Breaking News

Dara: Masukkan jari ke dalam faraj?

ADAKAH SAYA MASIH DARA?

Assalamuaalaikum…

Dulu saya pernah bertunang dengan seorang lelaki dari member saya. Member saya merupakan adik angkatnya. Member saya pernah menceritakan kebaikan abangnya kepada saya dan member-member lain. Saya tertarik dengan ceritanya. Setelah mengenalinya selama semingggu saya tak teragak-agak untuk menerimanya sebagai kekasih.

Saya begitu bahagia apabila bersama-samanya. Selama setahun kami berkasih kami mengikatkan tali pertunangan. Saya tak lihat satu perubahan dalam dirinya. Saya mengikut kehendaknya sehingga sanggup tukar sekolah untuk lebih dekat dengannya. Saya mendapat tahu dia mempunyai adik angkat lagi. Saya tak kisah. Biasalah orang kacak.

Saya mendapat panggilan-panggilan dari seorang perempuan yang mengaku isterinya. Saya call dia tanya tapi menafikannya. Saya percaya. Dulu sebelum bertunang saya jaga batas-batas pergaulan. Tapi setelah bertunang saya serahkan (mahkota) untuk disentuh. Dia hanya menjolok jarinya sahaja tapi tak isterinya. Saya call dia tanya tapi menafikannya. Saya percaya.

Adakah saya masih dara? Tolonglah sebab saya takut dengan tunang baru saya dan kami akan berkahwin.

SUZANNA, Sarawak


Jawapan

Saya ingin mengingatkan saudari cumbuan atau "necking" di antara satu pasangan laki dan dan perempuan sebelum bernikah adalah haram. Setiap gadis walaupun sedang bercinta dan bertunang patut menjaga kehormatan diri mengikut lunas-lunas Islam.

Saya ingin menekankan bahawa perbuatan saudari dengan bekas tunang adalah dianggap keterlanjuran dan tidak patut diulang di masa depan. Merujuk kepada masalah saudari yang menyebabkan kerisauaan kerana telah membenarkan bekas tunangnya masukkan jari ke dalam kemaluannya

Biasanya dengan perbuatan memasukkan sesuatu benda ke dalam faraj boleh merosakkan selaput dara. Misalnya perbuatan persetubuhan dengan memasukkan zakar ataupun di kalangan wanita yang melakukan masturbasi memasukkan alat-alat yang serupa dengan zakar atau vibrator boleh menyebabkan kerosakan pada selaput dara.

Sekadar memasukkan satu jari ke dalam faraj walaupun ia boleh menimbulkan kerosakan tetapi ia tidak mungkin menyebabkan kelonggaran pada faraj yang mungkin boleh dikesan oleh bakal suami saudari. Tetapi kalau memasukkan dua jari dan dilakukan berulang-ulang kali kemungkinan boleh berlaku kerosakan atau pecah selaput dara.

Ini satu ingatan kepada gadis-gadis yang masih dara lagi agar tidak keterlanjuran dalam perbuatan mereka ketika mereka sedang bercinta dalam pertunangan kerana perbuatan ini berdosa besar dan juga boleh menyebabkan kerosakan pada kemaluan dan dengan ini ia boleh menjatuhkan martabat nilai diri pada gadis sekalian.


artikel dipetik dari Hamid Arshad

1 comment:

  1. asalam. sy nak tanye ni kalau sy memasukkan jari ke dalam lubang bontot sy, adekah selaput dara sy rosak? tq

    ReplyDelete