728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

01 July 2008

Bilakah masa terbaik untuk anda mengandung @ hamil?

Apabila anda telah membuat keputusan untuk hamil, anda perlu tahu bilakah waktu subur anda. Informasi waktu subur anda yang tepat akan membantu anda memilih waktu yang tepat dan sesuai untuk melakukan hubungan seksual yang sekaligus akan meninggikan kemungkinan untuk anda hamil.

Untuk mengetahui bilakah waktu subur, anda perlu memahami tentang kitaran haid anda. Untung pusingan haid 28 hari, ovulasi - aktiviti pengeluaran telur - berlaku sekitar hari ke 14. Jika telur tidak disenyawakan sehingga hari ke 24, maka folikel (A follicle is the fluid-filled cyst that contains an egg) akan mengecut dan pendarahan akan berlaku pada hari yang ke 28.





Anda berpotensi tinggi untuk positif hamil pada sekitar hari ke 14. Sekitar hari 21, telur yang telah disenyawakan akan diimplantasikan ke dinding rahim. Wujud perubahan pada tahap hormon anda yang akan membantu menyokong kandungan berkenaan.

Dalam sesetengah kes, mungkin boleh berlaku pendarahan kecil pada hari pertama haid anda lewat. Ini disebabkan hormon yang mula meningkat tetapi tidak mencukupi untuk mencegah pendarahan dari berlaku. Pendarahan kecil juga boleh berlaku pada bulan kedua dan ketiga kehamilan anda. Namun, jika paras hormon terlalu rendah, keguguran boleh berlaku.

Bagaimana jika sebelum ini anda telah merancang kehamilan dan kini anda bersedia untuk mengandung? Berapa lamakah tempoh kemungkinan untuk anda positif hamil?

Sebaik sahaja anda berhenti menggunakan alat atau rumusan pencegah kehamilan dan mula merancang untuk hamil, maka peluang untuk anda hamil ialah:

* 25% dalam bulan pertama
* 60% dalam enam bulan
* 75% dalam sebilan bulan
* 80% dalam dua belas bulan
* 90% dalam lapan belas bulan

Jika selepas tempoh tersebut, anda masih belum mengandung, ada kemungkinan besar kerana faktor kesuburan, maka dinasihatkan anda untuk berjumpa dan berbincang dengan Dr. pakar. Untuk mengetahuan anda, dianggarkan 30% ketidaksuburan berpunca dari faktor lelaki dan 30% juga berpunca dari faktor wanita manakala selebihnya kerana faktor kedua duanya dan faktor faktor lain yang harus diselidiki terlebih dahulu.

So, ringkasnya, anda harus tahu bilakah waktu subur anda;-)

Artikel dipetik dari MENGANDUNG
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Bilakah masa terbaik untuk anda mengandung @ hamil? Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top