728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

29 May 2008

HARRISON FORD dan Calista Flockhart | Hollywood Gossip - Celebrity News, Pictures, and Rumors

HARRISON FORD dan Calista Flockhart Wedding | Hollywood Gossip - Celebrity News, Pictures, and RumorsCinta antara mereka ada yang sudah lama terjalin, dan ada juga di antara pasangan yang baru sahaja berputik cinta mereka. Namun, disebabkan cinta mendalam, mereka membuat keputusan untuk mengukuhkan lagi hubungan dengan ikatan perkahwinan.

Harrison Ford dan Calista FlockhartMereka telah bercinta selama enam tahun sejak pertama kali bertemu pada majlis anugerah Golden Globe 2002. Harrison Ford, 65, dan Calista Flockhart, 43, kini ingin mengukuhkan lagi hubungan cinta mereka dengan ikatan perkahwinan.

Ford dan Flockhart dilaporkan akan berkahwin pada musim panas ini. Ford yang pernah bercerai sebanyak dua kali sebenarnya berasa berat hati untuk bergelar suami buat kali ketiga.

Namun, dia baru-baru ini telah memberitahu Flockhart dia telah bersedia untuk menjadikan Flockhart isterinya.

“Harrison memberitahu dia akan berkahwin dengan Calista sebaik sahaja dia habis urusan promosi filem terbaru Indiana Jones,” kata satu sumber kepada majalah National Enquirer.

Ford dan Flockhart dipercayai sudah merancang satu majlis perkahwinan sederhana yang dijangka hanya akan disertai oleh keluarga dan rakan rapat.

Aktor ini mempunyai empat orang anak hasil perkahwinan sebelum ini. Dia juga membantu Flockhart untuk membesarkan anak angkat Flockhart, Liam, 7.

Ford berharap untuk menjadi bapa angkat kepada Liam tetapi Flockhart memberitahu bahawa mereka perlu berkahwin terlebih dahulu.

Mungkin tahun ini merupakan tahun bertuah, ramai di antara pasangan selebriti Hollywood memilih untuk melangsungkan perkahwinan mereka.

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]
>
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: HARRISON FORD dan Calista Flockhart | Hollywood Gossip - Celebrity News, Pictures, and Rumors Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top