728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

28 July 2008

Nabila Huda, Zaidi Kahwin 6 Disember 2008 | PERKAHWINAN, keluarga, perceraian, Engagements, Weddings, Families, Divorces of Celebrities

Nabila Huda, Zaidi Kahwin 6 Disember 2008KUALA LUMPUR, 28 JULAI 2008: Tiada lagi rahsia antara pelakon Nabila Huda Suhaimi, 24, dan Zaidi Zailani, 27, apabila mengakui mereka sudah bersedia untuk menjadi sepasang suami isteri pada 6 Disember ini.

Bukan itu sahaja, Nabila dan nama timangannya, Eddie, akhirnya sudi berposing bersama selepas dipujuk murai.com.my apabila mereka sama-sama menghadirkan diri pada majlis ulang tahun hari jadi ayah Nabila, rocker legenda Amy Search, di Hotel Crowne Plaza di sini, malam tadi.

Ternyata Zaidi yang cukup pemalu bergambar dan enggan menceritakan lebih lanjut tentang dirinya bersikap sporting dan menghormati pihak media yang memang berhajat merakamkan wajah mereka berdua.

"Inilah buah hati Nabila," kata Nabila yang nampak terlalu bahagia dan sesekali menangis kerana begitu beremosi pada malam birthday papanya itu.

Sambung Nabila lagi: "Terus terang Nabila sudah bersedia untuk berkahwin, menjadi seorang isteri dan berkeluarga. Dalam keadaan sekarang iaitu pada umur Papa 50 tahun, Nabila mahu sangat Papa tengok Nabila kahwin dan mempunyai anak."

Mengulas tentang Eddie, jejaka dari Kelang, Selangor yang bertugas di Naza Corporation Sdn Bhd, Nabila berkata, dia sudah mengenali Eddie sejak tahun 2000 lagi.

"Eddie adalah kawan kepada teman rapat Nabila. Nabila mula perkenalkan Eddie kepada Papa ketika birthday Mummy (ibu tirinya) pada 15 Jun lalu. Nabila gembira apabila Papa dan Mummy menerima Eddie dan merestui hubungan kami.

"Eddie seorang yang penyayang dan selalu bersama Nabila ketika masa susah dan senang. Dia pandai menjaga hati Nabila, seorang yang tegas dan mempunyai ciri-ciri bakal suami Nabila," kata Nabila lagi.

Difahamkan, mereka berdua akan bertunang pada hari yang sama mereka dinikahkan iaitu 6 Disember ini dan seterusnya bersanding keesokan harinya.

Pada majlis yang grandeur itu, Nabila bersama Norish dan Kat Mentor (adik Norish) turut mendendangkan lagu Fantasia Bulan Madu khas buat Amy. Persembahan mereka itu turut menitiskan air mata beberapa tetamu kerana ia menggambarkan kasih sayang serta cinta mereka terhadap Amy.

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Nabila Huda, Zaidi Kahwin 6 Disember 2008 | PERKAHWINAN, keluarga, perceraian, Engagements, Weddings, Families, Divorces of Celebrities Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top