728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

22 October 2008

Air Mani hanya meleleh | MAN, macho, body, matured, health LELAKI MALAYSIA

Air Mani hanya melelehSAYA ada mendengar seloroh rakan mengatakan air mani hanya meleleh dan tidak memancut. Sekarang saya mengalaminya.

Dulu ketika bersetubuh, air mani saya memancut, tetapi sekarang ia hanya meleleh.

Apakah masalahnya? Adakah air mani saya mampu memancut semula? Ketika bujang dulu saya sering melakukan onani.

ATFAN76


Air mani keluar secara memancut apabila lelaki mencapai klimaks. Keadaan itu berlaku akibat proses percetusan sistem pancutan atau ‘ejaculatory system’.

Bagi lelaki muda, pancutan itu sangat kuat. Manakala bagi lelaki berumur, pancutan kurang dan pengeluaran air mani lebih kepada meleleh daripada memancut.

Jika ejakulasi berlaku berulang kali, ejakulasi seterusnya menyebabkan pengeluaran air mani tidak lagi memancut. Ia akan meleleh walaupun lelaki itu muda.

Bagaimanapun, lelaki boleh mengawal ejakulasi sambil mengemut ketika melakukan hubungan.

Ia akan membuatkan tekanan atau ‘pressure’ dan sistem ejakulasi meningkat. Apabila ejakulasi tercetus, air mani akan memancut.

Kekuatan pancutan juga bergantung kepada otot yang mengawal ejakulasi dan didapati hormon testosterone dapat meningkatkan tekanan kepada otot.

Ejakulasi menjadi lebih dinamik apabila lelaki itu diberi hormon testosterone tambahan. Bagaimanapun, anda perlu berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan sebelum diberi hormon testosterone tambahan.

Amalan onani yang terdahulu tidak mempengaruhi kekuatan ejakulasi. Jika onani dilakukan beberapa kali sebelum melakukan seks, sudah tentu ejakulasi ketika seks tidak sehebat ketika onani.

Pengeluaran air mani sama ada secara meleleh atau memancut tidak mempengaruhi kesuburan lelaki atau mengawal kehamilan pasangan. Yang mustahak ialah air mani itu mengandungi sperma.

dipetik dari DOKTOR SAKIT TUAN bersama Dr.Ismail Thamby
HARIAN METRO





Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Air Mani hanya meleleh | MAN, macho, body, matured, health LELAKI MALAYSIA Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top