728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

13 July 2008

Insurans untuk pengantin | FAMILY, romance, separation, soulmate, Sexuality, KELUARGA

Ketua Hakim Syarie cadang sistem takaful jamin masa depan isteri, anak

Oleh Jalal Ali Abdul Rahim

MELAKA: Bakal pengantin lelaki Islam mungkin perlu mengambil insurans sebelum bernikah bagi menjamin masa depan isteri dan anak apabila berlaku perceraian atau kematian.

Ketua Hakim Syarie, Datuk Sheikh Ghazali Abdul Rahman menyarankan sistem takaful insurans perkahwinan diperkenalkan dalam prosiding perkahwinan pasangan Islam di negara ini.

Beliau yang juga Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), berkata pelaksanaan sistem itu dapat membela nasib dan meringankan beban isteri serta anak selepas perceraian atau kematian suami.

Sistem ini sudah diperkenalkan di Mesir dan berjaya membela kehidupan golongan terbabit,” katanya pada Majlis Mahabbah JKSM Bersama Masyarakat di sini, semalam.

Sementara itu, Hakim Rayuan Syarie, Datuk Muhamad Asri Abdullah, berkata takaful insurans perkahwinan boleh diwajibkan kepada bakal pengantin tanpa perlu meminda undang-undang berkaitan.

“Di Mesir, mereka memasukkan perkara itu dalam Undang-Undang Keluarga dan lelaki perlu menyediakan insurans yang saya difahamkan bernilai RM100 untuk sekali bayar yang dikelolakan bank.

“Bagaimanapun di negara kita, tak perlu pinda undang-undang sebaliknya boleh dibuat secara pentadbiran oleh Jabatan Agama Islam negeri. Ini sama seperti syarat mengikuti kursus khas bimbingan rumah tangga yang diwajibkan kepada bakal pengantin,” katanya ketika dihubungi.

Muhamad Asri berkata, walaupun bayaran insurans itu kecil, nilai sebenarnya besar kerana membabitkan insurans berkelompok.

“Saya berpendapat sudah tiba masanya kita melaksanakan perkara ini menerusi syarikat takaful kerana apabila berlaku perceraian, ibu lazimnya tidak dapat membesarkan anak-anak dengan sempurna.

“Urusan menuntut nafkah di Mahkamah Syariah pula mengambil sedikit masa. Jika ada insurans, mungkin bayaran boleh disegerakan dan wang itu dapat meringankan beban wanita dan anak mereka,” katanya.

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Insurans untuk pengantin | FAMILY, romance, separation, soulmate, Sexuality, KELUARGA Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top