728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

19 October 2008

Resepi Asam Pedas Ikan dan Nenas | MALAYSIAN RECIPES, food recipes, Resepi, Resipi Masakan MALAYSIA

Resipi Asam Pedas Ikan | MALAYSIAN RECIPES, food recipes, Resepi, Resipi Masakan MALAYSIABahan
3 ekor ikan kembung atau selar besar
1/2 biji nenas madu yang masak ranum
1 cawan cili kisar
1/2 cawan jus asam jawa
1 genggam daun kesom
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Tumbuk
8 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1/2 cm hirisan lengkuas
1/2 cm hirisan halia
1 cm kunyit hidup
1 cm belacan
1/2 camca teh lada hitam biji

Cara membuatnya
1. Ikan disiang, cuci bersih dengan perahan jus lemon dan garam, toskan. Kalau ikan besar kerat dua. Nenas dibelah, buang empulur dan potong serong. Ketepikan.
2. Dalam periuk, panaskan kurang lebih 1/4 cawan minyak dan tumis bahan tumbuk halus hingga harum. Masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak, gunakan api sederhana.
3. Kemudian masukkan nenas dan kacau goreng hingga nenas sedikit lembut. Tuang air (kurang lebih 700ml) atau mengikut keperluan. Biar mendidih.
4. Masukkan ikan dan bila mendidih, yuang jus asam jawa dan garam dan sedikit gula. Masak 2 - 3 minit hingga ikan masak. Rasa dan jika ok boleh matikan api dan hidangkan bersama nasi hangat.


Sumber : Encik Mat Gebu

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Resepi Asam Pedas Ikan dan Nenas | MALAYSIAN RECIPES, food recipes, Resepi, Resipi Masakan MALAYSIA Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top