728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

13 July 2008

Jenis Darah | FAMILY, romance, separation, soulmate, Sexuality, KELUARGA


Adakah jenis darah yang mengalir dalam tubuh kamu mampu menggambarkan
personaliti sebenar diri kamu sendiri? Menurut salah sebuah institut di
Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah yang mengalir di
dalam tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaran terdekat mengenai
keperibadian individu itu sendiri. Ingin berkongsi rahsia mengenainya?

DARAH O

Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai
individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan
kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering
bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin
dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerj berkumpulan. Sekiranya
menginginkan sesuatu, kamu akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut
walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya kamu dikatakan memiliki sifat
cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu juga terlalu serius di dalam
persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri kamu
sendiri. Oleh yangdemikian kamu harus lebih bijak mengawal emosi diri mu
agar tidak dikuasai dengan tekanan.

DARAH A

Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu. Kamu gemar
melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan kamu juga gemar melibatkan
diri dengan berpersatuan. Kamu bijak bergaul dengan individu disekeliling
mu dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan
mu. Sikap sensitif, sabar dan bertimbang rasa yang ada dalam diri kamuitu
melambangkan bahawa kamu tergolong dalam kategori individu yang memiliki
keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan
terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk
berehat. Kamu harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana
terlalu leka dengan kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri pula yang terabai.

DARAH B

Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan mu. Kamu lebih selesa
dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula kamu adalah individu yang
terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam
melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih gemar
melaksanakannya dengan cara kamu sendiri. Kamu adalah individu yang kreatif
dan fleksibel, mudah bagi diri kamu untuk meletakkan diri sendiri dalam apa
jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu. Kamu adalah individu yang
bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap kamu yang gemar berdikari dan
tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat
diri mu dan sekaligus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Kamu
harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara
bersendirian.

DARAH AB

Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar
dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini.
Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang
berada di sekelilingmu berasa selesa untuk berdampingan denganmu. Kamu juga
memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap
menghiburkan dan ceria. Namun ada satu perkara yang harus kamu perbaiki
dalam diri kamu itu.Kamu perlu lebih bijak dan berani untuk membuat
keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri
kamu sendiri.
artikel dari email

  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Jenis Darah | FAMILY, romance, separation, soulmate, Sexuality, KELUARGA Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top