Subscribe to web2feel.com
Subscribe to web2feel.com
direncana oleh rahsia perkahwinan 18 April 2008

Perkahwinan Rusdi Ramli dan Sharon PaulPerkahwinan Rusdi Ramli dan Sharon PaulPerkahwinan Rusdi Ramli dan Sharon PaulPerkahwinan Rusdi Ramli dan Sharon PaulKUALA LUMPUR, 17 NOV 2008: Konsep elemen perkahwinan yang bertemakan Persada Manik Urai menjadi pilihan aktor Rusdi Ramli, 38, dan komposer, Sharon Paul Abdullah, 32, sewaktu majlis pernikahan serta persandingan mereka dilangsungkan di Galeri Creative Elements di Seksyen 2, Shah Alam, malam tadi.

Biarpun nampak ringkas, namun ia berjaya menonjolkan ciri-ciri romantis dan penuh kelembutan yang menjadi simbol kepada percintaan mereka yang telah mula bersemi sejak setahun lalu.

Majlis dimulai dengan acara akad nikah. Dengan hanya sekali lafaz, Rusdi yang kelihatan segak mengenakan baju Melayu putih tajaan Semendah Rasa telah selamat dijabkabulkan dengan Sharon kira-kira jam 9.25 malam dengan mas kahwin sebanyak RM800 berserta hantaran sebentuk cincin emas putih bertatah berlian, sirih junjung serta sebuah Al-Quran.

Pasangan ini telah dinikahkan oleh Pendaftar Kahwin, Nikah, Cerai & Rujuk dari Pejabat Agama Islam Daerah Petaling, Ustaz Mohd Sujak Hj Mohd Dasuki.

Rusdi yang pada mulanya kelihatan agak gugup akhirnya mampu mengukir senyuman gembira sebaik saja berjaya melafazkan akad nikah tersebut. Dia turut diapit ayahnya, Ramli Ismail, 67, serta kawan baiknya, Ijoy yang juga suami kepada pengacara dan pelakon Sharifah Shahirah.

Majlis kemudian diteruskan dengan upacara membatalkan air sembahyang. Rusdi telah menyarungkan cincin emas putih bertatah berlian di jari manis kanan Sharon yang kelihatan cukup anggun mengenakan busana putih rekaan Calvin Thoo, manakala Sharon pula menyarungkan cincin platinum putih di jari manis kiri Rusdi.

Rusdi dan Sharon kemudian terus disandingkan di atas pelamin Persada Manik Urai yang telah diilhamkan oleh Suhaimi Saad buat kali pertamanya khusus buat pasangan ini.

Upacara menepung tawar turut dilakukan oleh kaum keluarga pihak pengantin lelaki dan perempuan termasuklah orang tua Rusdi iaitu Norlia Ghani dan bekas suaminya Ramli, ibu Sharon, Lucia Paul serta tetamu VIP.

Antara tetamu VIP yang menyerikan acara menepung tawar ini adalah Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya Datuk Khalid Mohd Jiwa, Datuk Aziz Sattar dan isteri serta Datin Nina Juren dan suaminya.

Rusdi gementar, bukan lagi babak lakonan

Rusdi sewaktu ditemui pihak wartawan bersyukur kerana majlis pernikahan serta persandingannya bersama Sharon telah berjalan dengan selamat dan lancar mengikut apa yang dirancangkan.

"Mulanya saya rasa gementar juga terutama waktu hendak akad nikah. Walaupun saya sudah buat benda ini lebih kurang 80 kali dalam drama tapi ia tidak sama apabila berhadapan dengan situasi yang sebenar. Rasanya kalau tidak pakai mikrofon, suara saya tentu tidak keluar," katanya kepada murai.com.my.

Menjelaskan mengapa dia memilih Sharon sebagai pasangan hidupnya, Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-20 berkata, sepanjang mengenali komposer tersebut, dia tidak pernah berasa susah dalam apa jua perkara.

"Baik dari segi kerja mahu pun hubungan peribadi, ia cukup menyenangkan saya. Malah, hubungan dia dengan anak saya pun OK. Bagi saya itu yang amat penting sekali.

"Tapi, kerja kami memang membuat kami begitu serasi. Dia suka menonton filem, manakala saya pula suka tengok kerja-kerja yang dia buat sebab masa kecil dulu saya memang bercita-cita untuk jadi seorang komposer," kata hero filem Waris Jari Hantu ini.

Sementara itu, Sharon pula berkata, Rusdi sentiasa menyejukkan hatinya dalam apa jua perkara.

"Mungkin ramai yang anggap dia sebagai seorang yang pendiam serta tidak banyak bercakap. Tapi dengan saya, kami selalu berbual dan berkongsi banyak perkara. Malah, kalau berbual di telefon selalunya sampai 3 hingga 4 jam setiap hari. Selalunya kami berborak sampai jam 4 hingga 5 pagi," katanya.

Rusdi dan Sharon juga baru saja menubuhkan syarikat produksi yang dinamakan sebagai Filmwerks Sdn Bhd sejak 4 bulan yang lalu yang mana mereka bercadang untuk menerbitkan drama serta filem pada masa akan datang.

Majlis makan beradab kemudian menyusul sebelum pasangan ini bertukar baju untuk melangsungkan upacara memotong kek.

Sepanjang majlis ini berlangsung, tetamu telah dihiburkan dengan persembahan daripada kumpulan strings quartet yang memainkan rangkaian lagu yang romantis. Malah rakan-rakan artis seperti Bob, Ning Baizura, Adibah Noor, Nash dan Datuk Siti Nurhaliza turut membuat persembahan.

Majlis pernikahan dan persandingan Rusdi dan Ramli turut dihadiri ramai rakan artis yang lain. Antaranya, Maya Karin, Kavita Kaur, Afdlin Shauki, Hans Isaac, Vanidah Imran dan Rashidi Ishak, Ruhil Amani dan suami, Riezman Khuzaimi dan isteri, Aida Aris dan Zul Handy Black, Farhan, Aspalela Abdullah, Shuhaimi Baba, Ramli MS dan Datin Maria Arshad.

Majlis ini juga turut dikendalikan oleh Sharifah Shahirah dan Zaibo sebagai pasangan pengacara. [ sumber ]


Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]

Related Posts by Categories



0 comments

Post a Comment

Mutira Kata Minggu Ini

Bermula pada hari ini, jadikan DIRIMU bagai pohon yang rendang di mana setiap insan dapat berteduh. JANGANLAH jadi seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.

video minggu ini

Jadilah Yang PERTAMA membaca!

Langgani Pelbagai Artikel Rahsia Perkahwinan Terus Ke Email Anda!! !:

By FeedBurner

Twitt RP !

RP's Fan Box

Rahsia TERBARU !