728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

05 October 2008

Keliru jantina anak | children's, kids, education and school , child, baby, parent MALAYSIA

Keliru jantina anak
ANAK sulung saya berusia dua tahun dan sejak dia bayi saya tidak pernah melihat kedua-dua skrotum anak saya seperti lelaki. Skrotum itu sentiasa kecut dan kulitnya keras berkedut. Adakah anak saya tidak akan mempunyai zuriat atau bukan lelaki sejati?

JENAB
Kulim, Kedah


Jantina bayi dikenali dari anggota kelaminnya. Jika doktor tidak dapat menentukan bayi itu lelaki atau perempuan, suatu keadaan yang dikenali sebagai ‘ambigous sex organ,’ pemeriksaan susulan akan dilakukan.

Pemeriksaan utama ialah untuk menentukan jantina bayi melalui ujian baka seks iaitu sama ada baka XX yang menetapkan bayi itu bayi perempuan atau XY untuk lelaki.

Ini mustahak untuk memberi nama kepada bayi itu. Kebiasaan jika anggota kelamin bayi itu mirip anggota kelamin lelaki maka jantina bayi itu akan ditetapkan kepada lelaki dan jika sebaliknya ia akan ditetapkan sebagai perempuan.



Adakalanya bayi itu seolah-olah mempunyai dua anggota kelamin dan kebiasaan untuk ibu bapa menetapkan jantina itu mengikut anggota kelamin yang lebih jelas. Jadi, tidak hairan jika anggota kelamin bayi disalahtafsirkan oleh doktor atau mak bidan yang menyambut kelahiran bayi itu.

Tanggungjawab ibu dan bapa memaklumkannya kepada doktor apabila mereka ada kemusykilan anggota kelamin anak, buah zakar tiada atau anggota sulit kecil dan terbenam, kerandut buah zakar kelihatan luar biasa macam terbelah (menyerupai anggota sulit perempuan) dan pelbagai lagi.

Bilateral anorkia atau ketiadaan kedua-dua buah zakar amat jarang berlaku. Ada kemungkinan kedua-dua buah zakar itu ada tapi ia ketinggalan dalam perut iaitu ia tidak turun dan masuk ke dalam kerandut buah zakar ketika anak dalam kandungan anda.

Saya syorkan puan bawa berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan. Jika buah zakarnya tersangkut, lagi cepat diturunkan ke dalam kerandut, lagi baik kerana buah zakar hanya dapat berfungsi jika kedudukannya dalam kerandut.

Jika cepat dikenal pasti rawatan sewajar akan dapat diberi dan kemungkinan proses pembiakan sperma tidak terjejas. Itu pun jika rawatan tidak terlewat. Tetapi buah zakat tu masih mampu menghasilkan hormon testosterone.

Jadi anda jangan hendak mencuba jadi doktor atau penyelidik tidak bertauliah, masa depan anak anda mungkin terjejas dengan sikap anda itu. Bawanya cepat jumpa doktor atau pakar.

Kemuskilan ini dijawab oleh
Dr.Ismail Thamby

artikel dipetik dari HARIAN METRO



Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]





rahsia clickbank


  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Keliru jantina anak | children's, kids, education and school , child, baby, parent MALAYSIA Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top