728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

11 June 2008

POTENSI *ANAK* GENIUS *ISLAM*


Kelahiran anak genius perlu dirancang. Walaupun kemampuan dan ketinggian akal fikiran merupakan sesuatu yang memang telah ditentukan oleh Allah, tetapi berusaha untuk mendapatkannya, tidak salah. Langkah inilah yang telah diambil oleh para Rasul dan Nabi pada zaman dahulu. Usaha mereka bermula lebih awal lagi, iaitu sebelum perkahwinan dijalankan. Rasulullah SAW telah menunjukkan panduan asas untuk mendapatkan anak genius.

Baginda bersabda, maksudnya ;
"Pilihlah tempat yang baik untuk air mani kamu [keturunan kamu]sesungguhnya urat itu [keturunan] mempengaruhi."
(Ibnu Majah dan Ad Dailami)

Dalam riwayat Rasulullah SAW bersabda lagi ; maksudnya :
"Carilah tempat yang sesuai (isteri) untuk air mani kamu , sebab sesungguhnya wanita-wanita itu melahirkan orang-orang yang menyerupai saudara lelaki mereka dan saudara perempuan mereka.
(Ibnu 'Ady dan Ibnu Asakir)

Maksud hadis di atas menjelaskan bahawa keturunan sedikit sebanyak biasanya dipengaruhi oleh pihak ibu. Oleh sebab itu dalam perkahwinan, diberatkan pemilihan dibuat di pihak isteri dari segala sudut.

Banyak sekali hadis-hadis yang membicarakan tentang sifat-sifat wanita yang patut dijadikan pasangan untuk menjamin zuriat yang baik.
Jarang bahkan kurang hadis membicarakan tentang sifat-sifat kaum lelaki yang dijadikan pilihan untuk melahirkan zuriat yang baik (anak genius).

Selain daripada pengaruh keturunan, wanita di antara golongan yang rapat hubungan dengan anak-anak. Oleh sebab itu betapa mereka amat ditekankan agar dipilih daripada keturunan yang baik (beragama).

Selain daripada keturunan, Rasulullah SAW juga menggalakkan para sahabat berkahwin dengan pasangan yang jauh atau yang tidak mempunyai hubungan kekeluargaan.

Perkahwinan campur sering terjadi di zaman Rasulullah SAW. Rasulullah SAW sendiri berkahwin dengan Safiyah, wanita keturunan Yahudi dan Mariah keturunan Qibti.

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya ;
"Pilihlah yang jauh dan jangan pilih kerabat yang dekat."
(Tarbiyyatul Aulad)

Selain daripada itu, Islam juga telah mengariskan adab-adab sebelum dan semasa melakukan perhubungan jenis dalam usaha mendapatkan anak yang soleh dan genius. Ibu bapa perlu membaca doa sebelum bersetubuh supaya anak yang bakal dilahirkan selamat daripada gangguan syaitan. Antara adab-adab yang lain, jangan
bersetubuh sewaktu badan terlalu letih atau kenyang, mendahului persetubuhan dengan cumbu rayu (untuk menjamin kepuasan) dan lain-lain perkara yang boleh diketahui dengan membaca kitab-kitab karangan ulama-ulama muktabar zaman dahulu.

Hal ini membuktikan betapa seriusnya Islam merancang menyediakan panduan dan membimbing umatnya untuk mendapat zuriat yang baik. Hasil daripada jalan inilah, generasi salafussoleh dapat melahirkan ulama seperti Imam Shafie yang hafaz Al-Quran ketika berumur 9 tahun, hafaz ribuan hadis dan syair serta kitab-kitab besar seperti Al Muwatak. Ilmu yang dimiliki oleh ulama-ulama zaman itu lebih luas daripada apa yang dimiliki oleh ulama-ulama zaman ini. Pengetahuan mereka merangkumi ilmu dunia dan akhirat. Imam Ghazali misalnya, bukan sahaja pakar dalam bidang agama tetapi pakar juga dalam bidang falsafah, astronomi, ekonomi dan lain-lain.

dipetik dari email.




Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]





rahsia clickbank


  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: POTENSI *ANAK* GENIUS *ISLAM* Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top