Subscribe to web2feel.com
Subscribe to web2feel.com

Apa itu selaput dara?

Dalam istilah perubatan, selaput dara dikenali sebagai hymen. Selaput dara ini merupakan satu lipatan selaput lendir yang menutupi pintu bibir vagina perempuan. Ia telah ada sejak bayi perempuan dilahirkan. Kedudukannya adalah diantara satu atau dua cm dari bibir luar vagina dan bentuknya bulat mengikut bentuk liang vagina. Namun begitu ada juga selaput dara yang memiliki bentuk unik seperti bulan sabit ( semilunar ) dan mempunyai pemisah ( septum ). Selaput ini amat tipis dan merupakan membran yang lembut.

Rahsia di sebalik air sembahyang

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri. Pernahkah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa? Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam? Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam? 1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini". Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.

Perkahwinan Siti Nurhaliza & Datuk Khalid

Ibarat kisah fantasi yang sering dibayangkan dalam novel cinta, begitulah gambaran kemeriahan majlis persandingan penyanyi terkenal, Datin Siti Nurhaliza Tarudin dan Datuk Khalid Mohamad Jiwa. Daripada riak wajah pengantin tergambar segenap rasa bahagia yang sukar diterjemahkan dengan kata-kata.Melangkah anggun dengan persalinan kebaya moden putih, Badarsila dipetik daripada judul lagu popularnya rekaan Radzuan Radziwill ke Dewan Pameran 1 & 2, Pusat Persidangan Kuala Lumpur (KLCC), senyuman dan debaran mengiringi langkah pasangan pengantin baru itu untuk upacara bersanding.
CahayaBiru.com

Memahami Cemburu Wanita | WOMAN, sexy, beautiful, matured, health Wanita MALAYSIA
Kebanyakan lelaki berkata mereka tidak faham apa sebenarnya yang dimahukan oleh wanita yang cemburu. Menurut mereka, walau apa sekalipun yang mereka buat, isteri mereka yang cemburu tetap juga cemburu. Ditinjau daripada satu sudut, cemburu ialah manifestasi hilangnya rasa selamat dari dalam hati si pencemburu. Hilangnya rasa
selamat bukan hanya menimbulkan cemburu, tetapi juga menghilangkan rasa kepuasan.

Menurut pakar-pakar pikologi perhubungan, bagi seseorang wanita, apabila dia berkahwin, dia mendapat kepuasan daripada dua sumber. Sumber kepuasan wanita yang pertama ialah tingkah-laku suaminya kepadanya. Dalam erti kata yang lain, dia mendapat kepuasan daripada cara-cara suaminya melayan dirinya. Setiap kali suaminya melayan dia dengan cara yang positif, maka wanita berasa sangat puas. Sebagai contoh, perbuatan membantu isteri membasuh pinggan lepas makan adalah tingkah-laku positif. Setiap kali si suami membasuh pinggan selepas makan, maka si isteri berasa sangat puas. Ini bermakna, untuk memuaskan hati isteri, lelaki digalakkan membuat banyak perkara-perkara yang positif.

Sumber kepuasan wanita yang kedua datang daripada makna yang diberikan olehnya ke atas tingkah-laku suaminya. Mana-mana perbuatan lelaki yang diberi makna dan nilai tinggi oleh wanita mecipta rasa kepuasan yang tinggi kepada wanita. Hasilnya, setiap kali seseorang suami melakukan perbuatan-perbuatan begitu, maka isterinya berasa
sangat puas. Sebagai contoh, perbuatan lelaki memuji masakan isterinya diberi makna dan yang tinggi oleh si isteri. Setiap kali seseorang suami memuji masakan isterinya, maka isterinya berasa sangat puas. Ini bermakna lelaki perlu mengetahui pelbagai tingkah-laku suami yang diberi makna dan nilai tinggi oleh isterinya, dan
mereka digalakkan banyak menunjukkan tingkah-laku jenis itu kepada isteri.

Suami-suami melakukan berbagai-bagai perkara. Setiap perkara yang dilakukannya diberi makna dan nilai oleh isterinya. Apabila perkara itu diberi nilai tinggi, setiap kali si suami melakukan perkara itu ke atas diri si isteri, maka si isteri mengecapi rasa puas yang sangat tinggi. Begitu juga yang sebaliknya. Setiap kali suami melakukan perkara-perkara yang diberi nilai rendah oleh isterinya,maka si isteri akan berasa amat tidak puas. Sebagai contoh, perbuatan balik lambat diberi nilai yang amat rendah oleh wanita, maka setiap kali lelaki balik lambat, isterinya akan berasa amat tidak puas.

Tetapi lelaki ingin tahu, bagaimanakah wanita memberikan nilai tinggi ataupun nilai rendah ke atas perbuatan dan tingkah-laku suami? Beginilah cara wanita memberikan makna dan nilai ke atas tingkah-laku suami mereka. Sebahagian daripada apa yang dilakukan oleh lelaki, mereka hanya melakukan perkara itu dengan isteri sahaja. Sebahagiannya pula mereka tidak pernah melakukannya dengan isteri. Manakala ada pula perkara-perkara yang mereka lakukan baik dengan isteri mahupun dengan orang-orang lain.

Berikut ialah kriteria yang digunakan oleh wanita untuk memberikan nilai tinggi ataupun rendah ke atas tiap-tiap tingkah-laku suami :

1. Eksklusif dengan isteri

Bagi wanita, tingkah-laku suaminya yang bersifat eksklusif, iaitu ia hanya dilakukan oleh si suami dengan si isteri seorang sahaja, diberi nilai yang amat tinggi oleh wanita. Contoh perbuatan eksklusif yang dilakukan oleh lelaki dengan isterinya sahaja ialah seks. Jadi, semua tingkah-laku seksual si suami diberi nilai yang
sangat tinggi oleh isteri selagi tingkah-laku seksual itu hanya dilakukan oleh si suami dengan si isteri sahaja. Tingkah-laku seksual termasuklah semua perbuatan yang mengiringi nafsu seks, dengan persetubuhan sebagai perbuatan yang paling tinggi nilainya. Itulah sebabnya setiap kali suaminya melakukan perbuatan-perbuatan
seksual ke atas si isteri, maka si isteri mengecapi kepuasan yang sangat tinggi.

Kajian pakar-pakar mendapati lain-lain perbuatan lelaki yang dianggap eksklusif oleh wanita ialah:

a. Bercakap-cakap dan berbual-bual mesra lama-lama

Ramai lelaki menyangka mereka boleh melakukan perbuatan ini dengan wanita-wanita yang menjadi rakan-rakan rapat mereka dan lelaki menganggap perbuatan itu tidak patut menimbulkan rasa curiga di hati isteri mereka. Tetapi, bagi wanita perbuatan ini hanya boleh dilakukan oleh lelaki dengan isterinya sahaja, tidak boleh dengan
mana-mana wanita lain. Itulah sebabnya wanita berasa cemburu yang kuat apabila suaminya menghabiskan waktu yang panjang bercakap-cakap dan berbual-bual mesra dengan wanita lain, tanpa mengira siapa wanita itu kepada suaminya.

b. Usik-mengusik, bergurau senda dan bergelak ketawa

Bagi wanita perbuatan ini juga hanya boleh dilakukan oleh lelaki dengan isterinya sahaja, tidak boleh dengan mana-mana wanita lain. Itulah sebabnya perbuatan ini juga menimbulkan perasaan cemburu yang amat kuat di hati wanita.

c. Mencurahkan masalah peribadi

Bagi wanita, suaminya tidak patut mencurahkan perasaan dan masalah peribadinya kepada wanita lain kecuali dirinya. Oleh yang demikian perbuatan ini juga menimbulkan perasaan cemburu yang amat kuat.

Apabila lelaki melakukan tingkah-laku yang sepatutnya sangat eksklusif itu dengan wanita lain, nilai tingkah-laku itu jatuh menjunam-junam di mata si isteri. Kepada si isteri, kini tingkah-laku itu tidak lagi membawa makna dan kepuasan yang sama seperti dulu. Itulah sebabnya, sebarang tingkah-laku seksual suaminya yang menyebabkan perbuatan itu kini tidak lagi ekslusif dengan dirinya seorang, ia menimbulkan reaksi cemburu yang sangat kuat daripada isteri.

2. Eksklusif tanpa isteri

Lelaki juga melakukan pelbagai perkara dengan orang-orang lain tetapi tidak pernah dengan isterinya. Sebagai contoh, lelaki tidak bermain bola dengan isterinya. Tingkah-laku suami yang tidak pernah dibuat dengan isterinya diberikan nilai yang rendah oleh si isteri. Jadi, perbuatan suaminya bermain bola dengan lelaki-lelaki lain tidak menimbulkan cemburu isterinya.

3. Inklusif

Ada kalanya lelaki melakukan perbuatan-perbuatan baik dengan isterinya, mahupun dengan orang-orang lain. Sebagai contoh ialah perbuatan makan. Perbuatan makan dilakukan oleh lelaki baik dengan isterinya dan juga dengan orang-orang lain. Perbuatan jenis ini diberi nilai yang sederhana tingginya. Setiap kali si suami makan
bersama isterinya, si isteri berasa sederhana puas. Jadi perbuatan suaminya duduk makan semeja dengan rakan-rakan wanita sekerjanya menimbulkan reaksi cemburu yang sederhana kuatnya.

Inilah asas kepada rasa kepuasan seorang isteri. Apabila tingkah-laku yang dulu eksklusif dengan dirinya, kini dilakukan juga oleh suaminya dengan wanita lain, maka nilai tingkah-laku itu turun, ataupun hilang sama sekali. Akibatnya, tingkah-laku suaminya itu tidak lagi memberi kepuasan kepadanya. Sebagai contoh, jikalau suaminya menciumnya, dia berasa sangat puas kerana perbuatan itu adalah eksklusif. Apabila suaminya juga mencium wanita lain, dia akan berasa sangat cemburu. Akibatnya, apabila suaminya mencium dia, ciuman suaminya itu tidak lagi memuaskannya.

Itulah sebabnya, setelah seseorang lelaki berkahwin lain, seks yang serupa tidak lagi memberi kepuasan yang serupa kepada isteri tuanya. Malah ia mungkin tidak memberikan apa-apa kepuasan lagi kepadanya, kerana kini seks bukan lagi tingkah-laku suaminya yang eksklusif dengan dirinya seorang. Kini suaminya juga melakukan tingkah-laku seksual itu dengan wanita lain. Inilah faktor yang membuat nafsu seks isteri tua menurun ataupun hilang sama sekali apabila dia mengetahui bahawa suaminya melakukan hubungan seks dengan mana-mana wanita lain. Jadi, walaupun seseorang lelaki masih memberikan seks yang serupa kepada isterinya, si isteri tidak lagi mengecapi nikmat yang sama, kerana kini nilai tingkah-laku seksual suaminya sudah
turun amat rendah, ataupun hapus sama sekali.

Tetapi apakah faktor yang sebenarnya menurunkan ataupun menghapuskan nilai tingkah-laku si suami?

1. Perubahan tafsiran

Nilai itu turun kerana setelah suaminya melakukan seks dengan wanita lain, kini si isteri memberikan tafsiran yang berbeza kepada semua tingkah-laku suaminya. Perubahan tafsiran itulah yang menurunkan nilai tersebut.

Kalau dulu si suami membelikan kain batik untuk si isteri dan pemberian itu ditafsirkan oleh si isteri sebagai “Tanda kasih suaminya kepada dirinya”, tetapi setelah suaminya kahwin lain, kini si isteri mengatakan “Dia belikan kain batik sebab dia hendak menutup rasa bersalahnya.” Tafsiran seperti itulah yang menyebabkan
si isteri tidak lagi mendapat kepuasan yang sama daripada kain batik itu.

2. Perubahan penilaian

Kepuasan wanita juga hilang disebabkan cara-cara bagaimana dia kini menilai hubungannya dengan suaminya. Nilai itu berubah apabila dia tahu bahawa suaminya mempunyai hubungan dengan wanita lain. Dulu si isteri berasa puas dengan apa yang dinikmati dalam perkahwinannya. Dulu dia puas kerana sebelum suaminya curang kepadanya, dia menilai mutu hubungannya tanpa membandingkan dengan hubungan lain. Kini, dia percaya hubungan suaminya dengan dirinya tidak sebaik hubungan suaminya dengan wanita lain itu. Akibat perbandingan itu, si isteri percaya dia tidak menikmati hubungan yang sebaik apa yang dinikmati oleh suaminya dengan wanita tersebut. Dia percaya kini suaminya menikmati lebih banyak kepuasan dengan wanita itu, manakala dia sendiri berasa dia tidak sepuas suaminya. Dia juga percaya suaminya
tidak berapa puas dengan dirinya dan suaminya lebih puas dengan wanita itu.

3. Ramalan negatif

Dengan persepsi seperti itu, si isteri yakin suaminya akan melabur lebih banyak ke dalam hubungannya dengan wanita lain itu. Malah dia percaya ada kemungkinan suaminya akan meninggalkan dirinya sama sekali. Itulah sebabnya kini dia tidak lagi menikmati rasa puas dengan hubungannya dengan suaminya, walaupun suaminya masih memberikan layanan yang sama seperti dulu.

4. Perubahan persepsi

Rasa tidak puas juga datang daripada persepsinya bahawa kini kasih sayang suaminya sudah berkurangan, walaupun suaminya beria-ia mengatakan itu tidak benar. Rasa tidak puas hati itu datang daripada perasaan bahawa dirinya kini sudah tersisih dan terkeluar daripada sebahagian aktiviti suaminya. Dalam lain perkataan, dia kini tahu
bahawa ada kalanya suaminya melakukan aktiviti-aktiviti di mana dia tidak diberi tempat sama sekali, seperti apabila suaminya berada bersama-sama dengan wanita lain itu.

Dia juga juga membayangkan bahawa di dalam aktiviti-aktiviti tertentu, suaminya mendapat lebih banyak keseronokan apabila aktiviti itu dilakukan bersama wanita itu. Seterusnya, dia juga tidak puas hati lagi dengan apa-apa yang diterima daripada suaminya kerana kini perkara-perkara itu tidak lagi eksklusif baginya seorang.

[sumber]

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]

Gambar Kad Kahwin Atie AF 1 | Kad Kahwin | Wedding Card | kad undangan | kad jemputan | kad kahwin indonesia | kad kawinGambar Kad Kahwin Atie AF 1 | Kad Kahwin | Wedding Card | kad undangan | kad jemputan | kad kahwin indonesia | kad kawinGambar Kad Kahwin Atie AF 1 | Kad Kahwin | Wedding Card | kad undangan | kad jemputan | kad kahwin indonesia | kad kawinGambar Kad Kahwin Atie AF 1
[
Suriati Abu Bakar & Saiful Annuar ]

Perkahwinan Yang Paling Ditunggu Ramai

Siti Nurhaliza & Datuk Khalid Mohamed Jiwa (21-08-2006)

Majlis perkahwinan Siti Nurhaliza Taruddin merupakan perkahwinan yang paling ditunggu oleh seluruh rakyat Malaysia. Siti mula memberi isyarat kepada umum bahawa hatinya sudah berpunya ketika menerima Anugerah Bintang Popular 2005 dengan ucapan, “Ini merupakan hadiah kepada peminat,terima kasih kepada teman-teman seperjuangan dan juga orang yang saya
sayangi”. Makan hati seluruh jejaka Malaya apabila mendapat tahu Siti memilih lelaki yang jauh lebih matang dengan misai lebat di bibir! Mulalah ramai lelaki yang menanam misai dengan harapan dapat memikat gadis-gadis yang ayu macam Siti. Kata Siti, dia suka cara Datuk K melayan anak-anak.

Nampaknya skill pandai melayan anak juga boleh digunakan sebagai taktik memikat hati wanita. Sudah setahun lebih berumahtangga, Siti dan Datuk K masih mendapat perhatian peminat dan media hingga ke hari ini.

Perkahwinan Yang Diserbu Tetamu Tidak Diundang Paling Ramai Ziana Zain & Armin Zaharin (2-5-1998).

Artis berpinggang kerengga ini cukup top pada tahun 90-an dengan lagu-lagu bernada tinggi serta diketahui umum sebagai gadis pujaan hati Azwan Ali. Pertunangan Ziana dengan seorang kakitangan MAS tidak dapat dihidu wartawan tetapi apabila dia diijabkabulkan dengan Armin Zaharin di rumah ibubapanya di Subang, majlis perkahwinan Ziana telah diserbu oleh 15,000 peminat yang tidak diundang. Dikhabarkan, bapa Ziana, Pak Zain yang terkenal dengan sifatnya yang baik hati, telah memesan dua lori nasi minyak untuk menampung tetamu yang begitu ramai. Pandai betul Pak Zain cari syarikat yang boleh hantar nasi minyak pakai lori. Perkahwinan beliau juga telah menyebabkan Ogy dan rancangan Melodi disaman Azwan Ali berikutan komen Ogy yang mengatakan Azwan makan hati sengsorang kerana Ziana sudah bernikah. Ziana dikurnia dua orang anak lelaki bersama Armin dan kekal sehingga ke hari ini.

Perkahwinan Ditaja Paling Singkat Erra Fazira & Yusry (15-3-2003)

Erra Fazira merupakan pelakon handalan cantik jelita dan Yusry KRU pula ialah seorang artis lelaki kacak bergaya serta kaya. Apabila kedua selebriti ini memutuskan untuk mendirikan rumahtangga, begitu ramai pihak yang mahu menaja kerana pasti perkahwinan ini akan mendapat coverage luar biasa. Tekaan pihak penaja tepat sekali apabila perkahwinan Erra dan Yusry merangkul takhta Wedding of the Year 2003 apabila majlis perkahwinannya dibuat secara besar-besaran di Taman Tasik Permaisuri, Bandar Run Razak Kuala Lumpur dan dihadiri oleh 10,000 peminat. Nak tambah glamor, kedua mempelai guna banyak angka tiga seperti nikah pada 15-3-03, wang hantaran bernilai 33,333.33, entourage pihak lelaki seramai 33 orang dan mereka kena datang pukul 3.30 petang. Malangnya, pasangan Erra dan Yusry mampu bertahan selama tiga tahun sahaja dan bercerai pada 16-6-06.

Perkahwinan Yang Mempunyai Hantaran Paling Tinggi Mazuin Hamzah & Pengiran Sufri (11-12-1987)

Kisah cinta penyanyi dan pemain drum kumpulan Quinary M yang kecil molek bernama Mazuin Hamzah, umpama kisah dongeng Cinderella yang dilamar putera raja. Pertemuan pertama Mazuin dengan Pengiran Sufri berlaku pada tahun 1987 dan dalam tahun yang sama, Mazuin menggemparkan Malaysia apabila dipinang oleh Pengiran Muda Sufri Bolkiah dengan hantaran bernilai satu juta ringgit. Tak kiralah bagaimana rupa paras bakal suami atau perangainya, dilamar oleh putera raja dari golongan keluarga diraja paling kaya di dunia, tak rasa nak kahwin pun tiba-tiba jadi rasa. Pada 11 Disember 1987, mereka disatukan secara gilang gemilang di Brunei selepas berbulan-bulan persediaan dilakukan oleh pihak istana. Selepas berkahwin, Mazuin diberi gelaran Pengiran Bini Mazuin dan tinggal di istana. Namun selepas 17 tahun bersama, pasangan ini bercerai dan Mazuin hanya membawa gelaran Hajah Mazuin binti Hamzah sahaja.

Perkahwinan Duda Malaysia Paling Laku M. Nasir & Marlia Musa (31-08-2000)

Komposer dan penyanyi terkenal M. Nasir ialah jenis lelaki semakin tua semakin menarik. Walaupun beliau seorang duda beranak lima, faktor ini tidak menjadi halangan untuk dirinya digilai oleh ramai wanita Malaysia daripada pelbagai lapisan umur. Pada 31 Ogos 2000, beliau memilih untuk bernikah dengan pelakon popular Marlia Musa yang membuat ramai wanita ternganga tidak percaya. Menurut Marlia, M. Nasir merupakan cinta pertamanya dan bagi M. Nasir, Marlia merupakan wanita yang boleh mengisi kekosongan hidupnya dan anak-anak.”Saya suka sesuatu perkara misalnya sejenis kain dan dia (Marlia) ada kain itu,” kiasan yang sukar dimengerti oleh orang biasa. Marlia disunting dengan mas kahwin berupa tiga belas keping wang dinar bernilai RM2,000 termasuk lima anak segera daripada perkahwinan M.Nasir yang sebelumnya.

Perkahwinan Tutup Kontroversi Linda Rafar & Keifli (1-5-1999) vs Edry & Milia Mohamad (5-11-1999)

Linda Rafar, penyanyi kumpulan ala-ala Spice Girls Malaysia yang berada di bawah naungan KRU Records pernah mempunyai hubungan cinta dengan Edry KRU, adik paling bongsu kumpulan tiga beradik KRU. Pada tahun 1999, 11 gambar bogel dengan aksi-aksi lucah yang begitu mirip kepada mereka berdua telah terpampang di Internet. Sejurus selepas kontroversi itu tercetus, Linda dan Edry menutup cakap-cakap orang dan kontroversi yang melanda dengan bernikah dengan pasangan masing-masing. Linda Rafar bernikah dengan pemandu go-kart kebangsaan, Keifli Datuk Othman pada 1 Mei 1999 manakala Edry pula bernikah dengan Milia Mohamad, setiausaha kepada abangnya Norman pada 5 November 1999. Perkahwinan Linda Rafar dengan Keifli mampu bertahan selama lima tahun sahaja setelah mendapat dua orang hero dan mereka bercerai talak satu pada 5 Ogos 2004. Edry pula baru sahaja menimang cahayamata ketiga pada 15 Mei 2007.

Perkahwinan Yang Mengetepikan Wartawan Hiburan Natasha Hudson & Datuk Shahrin Zahari (4-08-2007)

Natasha Hudson, model terkenal kacukan Melayu-Indonesia-Australia, tidak putus dilanda pelbagai serangan gosip tabloid apabila beliau menamatkan perkahwinannya dengan Mohd Faiz Mohd Raih, seorang anak Datuk yang hanya bertahan selama lima bulan sahaja. Pada 4 Ogos 2007, sekali lagi Natasha menggemparkan dunia hiburan apabila perkahwinannya dengan Datuk Shahrin Zahari, Pengarah Eksekutf Verti Global yang diadakan di Carcosa Seri Negara tidak membenarkan wartawan hiburan masuk untuk membuat liputan. Alasan yang diberi ialah takut nak jemput ramai tak cukup nasi. Ramai wartawan yang hadir kecewa dengan sikap Natasha kerana wartawan datang nak buat liputan, bukan nak makan nasi. Akibat peristiwa itu, wartawan hiburan secara sebulat suara telah memboikot Natasha. Walaupun Natasha sedih kerana disisihkan kerana endiriannya tentang hal peribadi, dia telah pun selamat bernikah dan jelas sekali pilihan Natasha ialah seorang Datuk sebagai pasangan hidupnya dan bukan sekadar anak Datuk.

Perkahwinan Mengubat Hati Luka Ina Naim & Suhaimi (12-8-07)

Nor Diana Naim pernah bertunang dengan Mawi, penyanyi tersohor Malaysia sebelum Mawi dijulang sebagai juara Akademi Fantasia ke-3 lagi. Selepas memenangi AF, ramai yang tak sabar-sabar nak tahu siapa tunang Mawi. Mula-mula Ina hanya low profile tetapi apabila Ina berdepan dengan keadaan perhubungan yang semaking meruncing, Ina mendapat liputan meluas daripada wartawan hiburan. Tidak lama kemudian, hubungan pasangan ini terputus dan bertitik tolak daripada kegagalan cintanya dengan Mawi, Ina semakin agresif dengan buku tulisannya dan pembabitannya dalam dunia muzik dengan terhasilnya album sulung beliau yang berjudul “Duhai Hati”. Pada bulan Jun, dunia hiburan dikejutkan dengan berita Ina Naim bertunang dengan bekas ahli kumpulan nasyid In-Team, Mohd Suhaimi Saad dan dinikahkan dua bulan selepas itu pada 12 Ogos 2007. Kalau nak dinamakan jodoh, tak dapat yang paling popular, yang popular sikit pun jadilah.

Perkahwinan Menggunakan Angka Sama Paling Banyak Eizlan Yusof & Vie Shantie Harun Khan (7-7-07)

Apa ada pada nombor? Nampaknya jika anda seorang artis yang mahu berkahwin, nombor yang dipilih kenalah cantik dan unik, barulah ada style! Bagi pasangan pelakon kacak popular, Eizlan Yusof dan model cantik, Vie Shanti Harun Khan, angka tujuh merupakan sejarah bagi diri mereka berdua. Eizlan bernikah pada 7 Julai 2007 (7-7-07) setelah mula berkenalan pada 7 Julai tahun sebelumnya. Eizlan dan Vie dua-dua lahir pada bulan 7, jumlah wang hantaran Eizlan kepada model sambilan ini berjumlah RM77,777.77 yang diiringi 7 dulang barangan. Beliau juga berharap anaknya dilahirkan dalam bulan tujuh juga. Untuk mereka yang ingin mendirikan rumahtangga pada tahun hadapan, cepat-cepat tempah tok kadi pda 8-8-08 supaya rumahtangga anda ‘ong’ selamanya. Kalau tak dapat tarikh tersebut, 18-8-8 atau 28-8-8 juga cantik.

Perkahwinan Dengan Hantaran Paling Istimewa Erra Fazira dan Engku Emran 25-10-2007

Erra Fazira sekali lagi masuk senarai dengan menamatkan zaman jandanya dengan Ketua Pengarah Operasi Suria FM, Engku Emran pada 25 October 2007 lalu. Erra membuat keputusan untuk memilih Emran selepas kononnya berlaku adegan tumbuk menumbuk antara Hans dan Emran di rumah Erra beberapa minggu sebelum itu. Walaupun Emran dikatakan sakit ditumbuk, Hans sakit lagi teruk apabila Erra memilih Emran untuk menjadi suami. Erra membuat pengumuman bahawa bukan harta yang dicarinya tetapi cinta dan kasih sayang, lantas dia hanya mahukan senaskah Al-Quran sebagai hantaran. Untunglah Emran dapat isteri yang bukan sahaja cantik malah baik dan merendah diri. Majlis perkahwinan Erra kali ini dibuat secara sederhana di kalangan keluarga dan teman-teman, bekas suami juga dijemput tetapi Yusry tentu sekali ada komitment lain ketika itu.

[ sumber ]

Mutira Kata Minggu Ini

Bermula pada hari ini, jadikan DIRIMU bagai pohon yang rendang di mana setiap insan dapat berteduh. JANGANLAH jadi seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.

video minggu ini

Jadilah Yang PERTAMA membaca!

Langgani Pelbagai Artikel Rahsia Perkahwinan Terus Ke Email Anda!! !:

By FeedBurner

Twitt RP !

RP's Fan Box

Rahsia TERBARU !