Breaking News

Hubungan intim ketika haid


SAYA berumur 23 tahun dan mengetahui bahawa berdosa melakukan hubungan intim ketika haid.
Saya ingin tahu, selain taubat, apa lagi yang perlu dilakukan supaya dosa berkenaan diampunkan Allah?
Adakah taubat dan amalan orang yang melakukan hubungan ketika haid akan diterima Allah?

INGIN TAHU
Kelantan


Ketika dalam haid, wanita diharamkan melakukan persetubuhan dengan pasangannya.

Ia bukan sekadar larangan agama, tetapi terbukti memudaratkan daripada segi kesihatan.

Jika sudah terlanjur berdosa, seorang itu dituntut menyesali perbuatannya selain wajib bertaubat dan berjanji tidak mengulangi dosanya.

Rasulullah SAW berpesan, bagi yang berbuat dosa, segera ikuti dengan amalan kebajikan kerana ia mampu memadamkan dosa berkenaan. Banyakkan membuat amalan kebajikan, insya-Allah hati berasa tenang.

Kemuskilan ini dijawab oleh
Datuk Dr Mashitah Ibrahim, Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri

artikel dipetik dari HARIAN METRO

No comments