Subscribe to web2feel.com
Subscribe to web2feel.com
direncana oleh rahsia perkahwinan 17 October 2008

10 cara pilih seluar dalam sesuaiSeluar dalam menjadi isu sensitif bagi sesetengah orang dan tidak dibicarakan secara terbuka. Tapi disebabkan ketidakterbukaan minda ketika membincangkan soal itu membuatkan ramai melakukan kesalahan apabila memilih seluar dalam.

Pengurus Pemasaran Bahagian Pembelian dan Pembangunan Avon Cosmetics, Hanim Sharom berkata, seluar dalam mula diperkenalkan sejak akhir tahun 1800 untuk wanita iaitu tiga abad lewat berbanding lelaki.

Katanya, kini selari dengan peredaran masa, seluar dalam menjadi sebahagian daripada keperluan dalam berfesyen sama ada untuk wanita atau lelaki.

Masalah seluar dalam dan cara mengatasinya

1. Apakah cara betul ketika mengenakan seluar dalam menentukan keselesaan pemakai?

Sarungkan seluar dalam dan tarik ke atas sehingga posisi selesa. Pastikan bahagian belakang seluar memenuhi keseluruhan punggung. Pastikan pita di bahagian pinggan dan perut tidak berlipat.

2. Di manakah posisi betul panel bawah seluar dalam?

Pastikan jahitan pada bahagian hadapan panel kelihatan dan tidak seharusnya terselit ke belakang bagi memastikan keselesaan sepenuhnya.

3. Pinggang seluar dalam sentiasa bergulung tapi bahagian pinggulnya selesa.

Anda mungkin memilih saiz seluar dalam yang salah. Pinggang seluar dalam mestilah berkedudukan tetap dan selesa serta tidak berlipat. Saranan saya, cuba saiz yang lebih kecil dan rekaan berbeza.

4. Kaki seluar dalam menggigit dan bergulung. Adakah ia pilihan yang betul?

Kaki seluar dalam tidak sepatutnya menggigit dan bergulung. Jika keadaan itu berlaku, tandanya anda memakai seluar dalam terlalu kecil. Periksa sama ada bukaan kaki seluar dalam berkedudukan sama dari sisi ke sisi? Jenis fabrik seluar dalam anda daripada bahan memeri atau berelastik? Jika masih mengalami masalah yang sama, pilih seluar dalam berpotongan tinggi.

5. Seluar dalam seperti mahu terlondeh

Pilihlah saiz seluar dalam yang betul. Seluar dalam yang muat dengan selesa adalah seimbang dan selari serta meliputi semua bahagian punggung. Ganti seluar dalam yang lusuh dengan yang baru kerana getah pinggangnya mungkin sudah hilang keanjalan.

6. Apa yang mesti dilakukan untuk mengelakkan garisan seluar dalam kelihatan pada pakaian?

Pilih seluar dalam berliputan penuh seperti potongan maxi atau potongan seluar pendek (short). Kedua-duanya memberikan keselesaan sama seperti seluar dalam biasa malah ia mampu mengelakkan kesan seluar dalam jika anda mengenakan pakaian ketat.

7. Apakah fabrik terbaik untuk memastikan keselesaan seluar dalam?

Ada pelbagai jenis fabrik yang digunakan untuk membuat seluar dalam. Fabrik terbaik tentunya yang diperbuat daripada kain kapas. Fabrik lycra spandex dan nylon spandex memberikan kebebasan dan regangan bebas dari segi kemasan untuk tubuh. Namun, saranan saya, apa juga pilihan fabrik seluar dalam anda, pastikan panel bawah dilapik fabrik kain kapas bagi memastikan serapan serta pengeringan segera.

8. Bila seluar dalam perlu ditukar baru?

Fikirkan bila berdepan bencana seperti kemalangan dan perlu dibawa ke hospital, tentu anda malu jika tersingkap kain, terdedah seluar dalam yang lusuh dan koyak. Seluar dalam memainkan peranan untuk meningkatkan keyakinan diri seseorang. Panduan untuk bertukar seluar dalam adalah: Jika lipatan pada kaki dan bahagian pinggang telah mengembang dan longgar, tepinya bergulung atau terlondeh, jahitan tets atau fabriknya menipis dan tidak selesa dulu. Inilah faktor yang menyebabkan anda perlu bertukar kepada seluar dalam yang baru.

9. Bagaimana menjaga seluar dalam?

Periksa label peraturan mencuci yang disediakan. Ia bukan sekadar hiasan tapi maklumat penting sesuai fabrik. Boleh juga cuci menggunakan uncang khas jika menggunakan mesin pencuci. Keringkan di tempat redup dan berangin. Panas terik akan menyebabkan fabrik elastik cepat longgar.

10. Bagaimana menentukan saiz sebenar seluar dalam anda?

Dapatkan tali pengukur kemudian ukur sekeliling saiz pinggang, ukur bahagian paling berisi di bahagian pinggul (biasanya 10 inci di bawah pinggang).

Ketahui saiz seluar dalam anda

Pinggang Pinggul Saiz

25” -25” 35”-36” S

27” -28” 37”-38” M

29” -31” 39”-41” L

32” -34” 42”-44” XL

35” -37” 45”-47” XXL

38” -40” 48”-50” XXXL
Oleh Siti Nur Almizan Aripin

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]

Related Posts by Categories



0 comments

Post a Comment

Mutira Kata Minggu Ini

Bermula pada hari ini, jadikan DIRIMU bagai pohon yang rendang di mana setiap insan dapat berteduh. JANGANLAH jadi seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.

video minggu ini

Jadilah Yang PERTAMA membaca!

Langgani Pelbagai Artikel Rahsia Perkahwinan Terus Ke Email Anda!! !:

By FeedBurner

Twitt RP !

RP's Fan Box

Rahsia TERBARU !