Subscribe to web2feel.com
Subscribe to web2feel.com
direncana oleh rahsia perkahwinan 15 October 2008

APA ITU SELAPUT DARAPengenalan:
Sebagai seorang wanita kita sering mendengar tentang istilah selaput dara. Sayangnya, pengetahuan kita terhadap perkara tersebut amat terbatas. Malah ada kalahnya ia lebih banyak dipengaruhi oleh mitos berbanding fakta sebenar. Agar tidak terkeliru dengan mitos yang diuar-uarkan, fahamilah informasi di bawah ini.

APA ITU SELAPUT DARA??

Dalam istilah perubatan, selaput dara dikenali sebagai hymen. Selaput dara ini merupakan satu lipatan selaput lendir yang menutupi pintu bibir vagina perempuan. Ia telah ada sejak bayi perempuan dilahirkan. Kedudukannya adalah diantara satu atau dua cm dari bibir luar vagina dan bentuknya bulat mengikut bentuk liang vagina. Namun begitu ada juga selaput dara yang memiliki bentuk unik seperti bulan sabit ( semilunar ) dan mempunyai pemisah ( septum ). Selaput ini amat tipis dan merupakan membran yang lembut. Secara biologisnya membrane ini tidak berfungsi, tetapi ia mempunyai beban yang berat kerana dinilai sebagai bukti kegadisan seorang perempuan.
ADAKAH SEMUA PEREMPUAN MEMILIKI SELAPUT DARA?

TIDAK. Bukan semua wanita mempunyai selaput dara pada vaginanya. Terdapat beberapa kajian yang mendapati ada bayi perempuan lahir tanpa selaput dara.

APAKAH YANG BOLEH MENYEBABKAN SELAPUT DARA PECAH?

Biarpun hanya sekadar lapisan lender, selaput dara sangat elastic dan tidak mudah rosak. Selaput dara hanya akan pecah apabila berlakunya hubungan seksual, rawatan perubatan yang dilakukan pada liang vagina, gangguan penyakit pada saluran vagina atau kemalangan dan aktiviti berat yang mempengaruhi alat kelamin perempuan.

Ketebalan selaput dara berbeza di antara satu wanita dengan wanita lainnya. Ada perempuan yang mempunyai selaput dara amat tipis dan mudah koyak oleh aktiviti-aktiviti tertentu seperti berenang, menunggang basikal dan memanjat. Ini semua memecahkan selaput daranya meskipun dia belum pernah melakukan hubungan s*ks. Sebaliknya, ada juga perempuan yang sudah bernikah dan berhubungan s*ks berkali-kali tetapi selaput daranya masih utuh dan tidak koyak kerana selaput daranya begitu elastik.

APAKAH SELAPUT DARA LAMBANG KEPERAWANAN?

Salah satu faktor penyebab kerosakan selaput dara adalah hubungan se*sual. Dan masyarakat menyatakan seseorang perempuan adalah perawan jika belum pernah melakukan hubungan se*sual. Isu keperawanan yang berhubung dengan selaput dara ini juga berkaitan dengan pendarahan yang terjadi ketika selaput dara koyak. Inilah yang menjadi tanda keperawanan dan kesucian seorang perempuan pada malam pertama.

Seorang wanita dikatakan tidak suci sekiranya tidak mengeluarkan darah ketika malam pertama. Anggapn ini sebenarnya kurang tepat. Perawan atau tidak seseorang gadis itu bukan hanya bergantung pada selaput dara. Tidak semestinya wanita yang tidak mengeluarkan darah ketika malam pertama sudah tercemar kerana selaput dara ini bukan hanya boleh pecah ketika melakukan persetubuhan tetapi juga disebabkan beberapa sebab yang dinyatakan di atas.
APAKAH SELAPUT DARA WAJIB MENGELUARKAN DARAH KETIKA MALAM PERTAMA?

Tentu sahaja TIDAK. Ini kerana selaput dara selain terdiri daripada membran yang lembut, ia juga bersifat fleksibel. Mungkin sahaja selaput dara ini melentur sehingga tidak mengeluarkan darah sewaktu melakukan hubungan se*sual buat kali pertama.

Malah dalam beberapa kes, didapati ada wanita yang tidak mempunyai selaput dara sejak lahir. Dan ada juga wanita yang memiliki selaput dara yang sangat tipis berbanding wanita-wanita lain sehingga is tidak dapat mengeluarkan darah pada saat melakukan hubungan se*sual buat kali pertama. Selain itu, fakta perubatan turut menunjukkan selaput dara hanya memiliki sedikit pembuluh darah. Semakin tipis selaput dara, semakin sedikit darah yang keluar sehingga hampir tidak kelihatan.

Bagi kaum lelaki, janganlah menilai kesucian isteri mereka melalui darah yang dikeluarkan ketika mereka mengadakan hubungan s*ks untuk kali pertama. Jangan terlalu tipikal dan kuno dalam menangani situasi ini, cubalah berfikiran lebih terbuka dan positif kerana di era millennium ini selaput dara bukanlah indicator utama dalam menentukan kesucian.

Mungkin tuduhan anda ada benarnya iaitu isteri anda sudah tidak suci lagi. Namun mungkin juga wanita yang anda nikahi tidak mempunyai selaput dara atau daranya telah pecah disebabkan aktiviti-aktiviti harian yang telah dilakukannya. Fikirlah dengan rasional. Jangan rosakkan ikatan pernikahan dengan tuduhan melulu yang akhirnya memusnahkan rumah tangga yang dibina.

Dapatkan kemaskini blog Rahsia Perkahwinan terus ke email ANDA!!!

Related Posts by Categories



22 comments

  1. Gula Kapas Says:
  2. Timekaseh. Sangat informative. Sayangnya takde reference (contohnya: academic journals) untuk kukuhkan fakta hingga tiada ruang langsung untuk apa2 pertikaian (contohnya: tak semua perempuan dilahirkan mempunyai selaput dara). Timekaseh sekali lagi :)

     
  3. Anonymous Says:
  4. hai..
    saya mahu bertanya mewakili rakan saya..
    dia sudah terlanjur dengan bekas teman lelakinya... si A, dan akan bakal berkhwin dengan si B (pilihan keluarga)...
    Dia sudah kehilangan dara..
    persoalannya..
    Adakah malam pertamanya, si B akan mengetahui smada perempuan ini punyai dara atau tak?
    Bagimana si B (lelaki) dapat tahu isterinya ada dara atau tak?
    adakah melalui pengaliran darah atau merasai otot vagina perempuan tersebut Luas atau longgar??
    sekian...

     
  5. Anonymous Says:
  6. saya mahu bertanya mengenai
    dia sudah terlanjur dengan bekas teman lelakinya... si A, dan akan bakal berkhwin dengan si B (pilihan keluarga)...
    Dia sudah kehilangan dara..
    persoalannya..
    Adakah malam pertamanya, si B akan mengetahui smada perempuan ini punyai dara atau tak?
    Bagimana si B (lelaki) dapat tahu isterinya ada dara atau tak?
    adakah melalui pengaliran darah atau merasai otot vagina perempuan tersebut Luas atau longgar??
    sekian...

     
  7. Anonymous Says:
  8. adakah selaput dara itu lambang kesucian seorang wanita???dan cara bagaimana mengetahui seseorg perempuan itu dara atau tidak??

     
  9. Anonymous Says:
  10. bagaimanakah cara untuk mengembalikan dara

     
  11. Anonymous Says:
  12. rasanyer mereke nih x reti nk bae smpai habis..hahahah kan dah ckp selaput ada atau tidak bukan lah menandakan si gadis itu dara...wlupun ada selaput..tp telah d main berkali2 tp selaput tetap kuat .... mcm ne nk pasti kan dia tuh suci....senang cite...xpayah ckp dara la...ckp je suci :) peace...bagush topic ni...skrg baru saya fhm...sbb ada kalangan kwn2 yg sudah berkahwin tp tidak berdarah.sbb mereke aktif dgn sukan kola keranjang yg memainkn peranan yg berat ...boleh mengakibatkan pecah dare(selaput)...tp suami dorg diata mslh dgn mslh ni.......:) peace

     
  13. nurul Says:
  14. hahahaha..
    padahal dia tanye utk diri dia..bkn tok kwn dia. hahahahahahaha klaka...A......B.....ish2...xbace ke ape dlm topic nih tulis erk..ouh..takot kantoi erk ;p hahaha jgn mare...

     
  15. Anonymous Says:
  16. org tua2.. tau cmner.. nk tgok gurlz 2..dra ke x?klu tumit org dh kwin xnmpk merah..klu dra tumit dia pijak lantai nmpk merah.Bukan itu sahaja,telapak tgn pun nmpk merah.gurlz di luar sana...pakat2 belek na....

     
  17. Anonymous Says:
  18. ala,xble pkai la pjak lntai tumit nmpk merah..tlpk tgn merah 2..xda kna mgna la..huu~

     
  19. Anonymous Says:
  20. x bleh terima la bnde mcm ni..
    x relevan.. abes 2, artikel ni nk buat sume laki trpengaruh dgan fahaman seperti ini? so bleh ade tolak ansur dlm soal mlm pertama?? x de drah dri dara yg pecah pn xpe? lpas ni x de la org pompuan nk pelihara lg dara diorang, sbb sume laki dh bleh terima fahaman mcm ni.. rosaklah org melayu mcm ni..

     
  21. Anonymous Says:
  22. supprt us..http://malaysia.youthsays.com/safrizal/Nivea-You-Wow-You-Rock

     
  23. Anonymous Says:
  24. http://malaysia.youthsays.com/safrizal/Nivea-You-Wow-You-Rock

     
  25. Lelaki Says:
  26. dara melambangkan maruah seorang gadis... hilang dara tak smestinya ditebuk tupai

     
  27. Anonymous Says:
  28. ala...lelaki kan bijak...die kn dpat rase kt corong otot tu...kalo dh loossee tu...x suci la mksd nyerr...

     
  29. Anonymous Says:
  30. ape semua ini

     
  31. anonymous Says:
  32. Saya ingin tanya, ada anak kecil usia 6 tahun, vaginanya dimainin oleh anak laki2 usianya 3 tahun diatasnya. Dan setelah dewasa,anak kecil tersebut mendapati dirinya sudah tidak mempunyai selaput dara, padahal terakhir vaginanya dipegang anak laki2 saat usianya 6 tahun. Apakah wanita tersebut sudah tidak perawan lagi semenjak dy usia 6 tahun tersebut? Dan apakah kejadian yg menimpa anak kecil tersebut dinamakan ML? Mohon dijawab, karena sangat penting. Terimakasih..

     
  33. Anonymous Says:
  34. skung..sdah byk gejala sosial mengkat..remaja yg sdah bergaul bebas smpix kra boy or gurlz sdh x dpt dkira krana blagn nya terllu ramai...t'tapi,golongan yg bertagihan seks pasti membuat perkara d luar jankauan...contoh mereka mlkukan perlakun(stim)...hal ni sring kdgaran..sya nak thu gurlz yg
    mbuat perlakuan stim ni...adkah mreka msh dara????

     
  35. Anonymous Says:
  36. Please state ur references on ur statement above, because when u said there is a research on hymen but some girl born without it? then what? where is ur references, where is the references that state hymen can easily brake with heavy activities or active in sport or recreation.

     
  37. mohon keizinan tuan agar saya dapat menyalin artikel-artikel pilihan kedalam blog saya. disini juga saya ingin melahirkan kekaguman saya terhadap lelaman tuan yang berinfomatif. tahniah!

     
  38. Anonymous Says:
  39. sebagai seorang remaja..,sy ckup takut apbla mdgr soal dara..,spti y dnyatakan d ats..,sy msih lagi mragui akan soal pecah dara akibat bersukan..,saya merupakan seorang pelajar yang aktif dalam sukan.,sejak dari kecil,saya memang ckup mnat dgn dunia sukan..antara sukan y sy ceburi ialah..,lompat tinggi,bola jaring.,& olahraga.,adkah dgn lasak bsukan nie.,akn mbri kesan thdap slaput dara sy??sekarang usia sy mcecah 20taun.,utk psdiaan d mse depan..,adkah akbat ini..,wjar la skiranya sy tdk mgalami pndrhan smsa melakukn hbgn seks d mlm ptma..??? & adkah pdrahn itu mmg ta kan blaku selamanya atau sbaliknya..??

     
  40. Anonymous Says:
  41. ok....klu da kte yg tgok tpak tgn merah tau x....cm ner kalu tpak tgn e2 semmg nye pucat nd kurg darah...

     
  42. eta Says:
  43. cube korang check kt Resource 4u.com. n type 'hymen. kt sana kata ada bbrpa jenis hymen n hymen cuma akan sepenuhnya hilang apabila ssorg pmpuan tu melahirkn baby. n yg 'wow!'nya tuh..hymen/dara bole direpair balik (Hymenorraphy). ce baca..

     

Post a Comment

Mutira Kata Minggu Ini

Bermula pada hari ini, jadikan DIRIMU bagai pohon yang rendang di mana setiap insan dapat berteduh. JANGANLAH jadi seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.

video minggu ini

Jadilah Yang PERTAMA membaca!

Langgani Pelbagai Artikel Rahsia Perkahwinan Terus Ke Email Anda!! !:

By FeedBurner

Twitt RP !

RP's Fan Box

Rahsia TERBARU !