Breaking News

Berjimak pada bulan Ramadan dan kaffarah | Husband and Wife, passion, sex and relationships, romance

Berjimak pada bulan Ramadan dan kaffarah | Seks Suami-Isteri | Bercinta Dengan Suami Orang | SuamiPerkasa.com | Suami Cepat Tewas | Berbagi Suami | SuamiOnline.com | Kisah Suami | Info Seks Suami Isteri | Sarapan Buat Suami | ghairah suami | Husband and Wife, passion, sex and relationships, romance
Soalan 1
Mohon penjelasan hukum berkaitan mengulangi jimak pada siang Ramadan?

Jawapan

Sekiranya si suami menyetubuhi isterinya pada siang hari yang berlainan pada bulan Ramadan sedang kedua-dua mereka dalam keadaan berpuasa, maka hukumnya wajib membayar kaffarah bagi setiap hari yang dia melakukan setubuh dengan isterinya.

Contohnya: Abu berjimak dengan isterinya pada siang bulan Ramadan dan Abu mengulanginya sebanyak tiga kali pada hari-hari yang berlainan. Maka kaffarahnya adalah mengikut bilangan hari yang dia menyetubuhi isterinya. Ini kerana ibadah puasa adalah ibadah berasingan di antara hari-hari dalam bulan puasa.

Maksudnya ibadat puasa adalah bermula daripada mula terbitnya fajar sadiq (masuk waktu Subuh) sehingga tenggelamnya matahari (masuk waktu Maghrib). Tempoh ibadah puasa ialah siang hari sahaja pada malamnya kita tidak berpuasa, maknanya ibadah puasa terhenti dengan tenggelamnya matahari dan bermula dengan terbitnya fajar sadiq. Ini bermaksud hari-hari puasa itu adalah terpisah di antara satu sama lain.

Oleh yang demikian, orang yang melakukan persetubuhan pada siang hari Ramadan dengan mengulanginya pada hari-hari yang lain maka wajib kaffarahnya bagi setiap hari mengikut panduan kaffarah yang telah dijelaskan pada minggu lepas.

Soalan 2
Apakah hukum bagi orang yang mengulangi persetubuhan dengan isterinya pada siang hari adalah kaffarahnya sekali atau kaffarahnya mengikut bilangan persetubuhan?

Jawapan

Hukum wajib membayar kaffarah sekali sahaja, ini kerana persetubuhan pertama pada siang Ramadan adalah telah membatalkan puasanya. Maka persetubuhannya pada kali yang berikutnya tidak wajib membayar kaffarah kerana puasanya telah batal, maka keadaannya seperti orang yang bersetubuh pada malam hari Ramadan.

Soalan 3
Adakah si isteri juga wajib menunaikan kaffarah kerana disetubuhi suaminya pada siang hari Ramadan?

Jawapan

Isteri tidak wajib menunaikan kaffarah, ini berdasarkan kepada mazhab as-Syafieyyah yang menjelaskan, kaffarah hanya wajib ke atas suami sahaja, manakala isteri yang disetubuhi tidak dikenakan kaffarah, hanya wajib menggantikan puasanya.

Memandangkan banyak e-mel yang saya terima mengenai persoalan jimak pada siang Ramadan serta hukum yang berkait dengannya. Suka saya nasihatkan agar si isteri perlu menasihatkan suaminya supaya bersikap dan mengetahui bahawa kaffarah bagi jimak pada siang Ramadan adalah berat. Iaitu membebaskan hamba abdi atau puasa dua bulan berturut-turut atau memberi 60 orang makan.

Kaffarah ini pun mesti mengikut urutannya, tidak boleh terus lompat kepada yang ketiga. Kerana bagi orang yang mempunyai kemampuan, tiada masalah memberikan 60 orang makan. Kaffarah itu ditunaikan dengan penuh kesedaran sebagai satu denda bagi mereka yang melanggar peraturan yang digariskan syariat pada puasa bulan Ramadan.

Wajib tertib kaffarah. Sabda baginda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

Hadis Rasulullah s.a.w. daripada Abu Hurairah r.a. yang bermaksud: Telah mengadu seorang lelaki kepada Rasulullah dengan berkata: “Aku telah memusnahkan diriku wahai Rasulullah, Baginda bertanya: Apa yang menyebabkan kamu musnah? Lelaki itu menjawab: “Aku telah melakukan persetubuhan pada siang hari di bulan Ramadan”. Baginda bertanya kepada lelaki itu: “Adakah engkau memiliki hamba untuk dibebaskan? Lelaki itu menjawab: Tiada wahai Rasulullah. Baginda bertanya lagi, adakah kamu mampu berpuasa selama dua bulan berturut-turut? Lelaki itu menjawab tidak mampu wahai Rasulullah. Kemudian Baginda bertanya lagi, adakah kamu memiliki makanan yang cukup untuk diberi makan kepada 60 orang? Masih lagi dia menjawab tidak mampu. Kemudian Nabi s.a.w. duduk. Dalam pada itu Baginda telah diberikan satu karung yang berisi tamar. Baginda meminta dia menyedekahkan tamar tersebut sebagai kaffarah terhadap perbuatannya itu. Lantaran lelaki itu menjawab kepada Rasulullah dengan berkata: Adakah perlu saya berikan tamar ini kepada orang yang lebih fakir daripada kami, kerana tiada rumah yang lebih berhajat kepada tamar ini melainkan rumah kami (lelaki itu menggambarkan kemiskinan keluarganya), pergilah kamu dengan bekalan ini dan berilah ahli keluarga kamu makan daripadanya. (riwayat Bukhari: 2600 dan Muslim:1111 ).

Hadis ini apabila diistinbatkan (dikeluarkan hukumnya dengannya) baginda Rasulullah s.a.w. adalah musyarri’ (yang membuat syariat) seperti firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan dan apa jua yang dilarang-Nya kamu melakukannya maka patuhilah larangan-Nya dan bertakwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksa-Nya (bagi orang-orang yang melanggar perintah-Nya). (al-Hasyr: 7)

Apa yang dibawa, diajar dan dijalankan oleh Nabi s.a.w. wajib diambil dan dijadikan panduan dalam kehidupan seseorang Muslim ini termasuklah penjelasan baginda dalam melunaskan kaffarah.

——————————————

Sumber: Utusan Malaysia

Sebarang soalan untuk ruangan Kemusykilan Agama boleh dihantar melalui e-mel ke agama@utusan.com.my atau ke Ruangan Agama, Utusan Malaysia, 46M, Jalan Lima, Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur. Faks: 03-9222 4967

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]





No comments