DO NOT MISS

06 December 2008

Masalah Kecacatan Zakar | MAN, macho, body, matured, health LELAKI MALAYSIA

Masalah Kecacatan Zakar | MAN, macho, body, matured, health LELAKI MALAYSIA
Masalah kecacatan zakar yang digelar ‘hypospadias chordae’ menggambarkan kecacatan di mana pembukaan lubang kencing berada di bahagian bawah kepala atau pangkal zakar dengan alat sulit itu sendiri bengkok ke bawah.

Jika zakar bengkok secara ketara dan tidak diperbetulkan sebelum lelaki itu mencapai akhil baligh dan masuk ke alam dewasa, sudah tentu sukar hendak menyalurkannya ke dalam faraj.

Keadaan itu boleh diperbetulkan dengan melakukan pembedahan dan lebih mudah dilakukan ketika individu berkenaan masih kecil.

Sebahagian besar daripada perubahan kecacatan zakar itu hanya kelihatan apabila kanak-kanak berkenaan masuk umurnya dua tahun atau lebih dan pembedahan boleh dilakukan seawal umur terbabit atau lebih.

Pembedahan pemulihan biasanya dilakukan oleh pakar bedah kanak-kanak yang fasih dalam pembedahan pemulihan atau ‘plastik’.

Biasanya, pembukaan lubang kencing akan diperbetulkan dengan menebuk bahagian depan menggunakan ‘stent’ dan kebengkokan yang berlaku akibat tarikan tisu keras dilegakan dengan melegakan tarikan tisu terbabit.

Sedikit kecacatan boleh berlaku tetapi keseluruhan pembedahan berkenaan akan membuatkan zakar berbentuk lebih lurus dan sesuai untuk persetubuhan pada masa depan.

Jika kecacatan ‘chordea’ atau kebengkokan penghujung zakar tidak diperbetulkan maka sukar untuk lelaki itu menggunakan zakarnya ketika erek kerana penghujung zakar akan bengkok.

Jika pembedahan pemulihan dilakukan dengan lelaki itu sudah masuk alam dewasa maka kemungkinan zakar akan memendek kerana hendak meluruskan bahagian yang bengkok.

Ini kerana, sebahagian besar tisu zakar di bahagian atas terpaksa dipendekkan supaya penghujung zakar boleh mendongak ke atas.

Saya syorkan jika ada antara anda mengalami masalah berkenaan dan doktor menasihatkan dilakukan pembedahan maka ikut nasihat beliau.

~ Dr.Ismail Thamby

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]





01 December 2008

Gambar Kad Kahwin Mawi dan Ekin | Kad Kahwin | Wedding Card | kad undangan | kad jemputan | kad kahwin indonesia | kad kawin

Gambar Kad Kahwin Mawi dan Ekin | Kad Kahwin | Wedding Card | kad undangan | kad jemputan | kad kahwin indonesia | kad kawin
Gambar Kad Kahwin Mawi dan Ekin | Kad Kahwin | Wedding Card | kad undangan | kad jemputan | kad kahwin indonesia | kad kawinRekabentuk Kad Kahwin Mawi dan Ekin untuk resepsi
Perkahwinan Mawi dan Ekin di sebelah Ekin

Gambar Kad Kahwin Mawi dan Ekin | Kad Kahwin | Wedding Card | kad undangan | kad jemputan | kad kahwin indonesia | kad kawin
Gambar Kad Kahwin Mawi dan Ekin | Kad Kahwin | Wedding Card | kad undangan | kad jemputan | kad kahwin indonesia | kad kawin
Gambar Kad Kahwin Mawi dan Ekin | Kad Kahwin | Wedding Card | kad undangan | kad jemputan | kad kahwin indonesia | kad kawinRekabentuk Kad Kahwin Mawi dan Ekin untuk resepsi
Perkahwinan Mawi dan Ekin sebelah Felda Taib Andak.

[sumber]

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]








29 November 2008

Sentuhan bibir aktiviti seksual | Sex, information, stories, videos, games, free sex MALAYSIA

Sentuhan bibir aktiviti seksual | Sex, information, stories, videos, games, free sex MALAYSIA
Kebahagiaan rumah tangga adalah gabungan tanggungjawab, pengertian, akhlak dan cinta yang tulus. Keharmonian rumah tangga boleh dicapai jika suami isteri memberi kerjasama dan memahami tugas masing-masing.

Tidak dapat dinafikan, aktiviti seksual penting dalam kehidupan berumah tangga, malah ia adalah tuntutan agama bagi mengelakkan manusia melakukan perhubungan seks bebas.

Setiap pasangan perlu mengetahui teknik dalam hubungan kelamin supaya nikmat dapat dirasakan kedua-dua pihak.

Antara anggota tubuh badan penting yang dikurniakan Allah ialah jari yang mampu melakukan sentuhan kenikmatan.

Apabila suami isteri bersentuhan, ia akan mempengaruhi perasaan dan melahirkan rasa kasih sayang.

Kesan sentuhan bukan saja dilakukan isteri tetapi suami. Sentuhan jari boleh melahirkan rangsangan naluri manusia.

Di sini diberi beberapa panduan kepada suami isteri mengenai kesan sentuhan dan bunyi dalam hubungan seksual yang sihat.

- Sentuhan suara

Nada bunyi dalam rumah tangga menentukan situasi pasangan masing-masing. Tinggi rendah nada suara memainkan peranan penting dalam hubungan seksual.

Jeritan kecil daripada mulut menimbulkan rangsangan. Begitu juga suasana bising dan tegang di bilik tidur sama ada gangguan dari luar atau dalam rumah boleh mempengaruhi mood seksual.

- Sentuhan jari

Ia adalah alat untuk merapatkan kemesraan suami isteri. Sebaiknya anda usah berkuku panjang kerana ia boleh menganggu sentuhan jari ketika hubungan seksual.

Kadangkala sentuhan jari tangan atau kaki lebih ‘berkuasa’ daripada mengeluarkan kata-kata. Benar kata pujangga, sunyi itu adalah suatu nikmat dan jari memainkan peranan untuk saat-saat kesepian itu.

- Sentuhan bibir

Anda jangan mudah terpengaruh dengan filem Barat yang gemar menonjolkan adegan bercium antara lelaki dan wanita dalam keadaan mengghairahkan.

Kadangkala teknik bercium cukup sekadar anda mengucup bibir atau dahi kerana ia menggambarkan betapa anda sayang kepada pasangan anda.

Sentuhan bibir di bahagian lain juga boleh menaikkan nafsu pasangan tetapi perlu dilakukan dengan lembut dan romantik terutama di bahagian sensitif.

- Sentuhan perasaan

Sentuhan ini lahir daripada dalam diri manusia, hanya mereka yang mengenali antara satu sama lain tahu bagaimana untuk melahirkan sentuhan ini.

Seseorang itu tidak perlu mengucapkan kata-kata tetapi riak wajah, senyuman dan kenyit mata boleh menggambarkan keseluruhan perasaan terhadap pasangan anda. Selamat mencuba!

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]





22 November 2008

Laku seks ketika kereta bergerak | Sex, information, stories, videos, games, free sex MALAYSIA

Laku seks ketika kereta bergerak | Sex, information, stories, videos, games, free sex MALAYSIA
Seorang lelaki Norway berdepan hukuman denda tinggi dan diharamkan memandu oleh sebuah mahkamah setelah dia ditangkap oleh pihak berkuasa kerana mengadakan hubungan seks dalam kereta yang dipandu laju di sebuah lebuh raya, kata polis semalam.

Lelaki berumur 28 tahun dan pasangannya yang berumur 22 tahun itu ditangkap anggota polis trafik kelmarin di lebuh raya E18 kira-kira 40 kilometer ke barat Oslo.

Kereta Mazda 323 yang dinaiki pasangan itu mencatatkan kelajuan 133 kilometer sejam (km/j) dalam zon had laju 100 km/j.

“Kereta itu bergerak ke kiri dan ke kanan kerana wanita itu duduk di atas riba ketika lelaki itu sedang memandu,” kata seorang pegawai polis, Tor Stein Hagen di daerah Soendre Buskerund. – AFP


Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]





15 November 2008

Enggan akui kelemahan seks | Sex, information, stories, videos, games, free sex MALAYSIA

Enggan akui kelemahan seks | Sex, information, stories, videos, games, free sex MALAYSIA
Keegoan suami yang malu untuk menceritakan kelemahan ‘tenaga’ dikenal pasti antara punca berlakunya peningkatan masalah itu setiap tahun. Sejak dua tahun lalu, antara 2.4 hingga 2.5 juta penduduk di negara ini yang berusia dari 56 hingga 76 tahun menghadapi masalah itu.

Keadaan itu menyebabkan pasangan mereka berasa tidak selesa hingga menjejaskan kebahagiaan rumah tangga.

Sesetengahnya cuba membantu dengan mendapatkan bantuan doktor bertauliah untuk memulihkan tenaga suami mereka yang enggan mengakui ‘kelemahan’ itu.

Malangnya suami mereka enggan berjumpa dan mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor kerana ego dan enggan mendedahkan masalah dihadapinya.

Malah, golongan ini lebih seronok menggunakan cara sendiri, termasuk menggunakan pendekatan yang sukar diketahui orang lain, terutama mendapatkan khidmat ‘baik pulih'.

Inilah trend yang berlaku hari ini apabila keegoan menguasai dalam diri seseorang serta sukar untuk menyelesaikan perkara ini dengan cara yang baik.

Kajian saintifik menunjukkan 40 peratus mereka yang mati pucuk berusia di antara 40 tahun dan 60 peratus berumur 60 tahun.

Peningkatan umur menyebabkan masalah itu berlarutan di kalangan lelaki, tetapi tiada pendekatan sesuai diambil bagi mengatasinya.

Bagi menangani masalah itu, lelaki terbabit lebih mempercayai produk tenaga batin di pasaran kononnya mampu menguatkan tenaga batin mereka.

Pandangan itu hanyalah gaya hidup dan bukan untuk memulihkan kembali ‘kuasa’ mereka.

Kajian menunjukkan kandungan bahan menguatkan tenaga batin di pasaran terlalu rendah, iaitu sekitar dua hingga tiga miligram, walaupun tubuh kita memerlukan antara 25 hingga 50 miligram.

Itulah persepsi lelaki ego apabila enggan mendedahkan masalah mereka.

Jika mereka berjumpa doktor, diyakini masalah mereka dapat diatasi kerana kita ada kaedah sesuai untuk merawat mereka.

Oleh Dr.Ismail Thamby

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]





 
Copyright © 2014 RP. Designed by OddThemes