728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

16 September 2008

Warga emas masih gemar berzina

Warga emas masih gemar berzina
SAYA seorang warga emas dan ingin tahu bagaimana caranya untuk menasihati dan menyedarkan suami yang selalu berzina. Puas dinasihati tetapi tidak diendahkan dan dia akan bercerita kepada saya mengenai mangsanya. Saya kini berusia 58 tahun dan suami pula 64 tahun tetapi masih tidak mahu insaf.

Apa harus saya lakukan? Tindakannya membuat saya rasa tertekan, terseksa dan seolah-olah turut menanggung dosa. Sampai bila saya harus bersabar dan adakah wajar jika saya laporkan perkara ini kepada pihak berkuasa?

WARGA EMAS
Johor


Seorang isteri wajib taat pada suaminya selama mana ketaatan itu tidak membawa kepada melakukan maksiat pada Tuhan. Jika suami sampai berzina, dia melakukan dosa besar di sisi Allah. Bagi seorang isteri, wajib dia menasihati suami.

Jika nasihat tidak dipedulikan, lebih baik diserahkan pada pihak tertentu yang boleh menasihati. Elok dilaporkan pada pihak berkuasa kerana jika tidak, puan dikira bersubahat dalam dosa yang dilakukan suami. Apalagi yang menjadi mangsa ialah kaum wanita yang sama seperti puan.

Fikirkan juga bagaimana suami boleh membawa penyakit pada puan jika dia melakukan zina dan kemudian bersama puan pula selepas itu. Usah disembunyikan lagi dosa ini, moga-moga tindakan puan akan dapat menginsafkan dia.

Dijawab oleh
Datuk Dr Mashitah Ibrahim, Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri

petikan dari HARIAN METRO

Dapatkan kemaskini blog Rahsia Perkahwinan terus ke email ANDA!!!

  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

1 comments:

  1. Anonymous11:15 AM

    Ini pun satu hal. Walau pun dah sama2 dah tua, kita perlu mahasabah diri juga. Jangan terus nak salahkan dan mengatakan orang lain itu berdosa. Mungkin ada sebab ia jadi begitu. Siisteri, cuba tanya pada diri sendiri. apakah dosa aku sehingga suami aku jadi begitu. Sebelum kita suruh orang lain bertaubat kita kena bertaubat dulu. Mungkin ada dosa2 kita yang telah lalu. Dan balasannya hingga kehari ini. Mana tau, mungkin akibat puan tak bagi dia kawin masa dia muda2 dulu. ataupun mung masa muda dulu puan terlalu kuat seks. Lelaki kalu cukup seksnya insyaalah bertambah sihat dia. Kaji semula dan mengadulah pada Tuhan, mungkin ada khikmah di sebaliknya. Nak mengadu pada pihak berkuasa, mungkin tambah aib dan dosa lagi. so, cuba muzakarah dan renung kembali masa silam apakah dosa2 yang telah ku lakukan.Kalau rasa ada amalan dan ilmu yang masih diamalkan berusahalah mengubatinya. Mungkin itu kerana masa muda dulu pengarug seks puan terlalu tinggi dan dia sayangkan puan..wallahualam

    ReplyDelete

Item Reviewed: Warga emas masih gemar berzina Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top