728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

03 August 2008

Baked Macaroni and Cheese | MALAYSIAN RECIPES, food recipes, Resepi, Resipi Masakan MALAYSIA

Resipi Masakan Baked Macaroni and Cheese | MALAYSIAN RECIPES, food recipes, Resepi, Resipi Masakan MALAYSIA Bahan-Bahan:
- 8 auns macaroni
- 2 cawan keju cheddar - dihiris
- ½ cawan keju Parmesan - diparut
- 3 cawan susu segar
- ¼ cawan mentega
- 2 ½ sudu makan tepung pelbagai guna
- 2 sudu makan mentega
- ½ cawan bread crumbs
- secubit paprika
- secubit lada hitam yang ditumbuk
- 2 sudu makan minyak masak

Cara:
1. Masak macaroni seperti arahan di bungkusan. Campurkan minyak masak semasa merebus macaroni untuk mengelakkannya melekat. Setelah lembut, tapis macaroni dan letakkan di dalam bekas casserole/bekas tahan panas.

2. Di dalam periuk lain, cairkan 1/4 cawan mentega dengan api sederhana. Masukkan tepung pelbagai guna dan kacau.

3. Masukkan susu perlahan-lahan sambil mengacau adunan. Masukkan pula keju cheddar.

4. Masak di atas api perlahan sehingga keju mencair dan adunan menjadi agak pekat.

5. Tuangkan adunan ke atas macaroni dan kacau sehingga sebati.

6. Setelah itu, cairkan 2 sudu mentega di atas api sederhana dan kemudian masukkan bread crumbs. Kacau sehingga bread crumbs keemasan.

7. Tuangkan bread crumbs yang telah digoreng ini ke atas macaroni. Taburkan keju parmesan, paprika dan serbuk lada hitam.

8. Akhir sekali, bakar selama 15-30 minit atau sehingga keju kekuningan dengan kepanasan 175 darjah Celcius. Sedia untuk dihidangkan.

Cadangan Hidangan:
Resepi ini merupakan hidangan sampingan tetapi boleh juga dimakan sebagai hidangan utama. Jika tuan/puan ingin menjadikannya hidangan sampingan, ia tidak perlu dibakar dan ketika menghidang, taburkan keju parmesan, paprika dan lada hitam. Jika ingin dijadikan hidangan utama, boleh dihidangkan bersama coleslaw/ garden salad dan kentang goreng/bakar.

sumber : email

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]





  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Baked Macaroni and Cheese | MALAYSIAN RECIPES, food recipes, Resepi, Resipi Masakan MALAYSIA Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top