728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

06 June 2008

Tips Buat Sang Menantu | FAMILY, romance, separation, soulmate, Sexuality, KELUARGA

Kenali sikap sebenar mentua andaTanya kepada pasangan anda, apa yang disukai dan dibenci oleh mentua. Jika anda tahu apa yang disukai dan dibenci, anda akan lebih bersedia menghadapinya. Usah marah pasangan di depan mentua. Setelah berkahwin, jangan sesekali memarahi anaknya - iaitu pasangan anda - di hadapan mereka. Ia memberikan gambaran sikap anda terhadap anak mereka. Situasi ini mungkin menimbulkan kebencian di hati mentua.

Jaga pertuturan anda
Jika sebelum ini anda seorang yang 'mudah cakap lepas', anda dinasihatkan agar menjaga pertuturan anda. Kata orang, kerana mulut, badan binasa. Jangan sampai menyinggung perasaan keluarga mentua.



Berkongsi minat dengannya
Kalau mentua gemar bercucuk tanam, anda juga harus belajar bercucuk tanam. Kalau mentua gemar memasak, tidak salah anda cuba belajar memasak daripadanya. Tunjukkan yang diri anda betul-betul berminat dengan apa yang disukai.

Sokongan suami atau isteri
Pasangan anda hendaklah memberitahu kepada ahli keluarganya sendiri ataupun berkias bahawa jika mereka menyakiti atau memburuk-burukkan anda , bermakna mereka juga menyakiti hatinya. Mungkin ini akan mendorong ahli keluarga menerima kenyataan bahawa mereka harus menerima anda demi menjaga hati ahli keluarga mereka sendiri.

Ambil Angin
Jika keadaan menjadi tegang dan luar kawalan, anda suami isteri patut keluar mengambil angin di luar sebentar. Ia akan mengurangkan tension dan stress bagi semua pihak yang terbabit. Ini juga dapat mengelakkan anda daripada bertekak dalam keadaan marah. Orang yang marah lazimnya akan berkata-kata dengan spontan tanpa memikirkan risiko. Mungkin ada yang menyesal nanti.

Jangan Ambil Hati
Biarkan sahaja perlakuan mereka. Jangan ambil hati sangat. Latih diri anda untuk menganggap bahawa apa sahaja yang mereka cuba sakiti tidak akan berjaya dan nescaya anda boleh menerima perbuatan mereka sebagai sia-sia.

Perbaiki Tahap Komunikasi
Cuba ambil tahu apa masalah yang mereka hadapi mengenai anda. Mungkin hanya salah faham yang boleh diselesaikan yang mungkin berpunca daripada masalah yang sekecil kuman.

Hormati dan Fahami Mertua
Sebagai yang lebih muda, anda patut mengambil inisiatif untuk berbaik-baik dengan keluarga mertua. Mungkin anda kurang memahami cara hidup mereka. Tiada salahnya jika anda boleh bertolenrasi dengan kehendak mereka.

Hilangkan Buruk Wasangka
Salah satu masalah yang timbul ialah salah faham serta bersangka buruk diantara satu sama lain. Kakak ipar menyangka adik ipar memperlekehkan suaminya sedang si adik cuma memperkatakan watak yang ditonton di tv. Apabila ini berlaku tentulah ada yang terasa hati dan merajuk. Hentikan buruk sangka ini dan cuba latih diri untuk menyangka baik terhadap keluarga pasangan.

Bincang dengan Pasangan
Beritahu pasangan jika anda berasa kurang selesa kerana mungkin beliau boleh menasihati bagaimana untuk berhadapan dengan ahli keluarganya sendiri. Lagipun adalah tidak sihat jika anda menyimpan semua masalah di dalam hati.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Tips Buat Sang Menantu | FAMILY, romance, separation, soulmate, Sexuality, KELUARGA Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top