728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

18 March 2008

Perkahwinan Dynaz dan Hafizy | PERKAHWINAN, keluarga, perceraian, Engagements, Weddings, Families, Divorces of Celebrities

15th March 08 Majlis Pernikahan Dynas dan Fizy15th March 08 Majlis Pernikahan Dynas dan Fizy15th March 08 Majlis Pernikahan Dynas dan Fizy15th March 08 Majlis Pernikahan Dynas dan Fizy15th March 08 Majlis Pernikahan Dynas dan Fizy
15th March 08 Majlis Pernikahan Dynas dan Fizy
15th March 08 Majlis Pernikahan Dynas dan Fizy
15th March 08 Majlis Pernikahan Dynas dan Fizy
15th March 08 Majlis Pernikahan Dynas dan Fizy
15th March 08 Majlis Pernikahan Dynas dan Fizy
Sungguh jelita pengacara, model dan pelakon popular, Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar atau Dynas di hari pernikahannya yang berlangsung Sabtu lalu, 15 Mac 2008. Makin berseri-seri di samping suami tercinta, Mohd Hafizy Hafiz seorang usahawan permotoran terkenal di tanah air.

Bersama suami, Dynaz begitu yakin melangkah dan percaya bahawa hari-hari yang bakal dihadapi berdua lebih menjamin dan selamat daripada kehidupan sebelum ini. Tidak pernah menyangka, program Beat TV pada tahun 2006 yang dikendalikannya mempertemukan diri dengan insan tercinta.

“Ketika itu saya ditugaskan untuk menemuramah Hafizy untuk sebuah segmen. Dari situlah kami mulai rapat. Lama-kelamaan, timbul keserasian sehinggakan kami mencapai kata sepakat untuk bersama,” kata Dynaz.

Tidak mahu mengikut jejak selebriti lain, Dynaz memfokuskan hari bersejarahnya pada perkara yang wajib dalam Islam berbanding adat yang biasa dilakukan. Tiada majlis pertunangan, Dynaz selamat diijabkabulkan dengan Hafizy dengan berwalikan ayahnya, Datuk Wan Mokthar Wan Mohamad di kediaman keluarganya di Seksyen 9, Shah Alam.

15th March 08 Majlis Pernikahan Dynas dan Fizy

Redha ketentuan Tuhan pada jodoh pertemuan, ajal dan rezeki Dynaz memutuskan untuk berkongsi hidup dengan Hafizy di usianya yang baru menjengah 25 tahun dan di saat namanya di julang sebagai selebriti “A-list”.

“Sekarang adalah masa terbaik untuk saya mengikat ikatan yang sah dengan Hafizy, malah sudah elok sangat saya berkahwin pada umur ini. Tiada salah kalau jodoh sudah sampai apatah lagi saya percaya pada rezeki yang dikurniakan Allah,” luah Dynaz.

Sikap rendah diri yang dimiliki Hafizy berjaya menawan hati Dynaz, manakala sikap sempoi dan tidak memilih yang dimiliki oleh Dynaz pula memikat hati Hafizy.

“Dia jenis cincai. Saya senang bersama dengan Dynaz yang tidak kisah untuk makan di mana-mana termasuk kedai mamak,” ungkap Hafizy

Majlis resepsi mereka dengan gaya Inggeris bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 22 Mac ini.

dipetik daripada http://www.manggaonline.com.my

dipetik daripada http://www.gua.com.my




Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Perkahwinan Dynaz dan Hafizy | PERKAHWINAN, keluarga, perceraian, Engagements, Weddings, Families, Divorces of Celebrities Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top