728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

09 July 2008

Seks bagi pesakit jantung | Sex, information, stories, videos, games, free sex MALAYSIA

LELAKI yang mempunyai pengalaman serangan jantung kadang-kala keliru sama ada mereka selamat ketika melakukan hubungan seks. Sehingga kini kajian menunjukkan aktiviti seksual berkurangan selepas serangan sakit jantung kerana mereka bimbang penyakit itu akan berulang dan membawa maut.

Kebiasaannya lelaki yang mengalami masalah jantung, fizikalnya menurun dan begitu juga kemampuan syahwatnya.

Pakar Perunding Kesihatan Seksual dan Reproduktif, Dr Mohd Ismail Tambi, berkata sakit jantung adalah penyakit serius yang boleh menyebabkan kematian dan mereka yang mengalaminya dan pernah mendapatkan rawatan tidak boleh melakukan aktiviti lasak di luar kemampuan.

“Begitu juga ketika melakukan hubungan seks. Ia seperti berjalan selama 20 minit dan apabila mencapai klimaks jumlah tenaganya adalah sama seperti menaiki tangga.

“Bagaimanapun, jika pergerakan badan di luar kemampuan fizikal, kita akan mengalami tekanan pada jantung yang memungkinkan kita diserang sakit jantung,” katanya.

Beliau berkata, mengikut statistik, terdapat satu peratus sahaja mereka yang kembali mengalami serangan jantung ketika melakukan aktiviti seks kerana mereka melakukannya di luar kemampuan sendiri.

“Bagi lelaki yang pernah menerima rawatan, doktor akan memberi ubat yang melancarkan perjalanan darah, menjalani latihan pemulihan jantung seperti melakukan senaman yang sesuai dan mengubah cara diet seperti mengurangkan pengambilan garam, menurunkan berat badan serta berhenti merokok.

“Doktor akan memastikan mereka tidak mengalami sesak nafas dan sebagainya yang membabitkan komplikasi jantung. Apabila jantung kembali kepada tahap yang normal, ini bermakna untuk melakukan hubungan seksual adalah selamat,” katanya.

Beliau berkata, seseorang yang mempunyai sejarah dalam serangan jantung tidak bermakna kehidupan seks mereka berakhir kerana seks tidak terlalu berisiko kepada jantung.

“Jika anda sudah mampu untuk berjalan dan menaiki tangga, anda juga mampu untuk melakukan hubungan seks.

“Sesetengah pesakit jantung melakukan hubungan seks bersama pasangannya semula pada minggu ketiga dan keempat selepas rawatan ataupun pembedahan,” katanya,” katanya.

Beliau berkata, hubungan intim seks adalah satu hubungan yang dapat mengeratkan silaturahim antara pasangan tidak kira untuk lelaki mahupun wanita.

“Ia satu kepuasan dalaman bukan sahaja dari segi rangsangan anggota malah secara dalaman,” katanya.

Katanya, dalam satu kajian di Australia menunjukkan mereka yang melakukan hubungan intim, dapat mengelakkan daripada mobiliti ataupun masalah kesihatan.

“Mereka juga dapat menyegarkan kesihatan kerana apabila eraksi semasa persetubuhan, pelancaran darah akan berlaku sekali gus mengeluarkan kimia tertentu di dalam badan yang dapat menyegarkan mental, fizikal, semangat dan emosional,” katanya.

Beliau berkata, waktu yang dianggap sesuai melakukan hubungan seks bersama pasangan ialah pagi selepas semalaman tidur dengan nyenyak atau dapat waktu rehat yang cukup.

“Untuk bulan pertama elakkan daripada melakukan aktiviti seks melalui posisi yang mampu memberikan tekanan kepada jantung atau posisi yang memerlukan banyak pergerakan.

“Pergerakan yang keterlaluan boleh membawa kepada keletihan yang berlebihan menyebabkan jantung berdegup dengan lebih kencang.

“Anda boleh mempelajari pelbagai posisi yang dianggap selamat dan selesa kepada anda. Lakukanlah posisi yang bukan dominan kepada pergerakan pasif. Biar pasangan anda melakukan pergerakan dominan berkenaan. Peranan dominan dan pasif di sini membawa maksud kepada aktiviti sentuhan dan pergerakan,” katanya.

Beliau berkata, lelaki normal yang memainkan peranan dominan, posisinya selalu di atas. Bagaimanapun, bagi peranan yang pasif misalnya, posisi pasangannya pula akan berada di atas.

“Anda boleh memilih untuk melakukannya dalam posisi baring (side by side). Pergerakan ini lebih selesa dan rangsangan juga dapat dilakukan.

“Selain itu, posisi duduk juga sesuai di mana posisi sebegini membolehkan pasangan bertindak sebagai dominan serta menstabilkan posisi dan mengekalkan eraksi,” katanya.

Katanya, senaman adalah baik untuk jantung dan aktiviti seksual itu sendiri adalah sebahagian daripadanya.

“Dengan rawatan yang berterusan berserta sokongan daripada pasangan anda, adalah tidak mustahil bagi anda untuk kembali kepada kehidupan seks anda semula.

“Namun begitu, jika anda mendapati terdapat sebarang komplikasi yang membuatkan anda berasa tidak selesa selepas melakukan hubungan seks, anda perlu berbincang dengan doktor untuk mendapatkan nasihat lanjut,” katanya.

FAKTA

Seksual selepas serangan jantung

  • Sesetengah pesakit jantung melakukan hubungan seks bersama pasangannya semula pada minggu ketiga dan keempat selepas rawatan atau pembedahan.

  • Hubungan seksual dapat menyegarkan mental, fizikal, spiritual dan emosional.

  • Waktu yang dianggap sesuai melakukan hubungan seksual bersama pasangan anda ialah pagi sesudah semalaman tidur dengan nyenyak atau mendapatkan rehat yang mencukupi.

  • Senaman adalah baik untuk jantung dan aktiviti seksual itu sendiri adalah sebahagian daripadanya.


  • Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
    Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
    Daftarkan email anda[ di sini ]
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Seks bagi pesakit jantung | Sex, information, stories, videos, games, free sex MALAYSIA Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
    Scroll to Top