728x90 AdSpace

Rahsiaperkahwinan.com dimiliki penuh oleh RP Network dan ianya ditubuhkan sejak tahun 2005

Latest News

06 October 2008

Penyakit wanita sejauh mana suami faham? | WOMAN, sexy, beautiful, matured, health Wanita MALAYSIA

Penyakit wanita sejauh mana suami faham?Kesedaran ini bertujuan mendidik suami supaya sentiasa memberi sokongan kepada isteri dikala mereka bertarung dengan penyakit seperti barah payudara, barah pangkal rahim, barah dinding rahim atau fibroid.

Secara tidak langsung penderitaan yang ditanggung oleh mereka dapat diringankan jika memiliki seorang suami yang penyayang dan memberi semangat untuk terus berjuang mengharungi kesakitan.

Memang amat bertuah bagi isteri yang memiliki suami begini, tetapi bagaimana pula jika sebaliknya tentulah lebih pahit untuk ditelan. Tidak dinafikan ada juga kaum bapa mengambil keputusan meninggalkan isteri di saat mereka diperlukan dengan alasan dia tidak mendapat kepuasan.

Justeru, seorang lelaki apabila dia melangkah ke alam perkahwinan, perlu mengetahui sedikit sebanyak penyakit yang berkaitan dengan wanita agar lebih memahami keadaan ini.

Keluarga mendapatkan pandangan kaum lelaki sejauh mana pengetahuan mereka terhadap penyakit wanita. Banyak kebaikan jika isteri sedar tanda-tanda awal penyakit dan menceritakan masalah mereka kepada suami supaya rawatan awal dapat mencegahnya.

Jurutera, Mohd. Nizam Abu Mutalib, 29, berkata, pada mulanya dia tidak begitu prihatin tentang penyakit yang berkaitan dengan wanita sehinggalah isterinya mengalami keguguran sebanyak tiga kali.

“Doktor mengesahkan isteri saya tidak kuat hingga menyebabkan keguguran berlaku. Bagaimanapun jika isteri saya ingin melahirkan anak lagi, dia perlu mendapat suntikan setiap bulan,” katanya yang berasal dari Kuala Terengganu.

Menurut Nizam, komplikasi yang dialami oleh isterinya banyak menginsafkannya tentang pengorbanan kaum wanita walaupun diri terpaksa bertarung dengan maut.

Bagi penerbit buku Jaafar Ahmad, 44, walaupun isterinya tidak menghidapi sebarang penyakit, dia tetap mengikuti perkembangan golongan Hawa ini sebagai pengetahuan tambahan.

“Seorang wanita yang mengalami menopaus dalam usia lebih 40 tahun, perlu berhati-hati dengan penyakit-penyakit seperti kanser dinding rahim,” katanya yang banyak membaca mengenai penyakit barah di majalah milik isterinya.

Bagaimanapun, ini tidak bermakna wanita yang belum menopaus tidak akan mengalaminya.

“Apa yang saya tahu kanser dinding rahim boleh dikesan melalui kelainan yang berlaku pada pusingan haid berbanding kanser pangkal rahim yang dikesan melalui ujian papsmear,” ujar ayah kepada tiga orang anak yang telah dewasa.

Mohd. Nasir Husin, 53, Pengerusi Eksekutif NR Trading Corporation Sdn. Bhd., berpendapat, wanita yang mengalami tekanan perasaan hingga menggugat ketenteraman dirinya mudah menghidapi pelbagai penyakit kronik terutamanya penyakit wanita.

“Sokongan suami dan ketenangan dalam sesebuah rumah tangga dapat meredakan tekanan isteri sama ada yang bekerjaya ataupun suri rumah tangga,” katanya yang mempunyai empat orang anak hasil perkongsian hidup dengan Ramlah Ahmad, 21 tahun lalu.

Beliau mengakui amalan gaya hidup sihat seperti bersenam dan mengambil makanan tambahan yang dilakukan oleh isterinya banyak menyumbang kepada kebaikan.

“Saya bersyukur hingga kini tahap kesihatan isteri saya baik dan hanya sesekali mengadu sakit kepala,” katanya lagi.

Bagaimanapun beliau yang dulu bekerja dengan Perbadanan Penggalakan Pelancongan tidak dapat menerima hakikat jika seorang isteri yang sedang bertarung dengan penyakit barah sama ada barah payudara ataupun barah rahim akhirnya ditinggalkan oleh suami dengan alasan tidak dapat membahagiakannya. Jelasnya, ini menunjukkan keegoan lelaki yang mula melupakan pengorbanan isterinya ketika sama-sama membina rumah tangga dulu.

Sementara itu, Adnin Mohammad, 55, yang pernah melalui liku-liku hidup bersama isteri yang menghidapi penyakit barah pangkal rahim selama lima tahun mengakui, tidak pernah putus asa mencari penawar penyembuhnya. Menurutnya, pelbagai rawatan tradisional dan moden diikhtiar hingga habis beribu-ribu ringgit semata-mata untuk melihat dia sembuh.

“Hinggalah satu hari, kami berjumpa dengan doktor pakar sakit puan di sebuah klinik swasta yang memberitahu pembedahan perlu dilakukan untuk membuang selapis tisu pada rahim,” katanya yang begitu mengambil berat kesihatan isteri keduanya setelah isteri pertamanya meninggal dunia akibat darah tinggi.

Bagaimanapun, harapan untuk sehidup semati bersama isterinya itu tidak tercapai apabila isterinya minta dilepaskan dan meneruskan kehidupan di kampung semula.

“Dia membuat keputusan itu kerana tidak sanggup dibedah dan rela berubat cara tradisional,” katanya yang tidak mempunyai anak dengan isterinya itu walaupun telah berkahwin hampir 11 tahun.

Adnin yang akur dengan keputusannya kini meniti hari-hari tua bersama dengan empat orang anaknya daripada perkahwinan terdahulu.

dipetik dari RAMPAISERI

Dapatkan kemaskini blog Rahsia Perkahwinan terus ke email ANDA!!!

  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Penyakit wanita sejauh mana suami faham? | WOMAN, sexy, beautiful, matured, health Wanita MALAYSIA Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top