728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

29 July 2008

Mendidik Anak Dengan Kasih Sayang Adalah Amanah | Rahsia , information about ISLAM

rahsia perkahwinan,gambar pemerkosaan,weddings readings,wedding speech,wedding dresses,weddings in las vegas,wedding toasts,wedding invitations,wedding flowers,wedding cakes,wedding rings,weddings,wedding songs,wedding anniversary,wedding,wedding decorationsIBU bapa disaran supaya mendidik anak sejak dari dalam rahim, selepas lahir, remaja hingga dewasa. Proses pendidikan ini biarlah berjalan mengikut perkembangan dan berterusan dalam kehidupan seseorang.


Ada beberapa pendapat menjelaskan mengenai pendidikan anak antaranya, Hamka pernah berkata, “Anak yang tidak diberi didikan sederhana dan tidak dididik dengan sikap percaya kepada dirinya sendiri, tidak ubah bagaikan burung yang tidak tumbuh bulunya.”

Jelaslah pendidikan penting dilakukan sejak seseorang anak itu masih kecil, membesar dan remaja bagi mengelak mereka terjebak gejala negatif boleh merosakkan diri.

Ali bin Abi Thalib menegaskan, didiklah anakmu melebihi pendidikan yang pernah engkau lalui, kerana mereka akan hidup pada zaman yang tidak sama dengan zamanmu.



Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Didiklah anak kamu atas tiga sifat iaitu: cintakan Nabi mereka, cintakan keluarga Nabi dan membaca al-Quran.”

Selain itu, didiklah juga anak dengan sifat pemurah, adil, benar, sabar, pemaaf, kasih sayang, cinta, kesopanan, zuhud dan tawaduk. Sifat ini adalah sifat nabi dan keluhuran hati Rasulullah SAW yang patut diteladani dalam menjalani kehidupan ini bagi kebahagiaan di dunia dan akhirat.


Selain itu, hati anak hendaklah dididik dengan sifat mahmudah seperti sabar dengan ujian, takut dan harap pada Allah, ikhlas serta selalu mengingati mati.

Anak juga mestilah dididik dengan adab kerana melalui pendidikan mereka akan sentiasa menjaga adab dan kesopanan serta maruah diri.

Tokoh Islam, Hamid Abd al-Khaliq Hamid pernah berkata, perhatikanlah anakmu supaya hatimu dipenuhi keimanan sebelum kamu mengasuhnya, sehingga dapat menumbuhkan kasih sayang dalam jiwanya.

Menurutnya lagi, tataaturan yang keras dalam keluarga membuat peribadi anak bersikap ragu-ragu dalam melakukan segala hal dan rasa takut serta salah selalu menghantui dirinya.


Tugas ibu bapa mendidik anak adalah suatu amanah dan ibadah. Didiklah anak dengan cinta, kasih sayang dan kesopanan dengan lembut dan berhemah. Pendidikan adalah suatu usaha yang bertujuan melayani, memelihara pertumbuhan jiwa, hati, perasaan dan budi pekerti.


Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]

  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Mendidik Anak Dengan Kasih Sayang Adalah Amanah | Rahsia , information about ISLAM Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top