728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

24 August 2008

Nor Azlina terima mahar RM30,000 | PERKAHWINAN, keluarga, perceraian, Engagements, Weddings, Families, Divorces of Celebrities

Nor AzlinaKANGAR: Dengan hanya sekali lafaz akad nikah, personaliti terkenal TV3, Nor Azlina Redzuan, 37 kini sah bergelar isteri selepas selamat diijab kabul dengan pasangannya, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan TM International, Datuk Yusof Annuar Yaacob, 43, kira-kira jam 9.35 malam tadi.

Upacara akad nikah itu dilakukan sendiri bapa pengantin perempuan, Datuk Redzuan Sheikh Ahmad di hadapan imam Masjid Al-Arifin Padang Katong, Ku Muhamad Ku Hamid di rumah mereka di Bintong, dekat sini.

Yusof Annuar yang juga duda tanpa anak sejak 14 tahun lalu kelihatan gugup pada mulanya ketika melafaz akad nikah.

Majlis pernikahan itu disaksikan bapa saudara Nor Azlina, bekas Menteri Hal Ehwal Dalam negeri, Datuk Radzi Sheikh Ahmad dan ibunya, Datin Maznah Ahmad serta ibu pengantin lelaki, Rokiah Abdul Rahman, 69.

Beberapa pengacara TV3, antaranya Kamarudin Mape, Azizah Arifin dan Maria Tengku Sabri antara kira-kira 200 tetamu hadir pada majlis itu.

Nor Azlina menerima mas kahwin RM30,000 dan sebentuk cincin berlian bernilai RM85,000 tanpa wang hantaran serta sembilan dulang barang hantaran didahului dengan sireh junjung.

Pihak perempuan pula membalas 11 dulang hantaran.

Pada majlis penuh bersejarah bagi kedua-dua mempelai itu, Nor Azlina dan Yusof Anuar mengenakan busana putih rekaan pereka terkenal Radzuan Radziwil.

Personaliti kecil molek itu anak sulung daripada tiga beradik, mula berkenalan dengan Yusof Annuar sejak tujuh tahun lalu menerusi seorang kenalannya ketika Nor Azlina masih menjadi hos rancangan Majalah Tiga.

Kedua-dua pasangan itu enggan ditemu bual selepas majlis akad nikah itu, sebaliknya meminta semua yang hadir meraikan mereka pada majlis persandingan yang akan dilangsungkan di Dewan Wasasan, hari ini.

Bagaimanapun, Yusof Annuar yang kelihatan ceria ketika ditemui pada sebelah petang berkata, semua majlis perkahwinan itu diatur sendiri Nor Azlina mengikut kehendaknya.

Katanya, hanya ibu yang hadir di majlis akad nikah manakala bapanya Yaacob Abdul Rahman, 70, tidak hadir dan berada di kampung di Batu Pahat, Johor kerana tidak sihat.

dipetik dari harian metro

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Nor Azlina terima mahar RM30,000 | PERKAHWINAN, keluarga, perceraian, Engagements, Weddings, Families, Divorces of Celebrities Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top