728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

19 August 2008

Perkahwinan Maya Karin Roelcke dan Ali | PERKAHWINAN, keluarga, perceraian, Engagements, Weddings, Families, Divorces of Celebrities

maya karin,artis melayu
BELLAGIO, ITALI, 15 OGOS 2008: Pelakon, penyanyi dan pengacara jelita, Maya Karin Roelcke, 28, akhirnya selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihannya, Muhammad Ali Abdullah atau Steven David Shorthose, 38, tepat jam 5 petang waktu tempatan (waktu Malaysia 11 malam) semalam, 14 Ogos.

Maya dan Ali dinikahkan oleh imam yang berasal dari Algeria, Imam Abdullah, bertempat di Villa Corte de Lago, yang terletak berhampiran dengan pusat peranginan terkemuka, Lake Como dengan bersaksikan 60 anggota keluarga terdekat dan sahabat karib.

Maya yang mengenakan fesyen pengantin rekaan Syaful Bahrim dan disolek oleh Khir Khalid dari Kuala Lumpur, kelihatan sungguh anggun dan gembira.

Antara rakan selebriti yang hadir menyaksikan upacara itu adalah pengarah Shuhaimi Baba, Kavita Kaur Sidhu, Yasmin Yusoff dan Jeslina Hashim.

Sebelum ini, majlis pendaftaran nikah secara sivil telah diadakan pada 9 Ogos lalu juga di Itali.

Mengimbas detik pertemuan mereka, Maya dan Ali mula dipertemukan kira-kira 7 tahun lalu ketika selebriti berdarah campuran Melayu-Jerman itu, masih lagi bergelar hos untuk rancangan TV, Wavelength.

Ali pula ketika itu mengajar sebagai guru matematik di Garden International School yang secara kebetulan guru kepada adik Maya, Sarah. Ketika ini Ali mengajar di Alice Smith School, Seri Kembangan.

Maya berkata, suaminya itu menunjukkan kesungguhan untuk mendalami Islam dan akhirnya memeluk agama yang suci itu sejak 4 tahun lalu. Mulai 2 tahun lalu, barulah mereka sama-sama merancang kehidupan sebagai suami isteri.

Pasangan itu dijadual mengadakan majlis resepsi dalam taman bertempat di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong, Selangor, pada 29 Ogos ini.

Maya baru saja memenangi gelaran Aktres Terbaik dalam Festival Filem Malaysia Ke-21 (FFM21) menerusi lakonannya dalam Anak Halal. Dia akan membintangi sebuah lagi filem arahan Osman Ali berjudul Pisau Cukur bersama Fazura tidak lama lagi.

dipetik dari murai.com.my

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

1 comments:

  1. My name is Tina Cott and i would like to show you my personal experience with Yasmin 28.

    I am 28 years old. Have been on Yasmin 28 for 4 years now. I am no longer going to be taking any hormones. this is the worst thing you can do. unfortunately, it's the easiest birth control but it's not worth the pain i've been through. and what's the point of it, by making you abstain? i hardly ever wanted sex anymore. i wish i could get those 4 years back.

    I have experienced some of these side effects -
    loss of sex drive, severe mood swings.

    I hope this information will be useful to others,
    Tina Cott

    ReplyDelete

Item Reviewed: Perkahwinan Maya Karin Roelcke dan Ali | PERKAHWINAN, keluarga, perceraian, Engagements, Weddings, Families, Divorces of Celebrities Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top