728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

12 September 2008

Usia tak halang warga tua aktif hubungan seks | Sex, information, stories, videos, games, free sex MALAYSIA

Usia tak halang warga tua aktif hubungan seksCHICAGO: Lebih 75 peratus lelaki Amerika berusia 75 hingga 85 tahun dan 50 peratus wanita pada usia sama masih berminat melakukan hubungan seks, kata satu kajian mengenai warga tua yang dilakukan penyelidik di Universiti Chicago.

"Sebenarnya usia bukan penghalang untuk hubungan seks yang sihat dan tidak bermakna segala-galanya sudah berakhir apabila anda mencapai usia 80-an," kata ahli sosiologi Edward Laumann yang mengetuai kajian ke atas 3,000 warga Amerika berusia antara 57 hingga 85 tahun dan tinggal di rumah sendiri.

Beliau berkata proses penuaan bukan punca yang menghilangkan keinginan untuk hubungan seks, sebaliknya ia lebih didorong faktor sampingan, antaranya keresahan, menjadi terlalu gemuk, ketagih rokok atau menghidap diabetes.

"Pengambilan ubat untuk penyakit ini boleh mengurangkan minat terhadap seks, manakala proses penuaan bukan faktor utama," katanya dalam satu temuramah melalui telefon.

Kajian Laumann ke atas golongan dewasa awal usia 10 tahun lalu, mendapati kegagalan fungsi seksual seperti rasa sakit ketika mengadakan hubungan seks atau gagal mencapai kemuncak, semakin meningkat ketika seseorang mencapai perte-ngahan usia tetapi kemudian kembali seperti sedia kala.

Kajian beliau ke atas warga Amerika yang lebih tua mendapati, dua pertiga lelaki dan hampir 50 peratus wanita aktif seks pada tahun sebelumnya.

"Punca kehilangan minat terhadap seks disebabkan beberapa faktor membabitkan kesihatan fizikal dan mental tetapi bukan faktor usia," katanya. Laporan kajian Laumann disiarkan Journal of Sexual Medicine.

"Jika minat terhadap seks berkurangan atau hilang terus, ia mungkin petanda wujudnya masalah kesihatan," kata Laumann yang menggesa doktor menjalankan siasatan bagi mengesan sama ada masalah seksual semakin meningkat.

Beliau berkata, mendapatkan pasangan untuk melakukan hubungan seks juga menjadi satu masalah kepada warga tua, apabila kajian Laumann mendapati 70 peratus wanita berusia lebih 70 tahun tinggal bersendirian, sudah berpisah atau tiada pasangan, manakala 35 peratus lelaki sudah kehilangan isteri masing-masing. – Reuters

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Usia tak halang warga tua aktif hubungan seks | Sex, information, stories, videos, games, free sex MALAYSIA Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top