728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

30 June 2008

Bercumbu dalam edah


SAYA pernah membaca mengenai pasangan bercerai yang belum tamat tempoh edah boleh rujuk kembali hanya dengan bercumbu atau bersama tanpa perlu merujuk di mahkamah. Adakah ia benar kerana ia terjadi pada saya.

Ketika hamil, suami menjatuhkan talak. Namun selepas beberapa minggu kami bertemu semula dan bercumbu (tanpa melakukan hubungan kelamin) tetapi hingga mengeluarkan air mani. Perkara ini berulang sehingga selepas saya bersalin.

Saya merelakan kerana masih sayangkan bekas suami. Adakah saya masih isterinya atau ibu tunggal? Kami tidak tinggal bersama, cuma sesekali bekas suami datang apabila mahu bertemu anak.

NAS
Johor Bahru

Jawapan

Pasangan yang bercerai dengan talak raj’ie boleh berbalik semula selama mana dalam edah. Rujuk ini dibolehkan dan adalah hak suami berdasarkan firman Allah maksudnya: “Dan bekas suami mereka lebih berhak rujuk kepada mereka selama masa edah itu.“ (Al-Baqarah, 229)

Disebabkan ia hak suami, dalam rujuk tidak memerlukan syarat seperti kerelaan isteri, makluman wali atau saksi.

Dalam masalah puan, perbuatan suami menceraikan isteri yang hamil adalah berdosa, namun talak itu sah. Jika suami datang dan bercumbu ketika dalam edah, sah rujuk menurut kebanyakan ulama kecuali Imam Shafei.

Ulama berpendapat, rujuk sah dengan perkataan dan perbuatan seperti berjimak dan permulaan jimak seperti sentuhan yang menaikkan syahwat dan ciuman.

Imam Syafie berpendapat rujuk hanya boleh dengan ucapan yang terang dan jelas dimengerti. Tidak boleh dengan bersetubuh dan rangsangan.

Kemuskilan ini dijawab oleh
Datuk Dr Mashitah Ibrahim, Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri

artikel dipetik dari HARIAN METRO
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Bercumbu dalam edah Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top