Breaking News

CARA HIDUP SEORANG MUSLIM. | Rahsia , information about ISLAM

Seseorang yang memiliki sifat sejati seorang muslim akan membuahkan nilai-nilai yang luhur dan mengandungi ibadah. Di antara sikap hidup seorang muslim yang terdapat dalam hadis qudsi ada tujuh sikap, sekaligus melengkapi dari sifat-sifat seorang muslim yang sudah disebutkan di atas, iaitu :

1. Mencintai para fakir miskin dan orang yang lemah. Mereka ini adalah makluk Allah SWT. Taraf mereka adalah sama saja dengan kita. Menurut Allah manusia semuanya sama. Yang membezakan kita ialah di segi taqwa. Memang sudah menjadi sunnatullah sehingga kehidupan di dunia ini harmoni, kerana adanya kumpulan fakir miskin dengan kumpulan kaya. Jika semuanya kaya, siapakah yang akan menjadi buruh, nelayan dan sebagainya. Jadi seimbangnya hukum Allah mengatur kelebihan dan kekurangannya. Oleh itu yang kaya harusnya mengambil berat saudaranya yang miskin, seperti membayar gaji untuk pekerjanya. Bila yang miskin merasa di hargai, maka akan berdoalah ia untuk orang kaya itu dengan doa yang baik-baik.

2. Jangan melihat hanya kepada kemewahan. Dalam urusan dunia, ekonomi dan harta, hendaklah kita sentiasa memandang ke bawah. Dengan demikian kita akan bersyukur kepada nikmat Allah. Jika selalu memandang ke atas, kita akan menjadi manusia tamak, yang tidak pernah mencukupi dengan apa yang Allah berikan yang mana akan menjerumuskannya bertuhankan kepada dunia dan harta. Demikianlah ajaran Nabi SAW. Tetapi dalam soal ibadat, hendaklah kita memandang ke atas, berlumba mengerjakannya tetapi tidak pula menunjuk-nunjuk dan riak.

3. Mengerat hubungan silaturrahim. Menjalinkan tali persaudaraan antara sesama muslim yang jauh atau dekat dengan satu jalinan agama Islam. Kerana dengan amalan ini rezeki kita akan lapang dan dimurahkan oleh Allah serta dipanjangkan umur. Begitulah ajaran Rasulullah SAW. Dalam hadis yang lain Rasulullah menganjurkan agar menjalinkan hubungan silaturrahim dari peringkat keluarga, jiran, masyarakat, negeri dan seterusnya kepada sebuah negara. Baginda ada menyebut� Ertinya: "Carilah jiran lebih dahulu sebelum mendirikan rumah."

4. Jangan menanyakan perkara yang tidak bermanfaat. Tingkah laku seorang muslim mencerminkan nilai-nilai luhur seorang yang beragama Islam. Perkataannya yang baik adalah merupakan nilai-nilai ibadah. Tidak baik bertutur yang hanya akan menyinggung hati orang lain. Contohnya baru sahaja berkenalan terus ditanya hal-hal peribadinya, hartanya dan sebagainya. Sebaiknya berbuallah perkara yang berkaitan dengan keluarganya, seperti persekolahan anak-anaknya.

5. Menyatakan kebenaran walaupun pahit. Rasulullah berwasiat kepada umatnya supaya berani mengatakan dan menegakkan kebenaran walaupun menghadapi berbagai rintangan. Gunakanlah bahasa yang halus dan baik untuk tujuan itu tetapi memberi kesan dan tidak menyakitkan hati. Janganlah kebenaran itu tukarkan dengan kebatilan lantaran kita tidak mahu berhadapan dengan risiko, dan mementingkan diri sendiri. Di mana kita berada kebenaran harus ditegakkan. Sebab kepahitan itu akhirnya akan mendatangkan kemanisan untuk manfaat seluruh masyarakat.

6. Tidak takut cacian dan makian. Setiap perjuangan dalam menegakkan keadilan dan kebenaran yang diredhai Allah, tidaklah lepas dari cacian dan makian. Hendaknya kita mencontohi dengan sikap keperibadian Rasulullah dalam memperjuangkan Islam di tengah-tengah kaumnya. Kita janganlah takut dan bimbang kerana mereka yang menentang kebenaran itu tidak mendapat petunjuk dari Allah SWT. Oleh itu kita haruslah memperbanyakkan doa kepada Allah, agar kita ditetapkan dan hati mereka terbuka untuk menerima hidayah Allah.

7. Mengucap kata-kata Hauqalah. Ucapan Hauqalah ialah : Yang bermaksud, " Tiada daya dan kekuatan kecuali dengan izin Allah." Orang muslim yang sejati, selalu mengucapkan kata-kata tersebut ketika hendak melakukan suatu pekerjaan apapun, sekalipun dirinya menjadi seorang raja, berkuasa, kaya dan sebagainya. Tiada kekuatan, kekayaan, kekuasaan di dunia ini selain dari Allah. Janganlah manusia merasa sombong dengan apa yang ada dengan dirinya. Demikianlah tujuh sikap hidup yang diwasiatkan Rasulullah kepada umatnya untuk dijadikan panduan siang hari dan cahaya di malam hari. Dengan berpegang kepada wasiat-wasiat Rasulullah tersebut, Insya Allah setiap muslim akan sejahtera dalam kehidupan ini dan membahagiakan pula kepada manusia lain.

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]

No comments