Breaking News

Rahsia Malam Pertama | JOKES, funny, laugh, cerita lucu, lawak MALAYSIA

Rahsia Malam PertamaTersebutlah kisah satu pasangan yg baru berkahwin. Sehari sebelum
upacara
akad nikah.... Emak pengantin lelaki menasihati anaknya...."Nak apabila
menghampiri isteri mu pada malam pertama....maka kamu harus kata
...Kapal terbang ingin mendarat". Emak pengantin perempuan pula
menasihati anaknya.... "Nak....bila suami mu berkata kapal terbang ingin
mendarat....maka jawablah....Lapangan terbang sudah sedia ". Hari yg
ditunggu-tunggu pun tiba....Si suami tak sabar-sabar dan pabila
malam tiba....hatinya berdebar-debar..... Dia mendekati si isteri lalu
mengatakan "Yang....Kapal terbang ingin mendarat" Si isteri seperti
tidak faham
dan berkata "Saya penat bang ...mari kita
tidur." Si suami hampa....namun dalam hatinya berkata..."Tak apa mungkin

isteri aku malu....beri ia peluang kedua"

Tiba malam kedua "Si suami mendekati si isteri dan bertanya lagi "Kapal
terbang ingin mendarat." Malangnya si isteri masih tidak faham
.....kerana
suaminya ketika itu memegang surat khabar...dalam hatinya
berkata...."Berita apa pula ini....Ah pedulilah kapal terbang mana nak
mendarat pun....tak ada kena mengena dengan aku." Kemudian dia berkata
kepada si suami "Sudah lah tu bang ....janganlah baca surat khabar
lagi....mari kita tidur " Si suami hampa lagi....tetapi dalam hatinya
berkata "Tak apalah esok masih ada."

Tiba malam ketiga ....Si suami sekali lagi dengan penuh harapan dan
begitu
pasti malam ini dia pasti dapat...lalu mendekati si isteri dan bertanya
lagi "Kapal terbang ingin mendarat." Si isteri menjenguk ke arah luar
jendela dan menggelengkan kepala sambil dalam hati berkata "Mana ada
kapal terbang !!" Melihatkan si isteri menggelengkan kepala ....si suami
hampa dan berkata dalam hati "Kejamnya isteriku....membiarkan aku
menunggu
selama 3 hari tapi masih enggan memberikannya kepada ku." Si suami
dengan muka yg masam terus tidur tanpa mengajak si isteri.

Keesokan harinya si isteri bertanya kepada ibunya "Ibu kenapa suami saya

setiap malam berkata ...kapal terbang ingin mendarat?? Si ibu pun
berkata
"Apa yg kamu jawab nak ? Si anak berkata "Saya tidak jawab apa-apa...Si
ibu berkata lagi...."Apa anak sudah lupa apa yg ibu nasihatkan tentang
malam pertama....sepatunya anak menjawab Lapangan Terbang sudah
sedia....sebagai tanda bersetuju " Oh saya lupa lah ibu....tak apa malam
ini saya pasti akan menjawab dengan betul"

Maka tiba malam keempat .....si suami seperti tidak menunjukkan apa-apa
tanda dia akan bertanya soalan yg sama. Malam kian larut ....si isteri
tertanya-tanya....bilakah gerangan si suami akan bertanya.....Si isteri
akhirnya berkata dalam hati "Mengapa harus aku tunggu
lagi.....apa salahnya aku sendiri meng`offer' kan diri?" Lalu si isteri
pun
mendek i si suami dan terus berkata "Lapangan terbang sudah sedia", Si
suami kerana terlalu geram dengan si isteri....dengan muka yg masam
menjawab "KAPAL TERBANG ROSAK"

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]

No comments