Breaking News

Kamar tidur bukan sekadar tempat melakukan seks | FAMILY, romance, separation, soulmate, Sexuality, KELUARGA

rahsia perkahwinan,gambar pemerkosaan,weddings readings,wedding speech,wedding dresses,weddings in las vegas,wedding toasts,wedding invitations,wedding flowers,wedding cakes,wedding rings,weddings,wedding songs,wedding anniversary,wedding,wedding decorations
Tempat tidur bukan sekadar tempat memadu asmara tetapi menjadi tempat untuk bercerita akan kehidupan seharian bersama pasangan. Apa yang terjadi di pejabat, perihal perjalanan ke tempat kerja dan sebagainya boleh diceritakan kepada pasangan anda. Tahukah rahsia disebalik kamar 'tertutup' ini. Ini bukan sekadar tempat anda melakukan hubungan seksual tetapi jika kena pada caranya, ia boleh mempertingkatkan rahsia keintiman anda berdua. 1) Jika kamar tidur anda masih sama susunan perabotnya seperti lima tahun dahulu, apakata anda menggunakan kreativiti untuk menyusun atur kembali perabot. Biarpun barang lama jika diubah posisinya, pasti cantik. Tampak lebih menarik, jika anda mengecat bilik tidur dengan warna yang lebih romantis. Bila semuanya tampak serba baru, bolehlah anda kerahkan tenaga berlebihan dengan aksi yang lebih hebat. Peliharalah, nikmati dan bersuka rialah di tempat tidur. Pasti anda merasai nikmat multioragasme.

2) Lakukanlah secara spontan dan mulailah berasmara ketika ada kesempatan. Anda boleh memulai asmara dengan secara ringan ketika berehat selepas makan tengahari, dikerusi belakang kereta atau mula meransang pasangan dari arah belakang, di saat dia berehat. Ucapkan kepadanya bahawa anda benar-benar mahukannya pada malam hari. Pasti pasangan anda rasa dihargai dan ungkapan kehebatannya selepas anda berasmara.

3) Berkomunikasilah secara terbuka dan jujur tentang rahsia keinginan dan keperluan seksual. Seks bukan sesuatu yang memalukan sebaliknya akan menambah kasih sayang antara anda dan pasangan. Jika anda merasakan 'persembahan' pasangan kurang hebat, beritahulah secara jujur. Jangan takut meminta apa yang anda inginkan di tempat tidur. Ini termasuklah hubungan seksual mahu dilakukan dua atau tiga kali semalam. Bukankah itu hak anda? Tapi perlulah ada cara tersendiri bagaimana memikat suami kerana setiap orang, lain caranya. Bersuaralah dengan nada memujuk, lelaki biasanya akan cair dengan cara ini. Pastikan semuanya baik-baik sahaja dan menyenangkan.

4) Belajarlah bagaiamana seks yang hebat, baca, pelajari dan praktikkan. Membaca bukan sekadar menambah ilmu pengetahuan tetapi anda boleh membincangkannya dengan pasangan bagaiamana untuk menjadikan hubungan seksual anda hebat dan menjadi kenangan. Memang lelaki agak malas dalam hal pembacaan kerana bagi mereka, ia membuang masa. Tapi anda boleh jadi tempat menimba ilmu dan salurkan kepada pasangan.

5) Berlama-lamaanlah ketika anda tengah asyik di tempat tidur. Ia boleh memberikan ketenangan apatah lagi anda dapat memerhatikan raut wajah pasangan yang sedang lena tidur. Jangan biarkan anda dan pasangan dibelenggu dengan masalah sebaliknya saling berkerjasamalah agar anda memperoleh kesenangan terutamanya ketika melakukan hubungan seksual.

6) Paling penting ketika di tempat tidur, anda hendaklah menjaga kebersihan diri. Jangan tampil dengan gaya selekeh kerana ia boleh mematikan mood pasangan. Ada sesetengah orang tidak begitu menjaga penampilan diri. Sekadar berkain batik, memakai T-shirt ayau berseluar pendek ia boleh mematikan mood anda. Memang ada yang membahaskan bahawa apa yang dipakai itu tidak penting kerana anda akan melucutkannya kelak tetapi sebenarnya baju nipis yang membaluti tubuh, lebih memberikan ghairah awalan untuk anda memulakan langkah seterusnya. Bukan sekadar pakaian tetapi mandilah sebersih-bersihnya selain memakai haruman. Bukankah kebersihan itu dituntut oleh agama? Jadi apabila nafas anda tidak berbau, tubuh harum menyengat memberikan ghairah berlebihan. Nikmatilah hubungan seksual dengan penuh kasih dan sayang.

7) Jangan sesekali egois di tempat tidur. Buangkan sikap buruk anda itu kerana ia akan memberikan tekanan kepada pasangan. Berikan kerjasama yang sebaik-baiknya ketika anda melakukan hubungan seksual, barulah anda akan menikmatinya sepenuh rasa. Ikutilah rentak pasangan dan sesekali pamerkan skill anda, barulah daya seksual lebih menarik. Percayalah anda akan merasai nikmat seksual yang berkekalan.

8) Penting untuk anda mengetahui nilai bercinta dengan hanya berhubungan seksual. Yakinlah memberikan pasangan anda waktu untuk penyesuaian diri dan anda akan merasai begitu dihargai pasangan.


Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]

No comments