Breaking News

Konflik suami isteri perlu tangani dengan bijak | Husband and Wife, passion, sex and relationships, romance

Konflik suami isteri perlu tangani dengan bijak  | Seks Suami-Isteri | Bercinta Dengan Suami Orang | SuamiPerkasa.com | Suami Cepat Tewas | Berbagi Suami | SuamiOnline.com | Kisah Suami | Info Seks Suami Isteri | Sarapan Buat Suami | ghairah suami | Husband and Wife, passion, sex and relationships, romancePerkahwinan merupakan suatu perkara yang dituntut oleh al-Quran dan sunnah Rasulullah S.A.W. Perhubungan di antara suami dan isteri adalah disebut sebagai salah satu rahmat dan tanda kebesaran Allah S.W.T kepada manusia.

Bagaimanapun, dalam menjalani kehidupan suami isteri, pasangan juga perlu menyedari bahawa perkahwinan adalah satu perkongsian hidup dua insan berlainan jantina dan latar belakang keluarga.

Akibat kelainan ini, ia boleh mempengaruhi cara berfikir, sikap, nilai dan cita rasa individu yang menimbulkan isu-isu salah faham, ketegangan dan konflik.

Menurut Hakim Mahkamah Rayuan, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Datuk Muhammad Asri Abdullah, pasangan perlu mempunyai kemahiran mengurus konflik dengan cara mengenal pasti keadaan atau punca berlaku konflik serta mengelakkan situasi yang boleh menimbulkan salah faham.

``Konflik rumah tangga didefinisikan apabila situasi hubungan, peranan, komunikasi sikap, nilai dan reaksi pasangan suami isteri tidak sejajar dengan gambaran alam perkahwinan yang harmoni dan tenang.

``Dalam surah al-Rum telah menyatakan tentang alam perkahwinan, bahawa pasangan suami isteri hidup dalam keadaan kasih sayang, tenang dan harmoni serta kasihan belas dan bertimbang rasa,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Faktor-Faktor Konflik Rumah Tangga pada Bengkel Penyelesaian Konflik RumahTangga anjuran Pusat Perundingan dan Latihan Institut Kefahaman Islam Malaysia (PPLI), bertempat di Dewan Besar Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), baru-baru ini.

Muhammad Asri berkata, faktor-faktor utama yang menjadi punca atau isu kepada konflik rumah tangga ialah apabila seorang pasangan atau kedua-duanya tidak mempunyai persediaan yang lengkap berkenaan alam rumah tangga yang berkaitan dengan persediaan minda dan kerohanian, fizikal, ekonomi dan sosial.

Dalam pada itu kebanyakan pasangan menurutnya, tidak mengetahui hak dan tanggungjawab suami isteri, hubungan kelamin, hubungan dengan mentua dan hubungan antara jiran.

``Ditambah dengan faktor ekonomi yang tidak mempunyai perancangan dan pengurusan sumber keluarga berkaitan dalam memenuhi perbelanjaan keluarga dan pengurusan masa, menjadikan masalah ini semakin besar,'' katanya.

Justeru, beliau menjelaskan betapa pentingnya ilmu munakahat atau ilmu perkahwinan amat perlu difahami kerana ia menjadi asas seseorang itu sebelum memasuki alam perkahwinan bagi mencapai matlamat perkahwinan iaitu kebahagiaan yang berterusan.

``Menerusi ilmu-ilmu ini mereka boleh mengetahui perkara-perkara yang boleh dilakukan dan tidak boleh dilakukan semasa berada dalam alam perkahwinan,'' katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, apabila salah seorang pasangan atau kedua-duanya meneruskan kebiasaan tingkah laku dan sikap yang tidak sesuai dengan alam perkahwinan dengan gemar bertindak atau membiarkan pasangan sendirian tanpa mengambil kira kesan kepada pasangan atau perkahwinan.

Ini berlaku apabila kefahaman terhadap agama berhubung dengan kehidupan suami isteri kurang atau terkeluar daripada tuntutan Islam sebenar serta pengurusan cara hidup keluar dari kawalan sosial dan syariah Islamiah seperti minum arak, berjudi, menyalahgunakan dadah, berzina dan lain-lain.

Selain itu, apabila pasangan menghadapi masalah peribadi dan personaliti seperti pemarah, cemburu buta, pemukul dan mementingkan perasaan sendiri, konflik rumah tangga boleh berlaku.

Kegagalan mengimbangi tumpuan perhatian serta masa kepada pasangan dan rumahtangga akibat lebih mementingkan kerjaya atau lain-lain kegiatan luar rumah serta tidak dapat mengawal pengaruh luaran juga menimbulkan konflik.

``Ada pasangan yang tidak menitikberatkan hubungan komunikasi kekeluargaan atau mengutamakan diri atau keluarga sendiri lebih daripada pasangan atau keluarga pasangan serta tidak mengambil berat terhadap kesihatan, kebajikan, pendidikan dan keperluan emosi keluarga juga antara faktor penyebab kepada konflik rumah tangga,'' katanya.

Muhammad Asri berkata, dalam perbincangan munakahat terdapat tiga bentuk konflik yang dihadapi oleh suami isteri seperti nusyuz (dapat dikesan melalui komunikasi pasangan), syiqaq iaitu perselisihan faham suami isteri yang sudah sampai ke tahap cerca-mencerca dan pukul-memukul dan dharar iaitu penganiayaan suami seperti memukul dan mendera isteri sedangkan isteri adalah wanita yang baik akhlak dan taat kepada suami.

Sekiranya keadaan konflik berlaku disebabkan isteri nusyuz, pihak suami patut membuat langkah-langkah seperti memberi nasihat menyedarkan isteri dengan penuh kasih sayang, membawa isteri mendapatkan khidmat nasihat kaunseling, memberi pengajaran kepada isteri dan boleh membawa perkara ini ke mahkamah syariah.

Manakala, sekiranya nusyuz di pihak suami, pihak isteri boleh membuat aduan kepada perunding keluarga untuk membuat perundingan atau mengemukakan kes mereka di mahkamah syariah.

``Apabila keadaan hubungan suami dan isteri dalam bentuk syiqaq, mereka perlu mengadakan sulh (perbincangan) yang dihadiri oleh wakil keluarga atau penasihat (kaunselor).

``Sekiranya isteri mengalami penderaan atau penganiayaan, langkah yang perlu diambil ialah pihak isteri mendapatkan saksi tentang perbuatan tersebut, perlu membuat laporan pihak polis atau pihak perubatan serta boleh membuat pengaduan kepada mahkamah syariah untuk dibicarakan,'' katanya.

petikan dari BERNAMA

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]





No comments