728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

25 June 2008

Jual isteri langsai hutang


SAYA membaca kisah Nabi Muhammad yang melayan isteri dengan baik sehingga baginda pernah menegur seorang lelaki yang memukul isterinya. Walaupun lelaki berkenaan memberi alasan isterinya keras kepala dan tetap berdegil selepas diberi nasihat tetapi baginda berkata ‘mengapa memukul teman tidur dan ibu kepada anak-anaknya’.

Malah, baginda bersabda sebaik-baik lelaki adalah yang lemah lembut terhadap isterinya. Bagaimanapun, dalam keadaan sekarang, kebanyakan lelaki bukan saja kurang membantu kerja di rumah (walaupun sama-sama bekerja kerana menganggap ia tugas wanita) tetapi ada yang sanggup memukul teruk dan 'menjual' isteri untuk melangsaikan hutang.
Apa pandangan Datuk dalam hal ini? Apakah hukum lelaki yang selalu mendera dan menganiaya isteri? Bagaimanakah kita dapat melahirkan suami yang lebih baik; jika tidak membantu kerja rumah pun memadailah seandainya mereka dapat menghormati isteri sebagai wanita dan insan?

SZ
Johor


Islam datang dengan memartabatkan kedudukan wanita. Mereka dimuliakan dengan pahala tinggi. Suami diingatkan mereka mengambil isteri itu dengan amanah daripada Allah. Amanah itu wajib dipelihara dengan baik.

Rasulullah menunjukkan contoh supaya suami melayan isteri dengan baik dan tidak menyakiti mereka. Bahkan disebutkan dalam hadis amalan pertama yang dihisab ialah adakah suami memberi nafkah pada isteri dan keluarganya.

Malah, Baginda menyatakan kayu ukur lelaki itu benar-benar baik diukur dari cara dia melayani isterinya. Suami yang baik dapat dilahirkan dengan sentiasa mengikuti kelas pengajian ilmu, bantuan isteri sendiri dan didikan keluarga.

Kemuskilan ini dijawab oleh
Datuk Dr Mashitah Ibrahim, Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri

artikel dipetik dari HARIAN METRO


artikel mengenai KE ISTIMEWAAN WANITA
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Jual isteri langsai hutang Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top