728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

29 July 2008

Jujurkah Hubungan Anda | FAMILY, romance, separation, soulmate, Sexuality, KELUARGA

rahsia perkahwinan,gambar pemerkosaan,weddings readings,wedding speech,wedding dresses,weddings in las vegas,wedding toasts,wedding invitations,wedding flowers,wedding cakes,wedding rings,weddings,wedding songs,wedding anniversary,wedding,wedding decorationsApabila memperkatakan mengenai hubungan persahabatan antara lelaki dan wanita , ramai bertanggapan perhubungan itu adalah hubungan intim sepasang kekasih , walaupun secara kasarnya hubungan itu tidak mempunyai penghujung . Tidak semestinya kawan berlainan jantina di anggap kekasih . Ada lelaki yang lebih serasi berkawan dengan wanita dan begitulah sebaliknya.

Hubungan sebagai sahabat ( tidak kira jantina ) adalah hubungan semulajadi sesama insan kerana lazim sahabat atau teman karib menjadi tempat meluahkan perasaan gembira, marah, tertekan dan teman untuk menangis. Kepercayaan kepada sahabat untuk menyimpan rahsia yang dikongsi bersama biasanya mengeratkan perhubungan.

Bagaimana pula hubungan anda bersama teman - teman anda ? Ikuti 14 kebaikan dan keburukan di dalam persahabatan bagi menilai sejauh mana keakraban perhubungan anda :

KEBAIKAN
1. Jujur di dalam menyatakan sesuatu - tanpa ada niat serong di sebaliknya .
2. Keikhlasan dalam memberi bantuan .
3. Bersedia untuk membantu dari segi kewangan atau tenaga / peka dengan masalah dan menjadi pendengar yang baik untuk menyelesaikan masalah.
4. Teguran yang membina - menyedarkan sahabat akan kesilapan yang dilakukannya .
5. Sanggup bersusah-payah meringankan beban yang di tanggung sahabat.
6. Menjaga sahabat daripada di fitnah atau di hina.
7. Sentiasa ingat-mengingati tentang dunia dan akhirat/sentiasa bersabar.
8. Dapat menyimpan rahsia / walau apapun berlaku.
9. Berkongsi kegembiraan - sentiasa meraikannya walaupun untuk perkara kecil.
10. Sentiasa berhubung walau jarak beribu-ribu batu.
11. Sama-sama berduka bila salah seorang di timpa bencana dan tidak akan meninggalkan sahabat keseorangan.
12. Tidak membohongi sahabat sendiri atau menyorok sesuatu perkara.
13. Tidak bertutur kasar walaupun sedang marah / bertolak ansur di dalam apa jua keadaan .
14. Memaafkan kesilapan yang berlaku dan mengalah.

KEBURUKAN
1. Bersikap hipokrit / berpura-pura.
2. 'Menikam sahabat dari belakang' - bertujuan menjatuhkan maruahnya.
3. Pentingkan diri sendiri tanpa menghiraukan perasaan orang lain.
4. Menjadi batu api antara sahabat dan pihak lain.
5. Berdolak-dalih untuk menghulurkan bantuan baik dari segi kewangan mahupun tenaga dan terus menjauhkan diri bila sahabat kesusahan .
6. Memfitnahkan dan memalukan sahabat sendiri .
7. Menggalakkan perbuatan mungkar tanpa perasaan bersalah.
8. Menceritakan rahsia peribadi sahabat kepada orang lain/gosip.
9. Dengki dan berperasaan cemburu dengan kejayaan sahabat sendiri / tidak berpuas hati.
10.Malas berhubung walaupun masih menyimpan nombor telefon.
11. Mencari teman-teman lain untuk berhibur dan bergembira / melupakan teman yang pernah susah bersama.
12. Suka meninggi dan meriakkan diri / seolah-olah orang lain tidak bagus.
13. Ceweret yang melampau / terpaksa mengikut telunjuk / tidak boleh bertolak ansur .
14. Pemarah dan sukar memaafkan kesalahan sahabat.

dipetik dari blogsagasama

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Jujurkah Hubungan Anda | FAMILY, romance, separation, soulmate, Sexuality, KELUARGA Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top