Suami miang, isteri dingin | FAMILY, romance, separation, soulmate, Sexuality, KELUARGA

Bagi wanita, usia itu sering dikaitkan dengan perkara negatif dan dikatakan ’saham mula menurun’.
Pada usia ini, lelaki menjadi lebih matang, tepat membuat keputusan, bijak memberi cadangan, lebih penyayang, lebih prihatin dan lebih dalam segala-galanya.
Malah, ada juga yang mengatakan pada usia 40, darjah miang lelaki semakin meningkat!
Wanita juga sering memberi alasan serupa untuk menguatkan andaian bahawa lelaki memang miang. Antara yang biasa didengari, suami mula menjeling wanita lain, main kayu tiga malah berkahwin baru.
Jika ada suami yang mula menunjukkan tanda ‘keriangan’ luar biasa, diperturunkan sedikit panduan untuk isteri me nyekat suami bermain mata dengan wanita lain.
Jika hanya pandai memuji, tetapi di bilik tidur isteri rebah dan tidur macam tunggul, pujian itu tidak bererti langsung.
Tidak guna menyiapkan kopi dengan tujuh ramuan herba, sekiranya di katil isteri berdengkur kuat seperti bom, tanpa sedikitpun menghiraukan perasaan suami yang seperti gelora tsunami.
Mungkin sebab kesibukan di pejabat atau letih melayan anak-anak sepanjang hari di rumah, isteri menjadi pasif di katil.
Sebenarnya tanpa mengira usia, isteri patut bijak berbicara mengenai seks.
Masalahnya, sesetengah isteri terutama yang menjadi suri rumah sepenuh masa, tidak menghiraukan soal ketrampilan diri. Mereka membiarkan rambut menggerbang macam pe nunggu pohon beringin.
Dahi berkerut, bibir berkedut, tanpa bedak serta tanpa gincu. Pipi pula berminyak semacam.
Apa yang dikehendaki suami ialah penampilan seorang isteri yang kemas, sopan dan kelihatan manja. Usah terlalu manja, nanti suami pula naik lemas.
Tidak salah menyambut kepulangan suami dengan ha ruman. Semburlah pewangi yang boleh membangkitkan semangat.
Sesekali taburkan bunga-bungaan wangi di atas tilam. Malangnya, bagi isteri yang sudah melewati 40-an, bau haruman di kamar beradu biasanya tidak dihiraukan lagi.
Tiada lagi bau minyak wangi seperti zaman baru berkahwin dulu, tetapi lebih kepada bau minyak angin.
Jika setiap malam hidung suami tersumbat bau minyak angin, matilah seleranya untuk ‘mencakar’. Ini mungkin nampak remeh, tetapi isteri harus memahaminya.
No comments