MAKANAN PEMBANGKIT NAFSU SEKS | Sex, information, stories, videos, games, free sex MALAYSIA

Badam adalah sumber asid lemak pati yang mempunyai pengaruh paling besar pada hormon kesihatan lelaki. Jadi jangan ragu-ragu lagi untuk menjadikan ia sebagai makanan jajan suami. Selain itu aroma yang dikeluarkan oleh kacang badam ini juga membantu membangkitkan ghairah.
Kurma
Buah yang hanya dimakan oleh kita tatkala bulan puasa ini sebenarnya mengandungi asid amino yang boleh meningkatkan stamina ketika mengadakan hubungan seksual. Nilai tambahan buah ini pula adalah aroma kurma yang segar dan boleh merangsang indera seksual.
Hati lembu
Buat mereka yang suka memakan hati, memang tak rugi. Hati kaya dengan sumber glutamin iaitu senyawa yang mampu meningkatkan kekebalan tubuh dan menjaga akan tubuh badan kekal cergas.
Jika diambil secara rutin, hati dikatakan mampu meningkatkan ghairah seksual yang mula menurun. Begitu juga apabila anda melihat pasangan anda seperti tiada mood, tambahkan hati dalam menu makanannya.
Avakado
Kandungan asid folik buah ini cukup banyak dan boleh membantu meningkatkan metabolisme protein hingga menghasilkan banyak sekali tenaga sekali gus mampu membantu mendapatkan seks yang hebat.
Avakado juga mengandungi vitamin B6 dan potassium. Vitamin B6 dapat meningkatkan hormon testestoron suami manakala potassium pula mampu meningkatkan hormon progesterone anda sendiri. Jadi belajarlah untuk memakannya.
Telur ikan
Kaviar ataupun telur ikan (salmon atau beluga) mengandungi banyak fosfor yang bermanfaat untuk sel-sel saraf. Saraf boleh bekerja lebih baik termasuk saraf di sekitar alat kelamin lelaki. Jadi jika ingin membuat acara bercinta malam nanti berjalan dengan lancar jangan lupa menyiapkan hidangan telur ikan ketia waktu makan malam.
Bawang putih
Biarpun baunya tidak berapa disenangi oleh sebahagian dari kita namun ia memiliki banyak sekali khasiatnya. Selain mampu mencegah darah tinggi, bawang putih juga mengandungi allicin yang boleh melancarkan peredaran darah ke organ seksual. Kalau tak sanggup memakannya mentah-mentah, kini ia terdapat dalam bentuk kapsul yang lebih mudah untuk ditelan.
Tembikai dan tomato
Kedua buah yang berwarna merah ini bukan hanya mampu menghilangkan racun di dalam tubuh jika dimakan dengan teratur tapi juga mampu meningkatkan kualiti sperma suami. Perjalanan sperma juga akan lebih pantas. Tembikai dan tomato juga mengandungi likopen, senyawa yang ampu menekan radikal bebas dan menyuburkan sperma.
Vanila
Aromanya saja sudah mampu membuat anda berasa segar. Jika dimakan pula wanila boleh membuatkan anda terasa relaks. Aromanya pula membantu menambahkan ghairah untuk bercinta. Jadi jangan ragu untuk menitiskan esen vanila di dalam tub mandi dan rasakan sendiri khasiatnya.
Daun sup
Selain daripada menyedapkan kuah sup, aromanya juga boleh menjadi ‘penyedap’ acara bercinta. Daun ini mengandungi bahan yang dipanggil androsterone iaitu hormon untuk lelaki yang dikeluarkan bersama peluhnya. Dikatakan hormon ini mampu membuatkan seseorang wanita jadi terangsang.
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]
No comments