728x90 AdSpace

Rahsiaperkahwinan.com dimiliki penuh oleh RP Network dan ianya ditubuhkan sejak tahun 2005

Latest News

10 October 2008

Resepi Sup Tulang Kambing Resepi MasakanTauhu ayam | MALAYSIAN RECIPES, food recipes, Resepi, Resipi Masakan MALAYSIA

Resipi Sup Tulang Kambing Resepi MasakanTauhu ayam  | MALAYSIAN RECIPES, food recipes, Resepi, Resipi Masakan MALAYSIABahan-bahan ( 6 org )

1 kg tulang kambing ( bhgn rusuk )
2 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
2" halia
2cm lengkuas
2 kuntum bunga lawang
1 btg kulit kayu manis
6 kuntum bunga cengkih
2 bj buah pelaga
1 mangkuk air panas
3 mangkuk air
1 sk serbuk lada sulah
2 sb garam & 1/2 sk ajinomoto
3 sb minyak
daun sup, daun bawang & bawang goreng

Cara-cara

Dalam mangkuk kaca, satukan kulit kayu manis,buah pelaga,bunga cengkih & bunga lawang
Masukkan air panas yang baru saja dimasak, tutup mangkuk rapat. Biar sehingga air menjadi suam. Selepas itu toskan bahan2 rempah & simpan air rendaman.
Tumbuk lumat bawang putih & bawang merah. Halia & lengkuas diketuk separuh lumat.
Panaskan minyak dalam periuk (lagi mudah kalau guna pressure cooker) tumis bawang hingga naik bau.

Kemudian masukkan bahan2 rempah yang telah direndam tadi. Gaul sekata.
Masuk pula halia & lengkuas. Biar selama 2minit. Masukkan tulang2 kambing, kacau biar bergaul dgn rempah,kecilkan api biar selama 10minit.
Masuk air & air rendaman rempah. Kacau sekata. Tutup periuk & dengan api perlahan reneh sehingga tulang empuk,biasanya dalam 1 1/2 jam.
Bila dah empuk, masuk lada sulah, garam dan ajinomoto. Adjust mengikut selera anda. Padamkan api, masukkan bawang goreng, daun sup & daun bawang. Tutup periuk rapat selama 20 minit. Siap utk dihidang.


sumber dari UTARA

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Resepi Sup Tulang Kambing Resepi MasakanTauhu ayam | MALAYSIAN RECIPES, food recipes, Resepi, Resipi Masakan MALAYSIA Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top