Breaking News

Kaedah sesuai rancang keluarga | FAMILY, romance, separation, soulmate, Sexuality, KELUARGA

rahsia perkahwinan,gambar pemerkosaan,gambar artis,weddings readings,wedding speech,wedding dresses,weddings in las vegas,wedding toasts,wedding invitations,wedding flowers,wedding cakes,wedding rings,weddings,wedding songs,wedding anniversary,wedding,wedding decorations
SAYA pelajar kolej berusia 19 tahun. Saya dan bakal suami akan berkahwin tahun depan. Masalahnya, kami terpaksa merancang keluarga kerana terpaksa menunggu hingga tamat pengajian dua tahun lagi.

Bakal suami mencadangkan kami menggunakan kaedah implan memandangkan ia kaedah terbaik mengelak kehamilan berbanding menggunakan pil perancang.

Pegawai perubatan di tempat saya tidak menggalakkan saya menggunakan kaedah berkaitan hormon kerana saya tidak pernah hamil dan tahap kesuburan saya belum pernah diuji. Justeru, dia menyarankan kami menggunakan kaedah semula jadi atau menggunakan alat dalam rahim.

Untuk pengetahuan puan, saya mempunyai 11 adik beradik dan tiada masalah kesihatan. Penggunaan kaedah yang disarankan itu mungkin membantu tetapi kami pasti kecewa kerana mungkin tidak dapat merasai kenikmatan hubungan intim yang sebenarnya sedangkan itu pengalaman baru bagi kami.

Lagipun kaedah itu juga memberi peluang untuk hamil jika tidak berhati-hati. Adakah kaedah implan memang tidak sesuai untuk saya? Jika ia sesuai, bilakah saya boleh menanamnya sebelum berkahwin?

Bagaimana pula dengan kos dan di mana ia boleh dilakukan? Bagaimana dengan tempoh untuk membolehkan tahap kesuburan saya kembali normal selepas menanggalkannya?

Adakah ia boleh menjejaskan kesuburan saya nanti? Jika kaedah itu tidak sesuai, apakah kaedah paling sesuai untuk situasi saya?

BAKAL ISTERI,
Kota Tinggi, Johor.


JAWAPAN

KESESUAIAN sesuatu kaedah pencegah kehamilan adalah subjektif dan berlainan bagi setiap orang.

Kaedah implan adalah kaedah sementara yang paling berkesan setakat ini dalam mencegah kehamilan, keberkesanannya muncul seawal 24 jam pertama pemakaiannya dan kesuburan juga kembali kepada asal dalam tempoh 24 jam ia ditanggalkan.

Pemakaiannya mudah, tidak memerlukan anda berjumpa doktor berulang kali kecuali untuk menanggalkannya dan tidak perlu khuatir mengenai kehamilan.

Bagaimanapun, ia mahal (sekitar RM400 tidak termasuk caj pemakaian) dan mungkin kurang kos efektif bagi penggunaan satu hingga dua tahun memandangkan ia adalah untuk penggunaan tiga tahun. Ia juga boleh menyebabkan gangguan haid (sedikit saja atau tiada langsung).

Kaedah suntikan juga mengandungi hormon menyerupai kaedah implan. Ia dapat bertahan setiap lapan hingga 12 minggu mengikut jenisnya.

Ini bermakna anda perlu berjumpa doktor setiap waktu terbabit untuk mengambilnya. Ia boleh menyebabkan gangguan haid (lebih kepada banyak dan berpanjangan pada mulanya serta disusuli dengan sedikit-sedikit dan pendek saja kemudiannya).

Kaedah pil perancang pula mempunyai kelebihan memandangkan ia memberikan kesan perlindungan terhadap beberapa penyakit seperti mengurangkan risiko kanser ovari dan kanser endometrium sebanyak 40 peratus di samping perlindungan lain. Haid menjadi teratur dan jumlah pendarahan juga sedikit saja.

Ia mudah didapati di farmasi tanpa memerlukan rujukan doktor. Harganya pelbagai mengikut jenis di antara RM10 sehingga RM50 dan jika dibandingkan selama tiga tahun pemakaian implan, kosnya mungkin hampir sama.

Namun, ia memerlukan kesungguhan, terlupa mengambilnya mungkin mendedahkan anda kepada risiko kehamilan.

Kaedah alat dalam rahim pula tidak mengandungi hormon. Ia lebih murah daripada kaedah implan (hampir 50 peratus kos implan) dan dapat bertahan selama tiga tahun. Pemakaiannya mungkin menyebabkan gangguan kitaran haid, jangkitan kuman dan kehamilan ektopik, namun risiko kehamilan sangat rendah.

Anda dinasihatkan berjumpa doktor anda untuk penerangan lebih mendalam. Semua kaedah di atas adalah kaedah sementara yang sangat berkesan iaitu risiko kehamilan kurang daripada satu peratus.

Ini berbeza dengan kaedah azal atau pengiraan waktu subur yang mempunyai risiko kehamilan 15 hingga 25 peratus. Tambahan pula anda masih muda, tahap kesuburan anda dijangka paling optimum.

Tidak semestinya anda akan mengalami kesan sampingan sesuatu kaedah, keserasiannya berbeza bagi setiap orang.

Memandangkan anda masih muda selepas dua tahun lagi, tahap kesuburan anda juga dijangka tidak banyak berubah. Sesetengah kaedah bagaimanapun melambatkan kembalinya kesuburan seseorang setelah menghentikannya, bukannya menurunkan kesuburan seseorang.

dipetik daripada harian metro

Dapatkan kemaskini blog Rahsia Perkahwinan terus ke email ANDA!!!

No comments