728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

19 June 2008

Deja Moss, Fendy sedia kahwin | PERKAHWINAN, keluarga, perceraian, Engagements, Weddings, Families, Divorces of Celebrities

Oleh: ROSLI MANAH Foto: SHAHRIL AZMAN ZAIN

Penyanyi Deja Moss sudah bersedia menamatkan alam bujang dengan teman lelakinya, ahli perniagaan Azfendy Azzuddin tidak lama lagi. Deja tidak berselindung apabila ditanya pasal perkara itu.

Bagaimanapun tarikh pernikahan mereka belum diputuskan kerana masing-masing sibuk dengan kerja. Deja masih banyak undangan mengadakan persembahan manakala Fendy pula giat menguruskan pelbagai acara melalui syarikat DC Borneo Sdn. Bhd. Fendy ialah pengarah acara syarikat itu.

"Memang saya sudah bersedia untuk berumah tangga. Apabila kita bertemu seseorang yang sesuai dengan kita, tak payah nak membuat keputusan," kata Deja.

Kini pihak kedua-dua keluarga sedang berbincang pasal pernikahan mereka. Perbincangan bukanlah sukar kerana keluarga mereka saling mengenali sejak lama.

"Saya rancang bernikah sebelum bulan puasa ini, tengoklah macam mana perbincangan keluarga," kata Fendy.

Ceria wajah bakal pengantin.

Adakah tarikh ulang tahun Deja pada 6 Ogos menjadi pilihan? Deja dan Fendy belum sedia mengumumkannya sebaliknya berjanji akan menghebahkan apabila tarikhnya ditetapkan kelak.

"Tunggulah dua tiga minggu lagi... adalah perkembangannya. Jangan bimbang saya tak akan sorok... benda baik buat apa nak sorok-sorok," kata Deja yang nampak ceria dan bahagia berbicara pasal perancangan pernikahannya.

Fendi, 29, dan Deja 35, merancang mengadakan majlis di Kuala Lumpur. Fendy juga membayangkan majlis mereka hanya sebuah majlis sederhana dan ringkas sahaja.

"Sebenarnya saya kenal Fendy sejak lama dulu. Pada masa itu dia berumur 15 tahun dan saya pula berusia 21 tahun. Tapi kami tidak berhubung selepas itu sehinggalah berjumpa semula ketika saya mengunjungi keluarganya.

"Pada masa itu hubungan lalunya dah tiada. Saya tidak kena mengena dengan masalah mereka," jelas Deja.

Deja dan Fendy membilang hari bahagia.

Fendy, bekas pemain bola sepak itu pernah bertunang dengan pelakon Tengku Shahira Tengku Iskandar selama empat tahun sebelum ikatan mereka putus.

Deja juga akan terus menyanyi selepas berkahwin. Apatah lagi Fendy kini turut terlibat secara langsung dalam dunia hiburan. Fendy ialah pengarah acara untuk persembahan Malam Bersama... Anuar Zain di Kota Kinabalu, Sabah pada 26 Julai dan di Kuching, Sarawak pada 23 Ogos ini. Deja menjadi artis undangan untuk kedua-dua persembahan.

Deja dikerumuni wartawan yang beminat nak tahu kesudahan cintanya dengan Fendy.

Deja juga bakal menghasilkan album baru tidak lama lagi. Nampaknya selepas berkahwin, semakin banyak komitmen Deja terhadap kerjaya seninya. Tahniah Mangga Online ucapkan.

dipetik dari http://www.manggaonline.com.my



Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Deja Moss, Fendy sedia kahwin | PERKAHWINAN, keluarga, perceraian, Engagements, Weddings, Families, Divorces of Celebrities Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top