Breaking News

Penyusuan lambatkan proses kehamilan | FAMILY, romance, separation, soulmate, Sexuality, KELUARGA

 cenderahati perkahwinan|door gift|souvenir|gubahan hantaran|cenderahati kahwin|kraftangan|hantaran perkahwinan
SAYA bekerja dan mempunyai dua anak, tetapi anak sulung meninggal dunia dua tahun lalu.

Anak kedua saya kini berumur setahun tujuh bulan dan masih menyusu badan.

Sewaktu saya bekerja, dia tidak mahu menyusu meng gunakan botol, tetapi menggunakan sudu atau cawan saja dan menunggu hingga saya pulang untuk menyusu.

Saya dan suami merancang untuk mendapatkan seorang lagi anak, tetapi masih belum berhasil.

Adakah ia disebabkan saya masih menyusukan anak dengan susu badan?

Bagaimana hendak memberhentikan penyusuan anak su paya saya boleh hamil? Apakah kesan jika ibu yang masih menyusukan anak dan pada masa sama, dia hamil?

MILAH,
Kuala Lumpur

PENYUSUAN badan dijangka melambatkan seseorang ibu kembali subur, namun ini tidak bermakna mereka tidak boleh hamil sewaktu dalam tempoh penyusuan itu.

Sekiranya anda sudah didatangi haid, peluang anda untuk kembali subur lebih cerah berbanding jika anda masih ketiadaan haid.

Kadangkala ia didahului dengan simptom sebelum ke datangan haid atau sakit seperti senggugut beberapa bulan sebelum didatangi haid, ini juga petanda baik.

Namun, didatangi haid tidak juga bermakna seseorang sudah kembali mengalami ovulasi (pengeluaran telur).

Sebaliknya sesetengah wanita pula mengalami ovulasi ter lebih dulu sebelum didatangi haid.

Maka sebaiknya anda menjalani pemeriksaan doktor untuk mengesahkan kedudukan anda sama ada sudah mengalami ovulasi atau belum.

Tidak semestinya anda perlu menghentikan terus pen yusuan badan. Ada wanita yang masih meneruskan pen yusuan badan walaupun sedang hamil, ini memerlukan penilaian dan pandangan doktor masing-masing.

Menyusu membabitkan penggunaan kalori tubuh anda, apatah lagi sewaktu hamil keperluan kalori bertambah untuk anda, anak yang sedang menyusu dan janin dalam kan dungan.

Nasihat pakar pemakanan dan doktor anda penting di jadikan panduan. Anda boleh mencuba mengurangkan ke kerapan penyusuan seperti daripada empat kali sehari kepada tiga kali sehari.

Begitu juga dengan masa penyusuan terbabit yang boleh dikurangkan daripada contohnya, satu jam kepada 40 minit. Kedua-dua teknik ini (mengurangkan kekerapan penyusuan dan tempoh penyusuan setiap hari) dapat membantu me ngembalikan kesuburan seseorang.

Menghentikan terus penyusuan pula dapat mengembalikan kesuburan dengan lebih cepat, tetapi ini mungkin kurang sesuai dengan keperluan anak anda.

dipetik dari Harian Metro.

Dapatkan kemaskini blog Rahsia Perkahwinan terus ke email ANDA!!!

No comments