Pasangan perlu jujur dan menepati janji | Husband and Wife, passion, sex and relationships, romance

Dalam Islam, apabila suami memberikan sesuatu dalam apa saja bentuk,
adalah menjadi tanggungjawab isteri menghargai pemberiannya. Si isteri
tidak boleh meminta-minta hadiah daripada suami yang melebihi
kemampuannya. Jika mendapat hadiah walaupun kecil dan tidak mahal,
isteri hendaklah berterima kasih dan tidak mengkritik bentuk hadiah itu.
Untuk menyenangkan hati suami melihat isteri, maka si isteri haruslah
menjaga diri supaya kelihatan ceria dan menarik. Ketika berada di
dalam rumah, si isteri perlu mengenakan solekan yang sewajarnya
agar suami tertarik hati melihatnya. Isteri juga hendaklah memakai
wangi-wangian yang boleh menarik perhatian
suami.
Isteri yang solehah seharusnya menjadi teman berunding dan menjadi
sahabat dalam menyelesaikan masalah. Itulah sebabnya hubungan
suami isteri itu diertikan sebagai "teman hidup". Jika suami menghadapi
masalah untuk mencapai cita-citanya dan keluarganya, maka berilah
motivasi kepada suami di samping menghiburkan
hatinya. ( again communication)
Dalam sesebuah institusi keluarga, suami isteri perlu bersama-sama
memikul tanggungjawab supaya pembentukan keluarga
tercapai. Dalam hal yang sedemikian, ada beberapa tanggungjawab
yang dipikul bersama oleh suami isteri. ( sharing? Give and take,
tak semestinya tugas memasak atau mengemas rumah terletak atas
bahu isteri, apatah lagi kalau dua2 bekerja. Kalau siapa yang sampai
di rumah dulu, dia yang memulakan tugas-tugas di dapur dan di rumah
dan kemudian disertai pula yang balik kemudian kan bagus, berat sama
dipikul ringan sama dijinjing)
Kedua-duanya perlulah mendalami ilmu fardu ain. Ini adalah perlu kerana
ilmu adalah panduan untuk mereka dalam menjalani kehidupan seharian.
Kita juga wajib menuntut ilmu sampai ke liang lahad. Dengan mempelajari
lebih banyak ilmu fardu ain, suami isteri dapat menghayati kehidupan Islam
lebih bermakna lagi.
Untuk menyelesaikan apa juga masalah keluarga, suami isteri perlulah
sentiasa berbincang demi kebaikan bersama. Perbincangan adalah lebih
baik daripada bersikap autokratik kerana kata sepakat dapat dicapai
untuk kebaikan bersama dan tidak untuk kepentingan satu pihak saja.
Malah dengan perbincangan juga suami isteri boleh mendapat ilham baru
untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi bersama. Dalam menunaikan
tanggungjawab masing-masing, kadang-kadang kita memerlukan
pertolongan dalam hal-hal kebajikan.
Isteri kadang-kadang memerlukan pertolongan suami untuk membuat kerja rumah.
Dalam hal sebegini, adalah perlu bagi pasangannya untuk meringankan beban y
ang dihadapi oleh pasangannya supaya kerja-kerja dapat
dilaksanakan dengan cepat dan betul.
Apabila seorang daripada mereka melakukan perkara yang ditegah, adalah
menjadi tanggungjawab pasangannya untuk menegur kesilapan yang telah
dilakukan. Suami isteri hendaklah saling tegur menegur dan menghalang
pasangan masing-masing daripada melakukan kemungkaran,sebaliknya
melakukan lebih banyak hal-hal kebajikan.
Kedua-duanya perlulah bersikap jujur dan selalu menepati janji antara satu
sama lain kerana perkahwinan dianggap sebagai satu institusi yang mana
ahli-ahlinya perlulah saling percaya mempercayai antara satu lama lain
tanpa perlu berbohong atau menyimpan rahsia. Oleh sebab itulah maka
suami isteri hendaklah bersikap terbuka dan berterus terang dalam
banyak hal tanpa menyembunyikan kebenaran.
Suami isteri perlulah saling memaafkan dan menasihati kerana sebagai
manusia, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Ini adalah
penting kerana tanpa sikap pemaaf dan saling tegur menegur ini,
maka suami isteri itu akan hidup dalam kekacauan kerana sering melakukan
kesilapan tanpa ada orang yang ingin menegurnya ataupun sering berbalah
kerana tidak ada sikap pemaaf.
Salah satu hikmah berkahwin ini ialah suami isteri dapat melakukan solat
berjemaah. Seperti yang diketahui, jika kita solat berjemaah, maka pahala
yang diperoleh adalah berganda-ganda daripada solat bersendirian.
Dengan melakukan solat berjemaah, maka perhubungan ukhuwah suami
isteri dapat dipereratkan. Yang penting dalam kehidupan sebagai suami
isteri ini ialah bertawakal kepada Allah setelah berusaha sedaya upaya
untuk mencapai kebahagiaan dalam hidup berumah tangga.
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]
No comments