728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

05 October 2008

Bentuk testis sihat

BAGAIMANAKAH bentuk testis yang sihat? Jika ada seperti urat timbul pada sebelah kiri atau kanan testis, apakah ia berbahaya atau ada penyakit lain yang mungkin timbul? Saya betul-betul musykil dengan perkara ini.

INGIN KEPASTIAN
Bukit Mertajam
Pulau Pinang


Ada sepasang buah zakar dalam kerandut buah zakar. Buah zakar tergantung dengan otot penampung yang bergelar otot Cremester yang sebenarnya sebahagian otot dari perut.

Otot Cremester mencengkam apabila buah zakar disentuh secara tidak sengaja dan ini satu fenomena yang melindungi buah zakar daripada tercedera.

Kerandut buah zakar mempunyai kulit tipis dan halus dan ia mencengkam apabila lapisan otot di dalamnya mencengkam.

Kadangkala ada lapisan pembuluh darah atau urat timbul dan ini kelihatan apabila pembuluh darah itu tersekat akibat cengkaman otot kulit kerandut buah zakar.

Jika buah zakar diraba melalui kulit kerandut, gumpalan urat yang timbul akan terasa. Urat ini adalah pembuluh darah ven yang mengandungi darah daripada kilang testis yang bertakung sebelum keluar ke sistem vein yang besar.

Jarang berlaku pembuluh darah ven daripada buah zakar mengembang dan memuntal apabila darah yang keluar dari kilang sperma mendap dan tidak memasuki salur darah besar.

Keadaan pemuntalan ven ini dikenali sebagai ‘varikosel’. Jika pemuntalan tidak ketara, varikosel tidak memberi kesan sampingan.

Jika pembuluh darah terbabit memuntal secara ketara, tekanan akan berlaku kepada buah zakar dan kilang sperma tidak dapat berfungsi dengan baik.

Bilangan sperma akan merosot dan kualiti sperma menurun dan secara langsung mengurangkan kesuburan lelaki itu. Anda perlu jumpa doktor jika ragu-ragu dan jangan biarkan perubahan ini kekal.

Jika ada masalah varikosel dan ia memberi kesan buruk pada kesuburan, ada cara untuk memulihkan keadaan itu. Penawarnya ialah untuk doktor melakukan pembedahan mengikat salur ven yang kembang itu.

Jika prosedur itu berkesan, selepas tiga hingga enam bulan, buah zakar akan kembali memejal, bilangan dan kualiti benih akan meningkat. Sila jumpa pakar urologis anda.

Kemuskilan ini dijawab oleh
Dr.Ismail Thamby

artikel dipetik dari HARIAN METRO

Dapatkan kemaskini blog Rahsia Perkahwinan terus ke email ANDA!!!

  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Bentuk testis sihat Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top