DO NOT MISS

06 October 2008

Resepi Briyani Kambing | MALAYSIAN RECIPES, food recipes, Resepi, Resipi Masakan MALAYSIA

Resipi Briyani Kambing | MALAYSIAN RECIPES, food recipes, Resepi, Resipi Masakan MALAYSIABahan-bahan:

1 kg daging kambing
1 biji tomato } dicincang
2 sudu besar bawang goreng } diramas
4 sudu besar rempah biryani
1/2 cawan tairu
1/2 cawan susu cair
1/2 biji jus limau nipis
1 tangkai daun ketumbar
1 tangkai daun pudina
1/4 tin tomato puree
2 cawan air
1 sudu besar minyak sapi
minyak masak secukupnya
garam secukup rasa

Bahan tumis:
4 labu bawang besar } dihiris
4 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
3 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang

Bahan kisar:
6 ulas bawang putih
4 cm halia
2 tangkai cili merah
3 tangkai cili hijau
1 sudu besar badam
1 sudu besar gajus

Cara membuat:
Panaskan minyak masak + minyak sapi, masukkan bahan tumis .
Goreng hingga wangi dan bawang kekuningan
Masukkan bahan-bahan yang dikisar, tomato puree, rempah beryani, bawang goreng dan daging.
Masukkan daun pudina, daun ketumbar, buah tomato dan air.
Kacau rata. Masak hingga daging 3/4 masak.
Kemudian masukkan tairu dan susu cair dan garam. Kacau rata.
Akhir sekali masukkan perahan air limau nipis dan didihkan sebentar

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]





Post a Comment

 
Copyright © 2014 RP. Designed by OddThemes