Subscribe to web2feel.com
Subscribe to web2feel.com
direncana oleh rahsia perkahwinan 16 September 2008

Isteri terlanjur dalam dilemaSOALAN

SAYA sudah berkahwin, ada dua anak dan berpendapatan tetap. Rumah tangga saya bahagia hinggalah suami berhenti kerja (akibat penstrukturan semula syarikat). Sejak itu dia kerap bertukar kerja dengan alasan tidak sesuai dengan jiwanya.

Kemudian dia mendapat pekerjaan mengikut syif (dua minggu siang dan dua minggu malam) dengan pendapatan yang jauh lebih rendah daripada kerja dulu.

Ketika ini kami banyak bertengkar, terutama apabila membabitkan soal kewangan dan masa. Dia lebih banyak menghabiskan masa di tempat kerja dan kurang peduli soal kami anak beranak.

Pada masa sama, saya bertemu semula bekas teman lelaki yang berpindah ke cawangan tempat saya bekerja. Kepada dialah saya meluahkan masalah. Kami menjadi rapat semula dan pernah terlanjur beberapa kali.

Kini saya insaf dan benar-benar takut. Saya tidak mahu bercerai kerana bekas teman lelaki sudah mendirikan rumah tangga. Saya tidak tahu apa harus dilakukan.

Adakah saya perlu memberitahu suami dan meminta ampun daripadanya atau terus merahsiakan perkara ini demi kesejahteraan rumah tangga kami. Apa pandangan Datuk?

LIN
Johor Bahru

JAWAPAN


Sepatutnya apabila menghadapi masalah, kita selesaikan masalah dan bukan menambahnya. Dalam keadaan pekerjaan yang tidak menentu dan gaji sedikit, pasti suami puan dalam keadaan tertekan.

Sebagai isteri, puan sewajarnya memberi sokongan dan kekuatan kepadanya untuk mengatasi keadaan ini.

Malangnya puan mengambil jalan singkat dengan menjalin hubungan terlarang dalam agama. Tiada jalan lain melainkan bertaubat pada Allah atas keterlanjuran itu.

Soal memaklumkan pada suami atau ditangguhkan dulu, puan harus pertimbangkan dengan masak supaya tidak mengeruhkan hubungan sedia ada.

Apabila seseorang berbuat dosa, Islam mengajar kita supaya bertaubat dan membanyakkan berbuat kebajikan supaya dosa yang dilakukan dapat dihapuskan dengan kebajikan.

Dapatkan kemaskini blog Rahsia Perkahwinan terus ke email ANDA!!!

Related Posts by Categories



0 comments

Post a Comment

Mutira Kata Minggu Ini

Bermula pada hari ini, jadikan DIRIMU bagai pohon yang rendang di mana setiap insan dapat berteduh. JANGANLAH jadi seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.

video minggu ini

Jadilah Yang PERTAMA membaca!

Langgani Pelbagai Artikel Rahsia Perkahwinan Terus Ke Email Anda!! !:

By FeedBurner

Twitt RP !

RP's Fan Box

Rahsia TERBARU !