Rudaini. Waktu sama saya turut membintangi tiga filem yang bakal ditayangkan di pawagam, Bohsia, Kl Drift 2 dan Pisau Cukur.

“Ramai berpendapat menandatangani kontrak dengan Astro membuatkan kerjaya seni saya agak terhad terutama apabila wajah saya tidak boleh berada di stesen televisyen lain.

“Pada saya cara begini lebih baik kerana kerjaya lebih stabil memandangkan tawaran sentiasa ada dan tidak putus. Pada waktu sama ia lebih terurus,” katanya.

Aaron menandatangani kontrak setahun dengan Astro yang akan tamat pada Mac depan. Dia turut merancang menyambung kontrak lagi jika tawaran diberikan.

“Walaupun ramai meluahkan kebimbangan mengenai kedudukan ekonomi yang tidak menentu pada 2009 tetapi saya tidak risau kerana mengikut pakar Feng Shui, mereka yang dilahirkan pada tahun naga, rezeki mereka akan murah.

“Saya bukan mahu mempercayainya namun mengikut jadual kerja saya yang sentiasa penuh ia menjadi bukti sehinggakan ada produksi di Singapura menjemput menjayakan program mereka dan terpaksa menolaknya,” katanya.

[sumber]


Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]





  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Aaron Aziz Dan Isteri, Cinta Tidak Mengenal Gigi | PERKAHWINAN artis malaysia, news, scandal, gossip, Weddings, Families, Divorces of Celebrities Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top