Lupa suami kerana kekasih lama | Husband and Wife, passion, sex and relationships, romance

Jodoh kami tak panjang dan kami berpisah selepas dua tahun. Kami berpisah secara baik dan perpisahan itu disebabkan masing-masing ego dan tidak matang.
Kini, kami masing-masing berkahwin lain dan ada anak. Masalahnya, selepas lima tahun berpisah, saya dan M bertemu semula dan cinta lama bersemi kembali.
Kami sering berjumpa dan keluar makan pada waktu rehat disebabkan kami bekerja dalam bangunan sama.
Saya dan M cuba melupakan kisah silam kami, tetapi semakin dilupakan, semakin menebal rindu kami.
Masing-masing menyesal dengan perpisahan yang kami putuskan dulu. Saya tak tahu apa perlu saya buat.
Saya selalu terkenangkan saat manis bersama M dulu.
NIE
JAWAPAN
Jika dulu Dang Setia kerap dihujani masalah suami menduakan isteri, entah mengapa kebelakangan ini semakin banyak kes membabitkan isteri pula menduakan suami. Trend ini sungguh menakutkan dan semoga ia tidak berterusan.
Diyakini, puan maklum perbuatan menduakan suami adalah berdosa. Sebagai umat Islam, dalam apa jua perkara, hukum agama wajib menjadi perkiraan utama.
Jika tahu apa yang kita lakukan itu berdosa, tinggalkan ia dan ketepikan semua sebab serta alasan lain. Soal cinta, rindu dan sebagainya bukan alasan yang mampu mengatasi peraturan yang ditetapkan Allah.
Jangan sekali-kali kita mempermain-mainkan atau mencabar hukum Allah. Sedarilah, rasa cinta puan kepada bekas teman lelaki tidak mampu menjadi melindungi puan daripada menerima hukuman Allah di akhirat.
Berfikir dan bertindaklah mengikut akal yang waras dan bukan mengikut nafsu. Sehebat dan seagung manapun cinta, jika ia bertentangan dengan peraturan Allah, nikmatnya cuma sementara tapi di penghujungnya adalah hukuman Allah yang tidak terkira azabnya.
Hargailah kebahagiaan rumah tangga yang puan kecapi sekarang. Sesungguhnya ia sungguh berharga kerana di luar sana ramai isteri menderita berikutan sikap buruk suami yang menyebabkan mereka tidak pernah mengenal erti bahagia. Jadi, jangan sekali-kali perjudikan kebahagiaan puan.
Untuk memudahkan puan melupakan cinta dan gangguan bekas teman lelaki, hanya ada satu cara yang paling berkesan, iaitu mengingati serta mendekatkan diri kepada Allah.
Justeru, bersihkan hati dan minda puan dengan bertaubat kepada Allah. Hanya itu cara paling berkesan untuk membolehkan puan kembali berfikir dengan kewarasan akal, bukan didorong nafsu.
DANG SETIA
HARIAN METRO
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]
No comments