728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

19 September 2008

Peluang hamil bukan bergantung pada posisi | Sex, information, stories, videos, games, free sex MALAYSIA

Peluang hamil bukan bergantung pada posisiSAYA berusia 29 tahun dan suami pula berusia awal 40-an. Kami berkahwin setahun lalu dan belum dikurniakan cahaya mata.

Saya isteri kedua dan suami sudah mempunyai anak. Saya tidak mempunyai masalah kitaran haid cuma sukar mencapai puncak syahwat kecuali bila saya berada dalam kedudukan di atas suami.

Adakah kedudukan seperti itu boleh memberi peluang untuk saya hamil? Selain itu, bolehkah seseorang yang mempunyai penyakit buasir untuk hamil?

INGIN TAHU,
Banting, Selangor.

POSISI yang anda nyatakan lazimnya tidak mengurangkan peluang kesuburan anda. Amalan meninggikan punggung selepas hubungan seks atau sebaliknya membongkok seperti bersujud juga tidak meninggikan peluang kehamilan, walaupun ia sebenarnya tidak salah diamalkan asalkan tidak mendatangkan kemudaratan atau kepayahan.

Peluang persenyawaan telur oleh sperma lebih bergantung kepada hubungan seks sekitar waktu ovulasi, seseorang wanita dikatakan mempunyai waktu paling subur pada tempoh itu.

Namun, ini tidak bermakna hubungan seks pada 'waktu subur' memberi peluang lebih. Ini berdasarkan kajian perubatan yang menunjukkan hubungan seks yang kerap iaitu dua hingga tiga kali seminggu (bukannya tertumpu kepada waktu subur saja) lebih membuahkan kejayaan.

Sekiranya tiada ovulasi atau jika bilangan sperma yang berkualiti tidak mencukupi, peluang kehamilan juga menurun. Seseorang yang mempunyai buasir juga boleh hamil, ia tiada kaitan.

Dr. Adilah Ahmat
Pakar Perunding Perbidanan & Sakit Puan dan Rawatan Kesuburan, Pusat Rawatan Islam, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur

dipetik dari Harian Metro

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Peluang hamil bukan bergantung pada posisi | Sex, information, stories, videos, games, free sex MALAYSIA Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top