728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

12 September 2008

Petua bagi wanita mengandung


HAMIL adalah satu tempoh yang cukup mencabar bagi setiap bakal ibu. Dalam tempoh ini juga, pelbagai rutin perlu diikuti dan dibuat serta tidak kurang juga pantang larang yang mesti dipatuhi bagi memastikan kandungan sihat dan selamat dilahirkan. Kalau sudah namanya petua, ada yang logik dan tidak kurang juga yang pelik, tetapi masih tetap diamalkan masyarakat tertentu walaupun pada peradaban moden.

Ada pantang larang di kalangan masyarakat antarabangsa, khususnya di Perancis, wanita tidak dibenarkan memasuki terowong dalam pembinaan kerana dikatakan membawa aura yang tidak baik dan apakah bentuk negatif itu, ia tidak diketahui kerana huraiannya dibuat berdasarkan kepercayaan setempat.

Berbalik kepada pantang larang dan petua ketika hamil, perihal ini amat menarik untuk diperkatakan walaupun tiada pernyataan rasmi mengenainya dan tiada kajian saintifik dilakukan pakar. Logik atau tidak petua berkenaan, ia bukan persoalan utama. Paling penting, ia menjadi kepercayaan turun temurun dan terus diamalkan segelintir masyarakat walaupun kita tidak mengetahui dengan jelas apakah rasional petua itu diikuti.



Bagi dunia dan persekitaran Melayu mahupun bangsa lain, petua berakar umbi dalam kehidupan dan kekal dijalani oleh masyarakat berkenaan. Petua berkaitan kehamilan misalnya, amat dipandang sensitif oleh semua lapisan masyarakat. Mengamalkan minum air selusuh yang dibaca dengan ayat al-Quran menjadi satu disiplin yang tidak pernah diabaikan oleh masyarakat Melayu. Rasional di sebalik meminum air berkenaan, ibu dikatakan akan melalui proses melahirkan bayi dengan mudah.

Begitu juga dengan petua membaca surah Yusuf dan Lukman, anak yang dilahirkan diyakini mempunyai tingkah laku serta pekerti yang sangat terpuji. Bagaimanapun, tabiat mengidam pada masa kini tidak lagi menjadi perkara yang merisaukan sekiranya bakal ibu tidak dapat menikmati makanan yang diingini.

Orang dulu menyatakan, ibu yang tidak dapat menikmati makanan dihajati akan menyebabkan bayi mereka mengalami masalah liur meleleh tanpa henti. Namun dapatan ini tiada kaitan dengan kegagalan mengambil makanan yang dihajati kerana kajian saintifik menunjukkan makanan yang diambil ibu tiada kaitan dengan masalah liur tanpa kawalan yang berlaku terhadap bayi atau si kecil.

Hakikatnya, selagi ia sekadar petua yang tidak memudaratkan dan tidak menyalahi hukum, ia boleh diamalkan bertujuan mewujudkan rasa selesa atau yakin pada bakal ibu.

Petua dan pantang larang ketika hamil yang masih wujud dalam masyarakat tempatan kini

# Bakal ibu ditegah membelitkan tuala di leher selepas mandi kerana dikhuatiri tali pusat akan terlilit pada leher bayi.

# Air dari hujung rambut selepas mandi, jika dikecap dikatakan akan memudahkan bayi keluar melalui rahim.

# Bakal ibu ditegah memakai kain sarung dari bahagian atas kepala kerana dikhuatiri kedudukan bayi akan songsang.

# Elakkan daripada menyediakan kelengkapan bayi berwarna kuning atau merah kerana dua warna itu dipercayai akan memberi kesan tidak baik kepada bayi yang baru dilahirkan seperti terkena sakit kuning atau terlalu aktif kerana merah melambangkan keazaman yang membara.

# Jika mengupas mangga, hendaklah dimulakan dari bahagian tangkai supaya bayi tidak lahir songsang.

# Jika membuka plastik yang bersimpul, buka dengan perlahan dan tidak mengoyakkannya secara kasar bertujuan mengelakkan bayi lahir secara pembedahan.

# Ibu hamil ditegah menjahit pada waktu malam bagi mengelakkan rabun.

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]





rahsia clickbank


  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Petua bagi wanita mengandung Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top