Subscribe to web2feel.com
Subscribe to web2feel.com

Apa itu selaput dara?

Dalam istilah perubatan, selaput dara dikenali sebagai hymen. Selaput dara ini merupakan satu lipatan selaput lendir yang menutupi pintu bibir vagina perempuan. Ia telah ada sejak bayi perempuan dilahirkan. Kedudukannya adalah diantara satu atau dua cm dari bibir luar vagina dan bentuknya bulat mengikut bentuk liang vagina. Namun begitu ada juga selaput dara yang memiliki bentuk unik seperti bulan sabit ( semilunar ) dan mempunyai pemisah ( septum ). Selaput ini amat tipis dan merupakan membran yang lembut.

Rahsia di sebalik air sembahyang

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri. Pernahkah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa? Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam? Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam? 1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini". Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.

Perkahwinan Siti Nurhaliza & Datuk Khalid

Ibarat kisah fantasi yang sering dibayangkan dalam novel cinta, begitulah gambaran kemeriahan majlis persandingan penyanyi terkenal, Datin Siti Nurhaliza Tarudin dan Datuk Khalid Mohamad Jiwa. Daripada riak wajah pengantin tergambar segenap rasa bahagia yang sukar diterjemahkan dengan kata-kata.Melangkah anggun dengan persalinan kebaya moden putih, Badarsila dipetik daripada judul lagu popularnya rekaan Radzuan Radziwill ke Dewan Pameran 1 & 2, Pusat Persidangan Kuala Lumpur (KLCC), senyuman dan debaran mengiringi langkah pasangan pengantin baru itu untuk upacara bersanding.
CahayaBiru.com
direncana oleh rahsia perkahwinan 28 July 2007 0 comments

Haid tidak teratur dan talasemia

Doktor,
Saya berusia 32 tahun, masalah saya ialah kitaran darah haid saya tidak teratur sejak tiga tahun lalu. Ada kala sehingga tujuh bulan lamanya saya tidak didatangi haid. Adakah kerana hormon atau masalah-masalah lain seperti stres bekerja dan sebagainya?

Untuk pengetahuan doktor, saya juga telah ke klinik kerajaan dan swasta untuk mendapatkan kepastian tentang perkara ini. Tetapi jawapan yang saya peroleh dari klinik kerajaan mahupun swasta berlainan di antara satu sama lain.

Doktor swasta mengatakan itu adalah sesuatu yang normal manakala doktor kerajaan pula mengatakan ia mungkin disebabkan oleh berat badan saya yang mencecah 70 kg dan ketinggian 5 kaki 6 inci.

Saya juga mempunyai dua orang anak, masing-masing berumur 12 dan 9 tahun. Saya bercadang untuk menimang cahaya mata lagi. Doktor, adakah saya masih mempunyai peluang disebabkan oleh masalah haid yang tidak teratur ini? Terima kasih di atas perhatian doktor.

– LINDA

—————–

zaisuria.com |  pakej platinum | iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN
sales@rahsiaperkahwinan.com

Linda,
Puan berumur 32 tahun dan mendapati kitaran haid tidak teratur sejak tiga tahun lalu dengan berat badan yang melebihi daripada sepatutnya.

Berdasarkan latar belakang puan sebagaimana yang telah diterangkan, kemungkinan puan mengalami masalah hormon yang tidak seimbang seperti sindrom ovari polisistik.

Dalam keadaan ini, biasanya seseorang wanita itu akan mendapati beratnya bertam bah, diikuti dengan kitaran haid yang tidak menentu, iaitu haidnya mungkin datang beberapa bulan sekali.

Dalam keadaan sindrom ovari polisistik, telur tidak dikeluarkan setiap bulan dan ini menyebabkan kitaran haidnya terjejas dan sukar untuk mengandung. Hormon lelaki iaitu testosteron mungkin tinggi dan ini menyebabkan lebih jerawat dan rambut di bibir dan dagu.

Puan perlu menurunkan berat badan supaya hormon kembali seimbang. Sejenis ubat yang juga digunakan untuk kencing manis iaitu Glucophage (Metformin) boleh digunakan untuk merawat keadaan ini.

Saya nasihatkan agar puan berjumpa dengan doktor pakar. Ada beberapa pemeriksaan yang perlu puan jalani seperti ultrasound dan ujian darah untuk mengetahui tahap hormon-hormon tertentu yang mungkin tinggi dalam keadaan ini.

* Jawapan disediakan oleh Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC), Dr. Fatima Najla KM Muhd Jaafar

sales@rahsiaperkahwinan.com

Lagi mengenai talasemia

Doktor,
SAYA telah melahirkan seorang bayi lelaki pada Oktober lalu melalui pembedahan kerana songsang. Sewaktu mengandung saya mengalami masalah tekanan darah rendah. Setiap kali pemeriksaan, bacaan tekanan darah saya tidak pernah lebih daripada 9.0.

Setelah ujian darah dilakukan, saya didapati pembawa talasemia (Beta Thalasssemia Trait). Walau bagaimanapun, suami saya tidak melakukan ujian darah. Apabila bayi saya dilahirkan, ujian darah dilakukan terhadap bayi saya dan keputusannya adalah negatif.

Soalan saya, sekiranya saya pembawa talasemia dan anak saya tidak membawa mahupun menghidap penyakit tersebut, adakah kemungkinan anak-anak saya yang seterusnya akan menghidap talasemia? Seperti yang kita tahu, sekiranya suami isteri adalah pembawa talasemia, satu daripada empat anak mereka akan menghidap penyakit tersebut.

sales@rahsiaperkahwinan.com

Apakah yang tiga lagi hanya pembawa atau tidak membawa atau menghidap langsung. Saya risau kerana suami saya enggan menjalankan ujian tersebut dan dia begitu yakin dia bukan pembawa talasemia berdasarkan ujian negatif yang diperolehi daripada anak kami. Saya harap doktor dapat membantu.

– NORI

———————-

Nori,
Sekiranya cuma ibu pembawa dan ayah normal, setiap kali mengandung, risiko anak menjadi pembawa talasemia (thal-trait) adalah 50 peratus dan 50 peratus lagi kemungkinan anak adalah normal.

Sekiranya kedua ibu bapa adalah pembawa, risiko untuk anak adalah masing-masing 25 peratus normal dan talasemia major manakala 50 peratus lagi pembawa sihat. Risiko ini adalah untuk setiap kali mengandung dan bukannya satu atau dua daripada empat orang anak.

* Jawapan disediakan oleh Pakar Pediatrik, Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Shah Alam, Selangor, Dr. Fadzillah Ghazalli

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]

direncana oleh rahsia perkahwinan 0 comments

Cemburu suami cium anak

SOALAN: Apa hukum sorang isteri mencemburui suami yang mencium anaknya sendiri ?

– Saifuddin Abdullah, Hulu Kinta, Perak.

Jawapan: Tidak mengapa dan harus hukumnya seorang bapa mencium anak gadisnya sendiri sekalipun bila umurnya sudah meningkat dewasa. Tetapi disyaratkan tanpa ada sebarang perasaan atau syahwat. Sebab itu apabila anak gadisnya sudah meningkat dewasa tempat-tempat atau cara yang boleh menimbulkan sebarang curiga atau fitnah perlu diawasi dan dijauhi seperti bibir atau hidungnya. Ibu-ibu gadis pula perlu mengawasi keadaan supaya angkara kefasikan akan sentiasa tertutup pintunya dalam rumah tangga dan masyarakat kita hari ini kerana banyak sangat sekarang berlaku cerita haruan makan anak atau pagar makan padi kerana terlampau bebas mengikut budaya asing. Begitu juga sebaliknya anak gadis dibenarkan mengucup atau mencium tangan bapanya dengan penuh hormat dan kasih sayang. Ini sesuai dengan ajaran agama yang menganjurkan kasih sayang dan keharmonian seperti sabda Nabi bermaksud: Kamu tidak akan dapat memasuki syurga sehingga kamu beriman dan kamu selamanya tidak beriman sehingga kamu berkasih sayang. Mahukah aku tunjukkan kamu sesuatu (amalan ) yang bila kamu lakukanya kamu akan berkasih sayang sesama kamu iaitu sebarkan salam di kalangan kamu. Wallahualam.

Dijawab oleh YADIM

Oleh Halina Mohd Noor

Pemberian susu ibu cegah, lewatkan masalah lazim dialami bayi apabila diberi susu lembu
IBU dan bakal ibu digalakkan menyusukan bayi dengan susu badan kerana ia adalah pilihan terbaik untuk bayi terutama yang mengalami masalah alahan protein susu lembu (CMPA).

Penyusuan dengan susu badan secara eksklusif pada usia empat hingga enam bulan pertama usia kehidupan bayi, didapati mampu mencegah bayi daripada mengalami sebarang alahan terhadap susu atau sekurang-kurangnya menunda masalah berkenaan daripada berlaku lebih awal.

Ketua Jabatan Pemakanan dan Dietetik Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Dr Noor Aini Mohd Yusoff, berkata berbanding susu lembu, kandungan susu ibu yang kurang protein secara tidak langsung membantu mengurangkan alahan kepada bayi.

“Penyusuan susu badan secara eksklusif perlu dipertimbangkan terutama bayi yang mengalami CMPA. Ia memanjangkan tempoh bebas alahan berbanding bayi yang disusukan dalam tempoh singkat,” katanya ketika ditemui pada forum awam bertajuk Sama Dari Segi Prestasi – Pilihan untuk Kanak-kanak yang Mengalami CMPA, di ibu kota, baru-baru ini.

Forum disokong Abbott Nutrition itu bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai CMPA yang mengancam nyawa. Turut hadir menyampaikan ceramah, Perunding Kanak-Kanak, Dr Chin Wai Seong.

Bagaimanapun, Dr Noor Aini berkata, ibu yang memilih untuk menyusukan bayi yang mengalami CMPA dinasihatkan berhati-hati dengan diet. Begitu juga dengan bakal ibu yang pernah mempunyai sejarah diri dan keluarga yang mengalami alahan sama, perlu mengelakkan makanan cenderung menyebabkan alahan terutama apabila usia kandungan mencecah trimester ketiga (tujuh hingga sembilan bulan).

“Sekiranya ibu makan makanan yang lazimnya menyebabkan alahan, makanan itu memasuki susu ibu dan menyebabkan timbul reaksi alahan kepada bayi. Justeru, ibu perlu mengelakkan makanan yang kerap kali menimbulkan alahan seperti ketam, telur, ikan (kod, kembung, sardin, tongkol), susu dan kacang,” katanya.

CMPA adalah antara alahan yang paling kerap ditemui di kalangan bayi dan kanak-kanak. Masalah itu berlaku sebaik saja bayi diberi susu lembu dan menghadapi reaksi alahan terhadap protein susu lembu.

Sebanyak 7.5 peratus bayi dan kanak-kanak alah kepada protein susu lembu. Bagaimanapun, 80 peratus akan bebas daripada alahan berkenaan apabila usia mencecah tiga tahun, manakala selebihnya mungkin kekal dengan alahan sepanjang hidup.

CMPA boleh berlaku jika ada di kalangan ahli keluarga yang pernah menghidapinya. Sekiranya kedua ibu bapa mempunyai alahan, bayi terdedah kepada 40 hingga 60 peratus risiko. Risiko lebih tinggi dialami iaitu antara 50 hingga 80 peratus jika kedua ibu bapa menunjukkan manifestasi yang sama.

Bagaimanapun, risiko masih tinggi iaitu 20 hingga 40 peratus seandainya hanya seorang ibu bapa mempunyai alahan. Risiko menurun kepada 5 hingga 15 peratus jika kedua ibu bapa bebas daripada sebarang alahan.

Bayi dan kanak-kanak memerlukan pelbagai khasiat pemakanan seperti protein dan kalsium untuk membesar dengan sihat. Kebanyakan khasiat itu diperoleh dalam susu terutama protein dan kalsium. Justeru, ibu perlu memastikan bayi mendapat semua khasiat ini.

sales@rahsiaperkahwinan.com

“Seandainya ibu tidak dapat menyusukan bayi, pilihan terbaik adalah dengan memberikan susu formula berasaskan soya. Ia sesuai untuk bayi dan kanak-kanak CMPA, intoleransi laktosa, diet sayuran atau mengalami cirit-birit disebabkan bakteria atau jangkitan virus,” katanya.

Kajian AAPCON pada Januari 1998, mendapati protein soya berasaskan formula juga selamat dan alternatif berkesan dalam menyediakan khasiat pemakanan untuk tumbesaran normal.

Ada tiga jenis protein yang boleh dijadikan pilihan bagi menggantikan susu lembu iaitu susu rumusan soya, terhidrolisis dan protein berasaskan elemen asid amino.

“Soya dimaksudkan bukan air kacang soya biasa atau susu soya organik kerana khasiat pemakanannya yang tidak lengkap untuk tumbesaran bayi dan kanak-kanak,” katanya.

Sementara itu, Dr Chin, berkata CMPA adalah alahan makanan yang kerap dialami kanak-kanak. Kebanyakannya menunjukkan tanda dalam bulan pertama kehidupannya. Ada dua kategori gejala iaitu membabitkan sistem penghadaman dan paling kerap boleh dilihat pada kulit dan salur pernafasan. (sila lihat info)

“Gejala awal boleh dilihat secara tiba-tiba dalam tempoh 45 minit sebaik dihadam. Alahan peringkat pertengahan boleh dilihat 45 minit sehingga 20 jam dan akhir sekali, selepas 24 jam. Amat penting bagi ibu bapa mengenal pasti CMPA kerana ia tiada penawar dan mengganggu kualiti hidup.

“Kegagalan mengenal pasti gejala menyebabkan anak mengalami kurang berat badan dan gangguan kesihatan yang boleh mengancam nyawa seperti kemerosotan tiba-tiba tekanan darah, kegagalan sistem peredaran yang membawa kepada masalah anaphylaxis yang memberi kesan kepada seluruh tubuh seperti jantung, paru-paru dan salur darah,” katanya.

Bagaimanapun, Dr Chin mengingatkan CMPA berbeza daripada intoleransi laktosa kerana berbanding CMPA, intoleransi laktosa berpunca daripada ketidakupayaan tubuh memecahkan gula dalam susu akibat kekurangan enzim diperlukan. Ia juga jarang berlaku ke atas bayi berbanding CMPA dan tidak mengancam nyawa.

“CMPA perlu dikawal bagi mengelakkan pelbagai masalah atopik lain seperti ekzema, alahan makanan, asma dan rhinitis. Pastikan bayi tidak diberikan susu lembu dan makanan yang mengandunginya.

“Apabila gejala hilang, ibu bapa boleh mula memperkenalkan susu lembu dan pastikan gejala tidak kelihatan. Biasanya 80 peratus CMPA hilang apabila bayi mencecah usia tiga tahun ke atas,” katanya.

sales@rahsiaperkahwinan.com

INFO:

>Gejala CMPA-sistem penghadaman:
# Kolik (menangis berpanjangan).
# Muntah.
# Cirit birit 5 hingga 8 jam selepas menyusu.
# Darah pada najis.
# Gastroenteritis (radang dalam perut dan usus kecil).
# Proctocolitis (radang kolon dan rektum).
# Sembelit.

>Gejala CMPA-Kulit (paling kerap ditemui pada bayi):
# Ruam.
# Ekzema, atopik dermatitis.
# Gatal kulit.

>Gejala CMPA-Salur Pernafasan:
# Alahan rhinitis – bersin.
# Asma-batuk kronik dan bunyi nafas berdesir.

>Definisi CMPA:
Sejenis alahan makanan iaitu sistem ketahanan badan tersilap mengenal pasti protein susu lembu sebagai bahan yang berpotensi mencederakan tubuh. Oleh itu, sistem ketahanan tubuh merangsang reaksi alahan yang boleh dilihat pada kulit, salur pernafasan dan sistem penghadaman.

> Insiden CMPA:
# 3 peratus daripada populasi, tetapi 6 peratus dialami kanak-kanak bawah tiga tahun.
# Insiden alahan makanan di kalangan bayi menyusu badan secara eksklusif adalah rendah iaitu 0.5 peratus

Hak Seorang Madu

SOALAN:
SAYA rasa masalah saya sehingga ini seumpama tidak berpenghujung. Madu saya begitu bengis, sentiasa menghalang perhubungan kami menyebabkan suami saya bertemu saya sembunyi-sembunyi dan mengabaikan masalah anak-anak.

Jumpa saya hanya sesekali pada siang hari, tidak pernah bermalam, jauh sekali bersama menjenguk keluarga.

Madu saya memaksa agar saya diceraikan, tetapi suami saya membekukan diri kerana ia masih sayang. Saya tidak mengadu ke pejabat agama kerana ia akan menimbulkan masalah lain kepada suami. Emosi saya tertekan. Anak- anak tidak menentu. Hidup kami seumpama tidak ada haluan.

– Nurul, Selama.

————

Orang lelaki bermadu, sama ada seorang, dua atau tiga orang isteri tanpa persetujuan isteri, atau isteri-isteri tua adalah satu perkara biasa. Andainya si isteri yang sedia ada merestui perkahwinan berikutnya, banyak masalah yang berlaku di kalangan mereka yang berpoligami akan selesai dengan sendirinya.

Sifat tidak reda suami berkahwin lagi adalah punca utama timbulnya masalah di kalangan mereka yang berpoligami. Sifat tersebut adalah sifat semula jadi manusia kerana itulah mereka yang mempunyai isteri lebih daripada satu selalunya menghadapi masalah.

Seorang suami apabila telah bernikah dengan seorang perempuan atau lebih daripada seorang, dia berkewajipan memberi nafkah terhadap isteri atau isteri-isteri yang dinikahi olehnya.

Kewajipan tersebut adalah ‘‘kewajipan syarii’’ iaitu kewajipan ataupun tanggungjawab yang diwajibkan oleh syarak (undang-undang Islam) seperti yang tersebut jelas dalam al-Quran (al-Baqarah: 233), yang bermaksud, Dan kewajipan ayah memberi makan dan pakaian kepada ibu dengan cara yang makruf. Seseorang itu tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya.

Perkataan ‘‘rezeki’’ yang dimaksudkan di sini ialah makanan secukupnya. ‘‘Pakaian’’ pula ialah baju ataupun penutup badan dan yang dimaksudkan dengan ‘‘makruf’’ itu ialah kebaikan sesuai dengan ketentuan agama, tidak berlebihan dan tidak pula berkurangan.

zaisuria.com |  pakej platinum | iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN
sales@rahsiaperkahwinan.com

Dalam surah at-Talaq: 6 pula Allah menyuruh agar para isteri itu ditempatkan di mana si suami tinggal menurut kemampuan, jangan menyusahkan mereka menyebabkan mereka susah hati. Andainya mereka iaitu isteri-isteri yang sudah ditalak itu sedang hamil, Allah menyuruh agar mereka diberi nafkah sehinggalah mereka bersalin.

Dalam sebuah hadis riwayat daripada Muslim, dikatakan bahawa Rasulullah s.a.w telah berkata ketika Hajjatu ‘I-wida, agar kaum lelaki itu takutkan Allah dalam urusan yang berkaitan dengan isteri, kerana sesungguhnya mereka telah mengambil mereka dengan kalimah Allah. Dan kamu telah menghalalkan kemaluan (kehormatan) mereka dengan kalimah Allah. Isteri-isteri tadi tidak boleh membawa masuk ke dalam rumah orang yang tidak disukai oleh suami. Andainya mereka melanggar perintah tersebut, pukullah mereka, tetapi jangan sampai melukai. Mereka berhak mendapatkan belanja dari kamu dan pakaian dengan cara yang makruf.

Islam mewajibkan si suami memberi nafkah kepada isteri ataupun isteri-isteri dengan syarat tertentu iaitu pernikahan yang sah. Isteri menyerahkan diri kepada suami. Suami dapat menikmati darinya. Tidak menolak apabila diajak pindah ke tempat yang dikehendaki oleh suami. Kedua-duanya saling dapat menikmati hasil daripada hubungan mereka.

Perempuan yang tidak dinikahi atau tidak sah nikahnya tidak wajib diberi nafkah. Ini adalah jelas, biarpun mereka telah bersekedudukan lama dan beranak-pinak.

Isteri yang tidak mahu menyerahkan diri untuk disetubuhi, atau isteri enggan pindah ke tempat yang dikehendaki oleh suami, maka kewajipan suami adalah gugur. Walaupun demikian, isteri yang menderita sakit kuat yang menyebabkan terhalang pergaulan dengan suaminya, ia tetap wajib mendapat nafkah.

Begitu juga halnya kalau si suami bertabiat ganas atau kasar atau terpotong kemaluannya atau dikebiri atau si suami sakit kuat menyebabkan dia tidak berupaya menggauli isteri ataupun di penjara kerana hutangnya atau kerana kejahatan jenayah yang dilakukan oleh suami.

Nafkah

Si isteri tetap berhak untuk mendapat nafkah daripada si suami kerana dalam keadaan sedemikian rupa, si isteri masih tetap berupaya menyediakan dirinya untuk si suami. Kesalahan menyebabkan masuk penjara adalah kesilapan si suami menyebabkan dia tidak berupaya menikmati hidup dengan si isteri atau isteri-isterinya.

sales@rahsiaperkahwinan.com

Sebaliknya isteri yang di penjara kerana kejahatan yang dilakukan olehnya, dia tidak berhak menerima nafkah.

Begitu juga halnya dengan isteri yang keluar bekerja padahal si suami tidak membenarkannya, maka dia tidak berhak mendapat nafkah. Begitu juga halnya dengan isteri yang tidak mahu digauli oleh suaminya kerana sedang puasa sunat atau iktikaf sunat. Ini kerana isteri telah mengabaikan hak suaminya untuk menikmati dirinya.

Andainya si isteri tinggal hidup serumah dengan suaminya, maka si suami wajib menanggung nafkahnya dan mengurus segala keperluan seperti makan, pakaian, pembantu rumah termasuk rawatannya. Dalam keadaan seperti ini, isteri tidak berhak meminta nafkah dalam jumlah tertentu selagi suami melaksanakan kewajipannya.

Sekiranya si suami bakhil, tidak memberi nafkah kepada isterinya dengan cukup atau tidak memberi nafkah tanpa alasan-alasan yang benar lagi munasabah, maka isteri berhak menuntut jumlah nafkah tertentu baginya juga tanggungannya. Hakim boleh memutuskan jumlah nafkah yang berhak diterima oleh isteri. Suami mesti melaksanakannya apabila keterangan yang dijelaskan oleh isteri ternyata benar.

Isteri pula berhak mengambil sebahagian daripada harta suami dengan cara yang baik, untuk keperluannya untuk memenuhi keperluan biarpun tanpa pengetahuan suami. Ini kerana suami telah melengah-lengahkan kewajipannya yang wajib dikeluarkan.

Dalam sebuah hadis daripada Sayidatina Aishah, bahawa Hindun binti Utbah pernah bertanya, katanya, ‘‘Ya, Rasulullah, sesungguhnya Abu Sufyan adalah orang yang kikir. Dia tidak mahu memberi nafkah kepadaku juga anakku, sehinggakan aku terpaksa mengambil daripadanya tanpa pengetahuannya. Rasulullah bersabda menyatakan, ambillah apa yang mencukupi bagimu, dan anakmu dengan cara yang baik–Maksud hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Selain mesti yang wajib dilaksanakan oleh suami yang bersifat kebendaan, suami juga wajib menghormati isterinya, bergaul dengan baik, wajar, bertimbang rasa dan bersikap menahan diri daripada melakukan sesuatu yang tidak menyenangkan si isteri. Allah seperti yang tersebut dalam surah an-Nisa’:19 menyuruh agar suami bergaul dengan isteri-isteri dengan cara yang baik.

Rasulullah menyatakan bahawa mukmin yang baik imannya ialah mereka yang paling baik akhlaknya. Orang yang paling baik di antara kamu ialah orang yang sangat baik kepada isterinya.

sales@rahsiaperkahwinan.com

Suami mesti menjaga isteri dengan baik, memelihara daripada sesuatu yang boleh menodai kehormatannya, menjaga harga diri dan menjunjung kemuliaannya. Dengan berbuat demikian, juga dengan amalan-amalan lain yang perlu dilakukan menurut keperluan Syariah, rumah tangga akan bahagia membolehkan keharmonian berumah tangga terlaksana.

Seperti yang saya jelaskan, sifat tidak memberi restu suami berpoligami adalah perkara biasa bagi seorang isteri. Walaupun demikian, apabila seseorang perempuan itu telah dikahwini oleh seseorang lelaki, maka adalah menjadi tanggungjawab si suami untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang suami. Memberi nafkah, kasih sayang, menghormatinya, memberi rawatan apabila sakit, menjaga kehormatannya dan sebagainya. Isteri yang dikahwini, sama ada seorang atau empat orang adalah amanah Allah, yang mesti dipelihara dengan adil. Semakin banyak isteri yang dinikahi, maka semakin banyaklah beban yang wajib ditanggung oleh suami. Tanggungjawab ini akan ditanya oleh Allah di akhirat kelak. Andainya isteri teraniaya di dunia, tidak diberi haknya, isteri berkenaan akan menuntut di depan Allah dan Allah akan memberi haknya. Jangan kerana beristeri banyak seseorang lelaki itu menjadi muflis di akhirat, yang akhirnya dihumbankan dalam neraka jahanam.

Sifat cemburu dan tamak isteri memang boleh menyebabkan si suami curi-curi jumpa isteri madunya, sama ada yang muda atau tua. Curi-curi jumpa di siang hari. Suami takut memberi nafkah atau berkunjung-bermalam di rumah isteri tadi menyebabkan madu tersebut teraniaya dan menanggung tekanan emosi. Isteri seperti ini lupa yang madunya adalah berhak, mempunyai status seumpamanya. Perkahwinan yang dilakukan adalah sah. Amalan sunah Rasulullah, yang tidak wajar dia memaksa atau menggesa suami agar menceraikannya.

Masalah besar yang puan tanggung lebih jelas lahir daripada sifat suami puan yang tidak berupaya menjelaskan keharusan berpoligami dalam Islam. Kesilapan dan dosa memaksa seorang lelaki menceraikan isterinya semata-mata kerana cemburu atau sebab yang tidak dibenarkan oleh Islam, dosa seorang suami tidak menunaikan tuntutan giliran bermalam di rumah para isteri, dosa tidak memberi nafkah dan sebagainya.

Dijawab Oleh Dr. Amran Kasimin

Pantang Larang Orang Melayu Tradisional merupakan kepercayaan masyarakat Melayu zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Kebanyakan adalah bertujuan untuk mendidik masyarakat agar mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan. Apa yang disebut bukan untuk dipercayai tetapi untuk dihayati mesej yang tersembunyi di sebalik pantang larang yang telah diperturunkan secara lisan sejak zaman berzaman.

Pantang Larang Wanita Hamil

1. Dilarang mencaci atau menceritakan kecacatan, dikhuatiri anak yang bakal lahir juga akan cacat.

2. Dilarang memukul, mendera atau mencederakan mana-mana binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahir mengalami kecacatan.

3. Dilarang memaku, memahat, mengail atau menyembelih binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahit bibir terbelah atau mengalami kecacatan.

4. Dilarang bergaduh dengan ibu mertua, dikhuatiri mengalami kesulitan ketika melahirkan anak.

5. Dilarang makan sotong, dikhuatiri menghadapi masalah ketika bersalin. Anak mungkin tercerut tali pusatnya.

6. Dilarang mencerca atau melihat sesuatu yang ganjil, dikhuatiri akan kenan.

7. Dilarang minum air tebu atau kelapa di awal kehamilan, dikhuatiri anak akan gugur.

8. Dilarang melihat gerhana, dikhuatiri anak mendapat tompok hitam atau bermata juling.

9. Dilarang melangkah kucing yang sedang tidur, dikhuatiri mata anak tertutup seperti kucing yang sedang tidur.

10. Dilarang menyusup di bawah penyidai, nanti anak akan terencat.

11. Dilarang makan makanan yang berakar seperti pegaga, nanti terlekat uri.

12. Dilarang tidur waktu tengahari, nanti kepala anak akan menjadi besar.

Pantang Larang Ke Atas Lelaki

1. Dilarang bersiul dalam rumah, nanti ular masuk.

2. Dilarang kencing atas busut, dikatakan buruk kemaluan.

3. Dilarang mengintai orang mandi, nanti mata ketumbit.

4. Dilarang tidur di tengah padang, nanti emak mati.

5. Dilarang ketawa waktu Maghrib, nanti datang hantu.

6. Kalau tidak tahan berpanas, nanti tunang dilarikan orang.

Pantang Larang Bayi

1. Bayi tak boleh ditegur jika badan gemuk, cuma katakan ’semangat’ kerana ditakuti menjadi kurus.

2. Dilarang memicit mulutnya, nanti tiada selera makan.

3. Tak boleh diletak bayi atas lutut, nanti mendapat sakit perut.

4. Sisa makanan bayi tak boleh dimakan oleh ibu bapa, nanti melawan cakap.

5. Tak boleh dicium sewaktu tidur terutama di atas ubun-ubun kepala dan pada pusatnya kerana dikatakan pendek umur.

6. Kain lampin tak boleh direndam, nanti kembung perut.

7. Sewaktu bayi sedang tidur, kadangkala kita melihat dia tersenyum, ketawa dan ingin menangis. Jangan kejutkan kerana dikatakan bayi sedang bermain dengan urinya.

8. Tidak boleh menghembus mulutnya, nanti menjadi bisu.

Pantang Larang Ketika Berdiri

1. Tak boleh kencing berdiri, nanti punggung dijamah hantu.

2. Tak boleh berdiri tertindih kaki, dikatakan akan jauh rezeki.

Pantang Larang Ketika Makan

1. Makan pedal ayam, akan mengantuk ketika bersanding.

2. Makan tidak basuh pinggan, nanti lambat dapat menantu.

3. Makan pisang kembar, akan beranak kembar.

4. Makan waktu Maghrib, makan bersama hantu.

5. Makan sisa anak, anak akan degil.

6.. Tidur selepas makan, nanti perut buncit.

7. Makan sambil berjalan, dapat penyakit perut.

8. Bila makan, pinggan tak boleh diletak atas riba, nanti suami diambil orang.

9. Jangan makan nasi di senduk, nanti payah rezeki.

10. Makan bertindih pinggan, akan beristeri dua.

11. Makan telur tembelang, mendapat penyakit barah.

12. Makan dalam pinggan sumbing, dapat anak bibir sumbing.

13. Makan dalam belanga, dapat anak rupa hodoh.

14.Makan berlunjur,akan jadi pemalas.

15.Makan mencangkung, payah dapat rezeki.

Pantang Larang Sewaktu Tidur

1. Tidur di muka pintu, alamat dilangkah hantu.

2. Tidur di atas pokok, nanti dimakan langsuir.

3. Tidur di atas sejadah,nanti dihinggap kurap.

4. Tidur selepas makan, nanti ditindih hantu.

5. Tidur melekat nasi di kaki, nanti mimpi hantu.

sales@rahsiaperkahwinan.com

Pantang Larang Ke Atas Perempuan

1. Dilarang menyanyi di dapur, nanti kahwin orang tua.

2. Dilarang menjahit di badan, nanti tidak lepas hutang.

3. Dilarang memakan leher ayam, nanti leher terkulai di pelamin.

4. Pantang bangun lewat, nanti sukar mendapat jodoh.

5. Dilarang makan nasi kerak, nanti mendapat anak bodoh.

6. Dilarang mencari kutu ditangga, nanti kahwin orang tua.

7. Dilarang mencucuk jarum pada waktu malam, nanti didatangi sial.

8. Dilarang bercermin di depan cermin retak, nanti wajah pucat di malam pertama.

9. Dilarang pakai baju basah, nanti badan naik kurap.

10. Pantang berbual di tangga, nanti dipinang orang di serambi rumah sahaja.

11. Dilarang makan bertindih pinggan, nanti menjadi madu orang.

12. Tak boleh menyapu nasi pada waktu malam, nanti pendek rezeki.

13. Dilarang mengerat kuku waktu malam, nanti datang sial.

14. Dilarang makan berubah tempat, nanti berkahwin ramai.

15. Dilarang meletak pinggan di tapak tangan ketika makan, dikhuatiri nanti akan merampas suami orang.

Pantang Larang Kanak-Kanak

1. Dilarang duduk atas bantal, nanti punggung terkena bisul.

2. Tak boleh memotong kuku waktu malam, nanti pendek umur.

3. Dilarang bersiul dalam rumah, nanti ular masuk.

4. Tak boleh jelir lidah, nanti lidah terpotong.

5. Makan kepala ikan, nanti menjadi bodoh.

6. Dilarang mengangkat kaki ketika meniarap, nanti emak mati.

7. Tak boleh menunjuk pelangi, nanti jari kudung.

8. Tak boleh makan dalam gelap, dikatakan makan dengan iblis.

9. Dilarang bermain atau keluar rumah waktu senja, nanti disorok hantu.

10. Tak boleh gigit kain, nanti gigi berulat.

11. Hempedal ayam tak boleh dimakan, nanti susah bersunat.

12. Dilarang bercakap dalam tandas, nanti mata ketumbit.

sales@rahsiaperkahwinan.com

Pantang Larang Di dalam Hutan

1. Jika sesat di hutan, jangan tidur di tepi sungai, nanti dimakan hantu.

2. Dilarang pegang pokok merah, nanti badan menjadi gatal.

3. Jangan tidur di atas pokok jika sesat, nanti dilapah hantu.

4. Dilarang bercakap besar ketika di hutan, nanti mendapat bencana.

5. Pantang bersiul di hutan, nanti disambar langsuir.

6. Jangan melaung di tengah hutan, nanti disahut hantu.

7. Jika terdengar sahutan, jangan dijawab, dikhuatiri suara hantu.

8. Jangan mengambil batu atau benda ganjil di hutan, takut berpenunggu.

9. Dilarang menegur sesuatu yang aneh atau ganjil dihutan, nanti dirasuk atau dapat malang.

Pantang Larang Di Sungai

1. Jika nampak air berpusar, jangan hampiri, alamat buaya bergerak atau mengiring.

2. Jika ikan toman membawa anak, jangan melintas di hadapannya, nanti dilompati ke perut.

3. Jika terdengar suara semacam kerbau di tebing sungai, alamat ada buaya mengawan.

4. Dilarang bawa limau purut, nanti dibaham buaya.

5. Jika suara perempuan terdengar waktu Maghrib, alamat hantu pari sedang berpesta.

6. Jika kail disambar gondang (siput besar) , alamat rezeki mendatang.

Pantang Larang Ketika Duduk

1. Tak boleh duduk atas bantal, nanti dapat bisul.

2. Tak boleh duduk atas tangga ketika Maghrib, nanti dirasuk hantu.

3. Tak boleh menggoyang kaki, nanti tak lepas hutang.

4. Tak boleh duduk di beranda tangga, nanti payah rezeki.

5. Tak boleh duduk atas lesung, nanti berkudis dubur.

Perkara yang boleh dilakukan dan sikap yang perlu ada ketika membuat pelaburan:

# Berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dalam pelbagai aspek supaya lebih mudah memahami apa yang dilakukan dan dimahukan.
# Jangan terburu-buru atau gopoh ketika membuat sebarang keputusan serta hindarkan sikap tamak sehingga merugikan diri sendiri.
# Jika ragu-ragu, mintalah nasihat dan pandangan orang yang lebih arif dan jangan sama sekali terikut-ikut dengan orang lain tanpa memikirkan kebaikan dan keburukan pelaburan itu.
# Kikis sikap untuk melabur apabila sudah stabil atau pendapatan banyak sebaliknya, tanamkan azam untuk melabur sejak dari muda lagi dan pastikan sasaran tercapai.
# Jangan tumpukan pelaburan dalam satu sektor saja dan jika ada peluang kembangkan dan pelbagaikan pelaburan anda.
# Luangkan masa untuk pergi mana-mana tempat atau pameran yang berkaitan dengan pelaburan bagi mendapatkan peluang dan maklumat terkini.

Oleh Datin Dr. Liew Yin Mei

ADAKAH anda telah mengikuti tiga rencana pertama daripada enam bahagian bersiri ini? Jika ya, maka anda pasti tahu bahawa penyakit jantung dan diabetes sememangnya merupakan dua penyakit yang berbahaya.

Anda juga tentunya sudah tahu bahawa mereka yang menghidap diabetes adalah dua hingga empat kali ganda lebih cenderung mendapat penyakit kardiovaskular berbanding mereka yang tidak menghidap diabetes.

Ini adalah kerana mereka yang menghidap diabetes biasanya mempunyai faktor-faktor risiko penyakit kardiovaskular: Glukosa darah tinggi, tekanan darah tinggi, paras lemak darah yang tidak normal dan obesiti pusat.

Paras glukosa darah tinggi dan tekanan darah tinggi boleh merosakkan lapisan dalam saluran darah/arteri anda sekali gus memudahkan kolesterol serta bahan-bahan lemak lain untuk berkumpul di dalam dinding-dinding arteri.

Ini mengakibatkan pembentukan plak /enapan lemak yang menyempitkan arteri anda, mengehadkan bekalan darah dan mungkin juga akan pecah serta mengakibatkan pembentukan darah-darah beku.

Jika darah-darah beku ini bergerak ke bahagian lain dalam badan dan menghalang sepenuhnya bekalan darah ke sesuatu organ contohnya jantung anda, maka ini mungkin akan mengakibatkan anda mendapat serangan jantung. Plak yang pecah di dalam otak mengakibatkan serangan strok.

Penyakit jantung tidak perlu menjadi takdir anda. Walaupun penyakit diabetes dan jantung berkait rapat, tetapi menghidap diabetes tidak bermakna anda juga mesti menghidap penyakit jantung.

Terdapat beberapa langkah yang boleh anda ambil untuk melindungi jantung anda serta memastikan ia kekal sihat. Yang paling utama adalah untuk mengawal penyakit diabetes anda dengan sebaiknya.

Ini termasuklah menjadi lebih aktif, mengurangkan berat badan berlebihan dan mengekalkan berat badan sihat serta paras glukosa darah yang normal. Di samping itu, pengawalan lipid/lemak darah dan tekanan darah yang baik serta mengelakkan diri daripada merokok.

Apa yang anda makan dan minum juga akan membuat perbezaan yang besar. Berikut tip-tip pemakanan mudah yang boleh membantu anda mengekalkan paras glukosa darah, tekanan darah serta lemak darah yang sihat:

Kekalkan paras glukosa darah dalam lingkungan normal

Sebaik-baiknya, jika anda menghidap diabetes, maka sasaran paras glukosa darah anda sepatutnya berada di antara 3.8 dan 6.1 mmol/L sebelum makan dan kurang daripada 7.8 mmol/L dua jam selepas makan.

* Makan dalam hidangan kecil tetapi kerap. Badan anda hanya mampu untuk mengendalikan jumlah glukosa yang sedikit sahaja pada sesuatu masa.

* Daripada memakan makanan karbohidrat yang bertapis, pilihlah makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks seperti nasi, roti mil penuh atau bijirin penuh, mi dan ubi-ubian dalam jumlah yang munasabah bagi setiap hidangan, setiap hari.

* Jarakkan pengambilan karbohidrat sama rata sepanjang hari. Pastikan ia sentiasa dalam jumlah yang konsisten setiap waktu makan. Jangan mengambil makanan berkarbohidrat secara berlebihan atau sebarang jenis makanan lain juga, pada waktu makan. Ini membantu mencegah peningkatan glukosa darah secara mendadak.

* Banyakkan makanan karbohidrat kompleks yang mengandungi kandungan serat tinggi – larut dan tidak larut. Serat larut seperti beta glukan, pektin dan sebagainya terdapat dalam kuantiti yang banyak dalam oat, barli, legum dan sesetengah buah-buahan seperti epal. Serat tidak larut pula terdapat dalam buah-buahan, sayur-sayuran, biji benih dan bijirin penuh.

Makanan berserat tinggi akan dicerna pada kadar yang lebih perlahan. Ini bermakna glukosa akan diserap ke dalam aliran darah pada kadar yang perlahan dan ini menyebabkan peningkatan paras glukosa darah yang lebih perlahan juga.

* Pilih makanan karbohidrat yang mempunyai indeks glisemik (GI) rendah. GI adalah pengukuran bagaimana cepat atau perlahan badan anda menukar karbohidrat dalam makanan tertentu kepada glukosa serta melepaskannya ke dalam aliran darah anda. Makanan GI rendah termasuklah barli, beras perang, roti rumusan istimewa, pasta yang diperbuat daripada gandum durum dan muesli.

* Elakkan pengambilan gula dan makanan serta minuman yang sangat manis dan pilihlah makanan proses yang rendah atau bebas lemak dan gula. Makanan yang manis menyebabkan paras glukosa darah anda meningkat dengan cepat.

Pastikan tekanan darah anda kekal rendah

Anda perlu meminta doktor memeriksa tekanan darah anda pada setiap kunjungan. Mereka yang menghidap diabetes sepatutnya bermatlamat untuk menurunkan tekanan darah mereka kepada 130/80 mmHg atau kurang daripada nilai tersebut tanpa mengira usia.

Tip-tip pemakanan berikut mungkin dapat membantu anda mencapai sasaran:

* Kandungan sodium (iaitu sejenis mineral yang sangat penting untuk badan anda berfungsi dengan sihat) yang terlalu banyak, boleh menyebabkan tekanan darah menjadi bertambah teruk terutama sekali jika anda sedang menghidap diabetes dan obes.

Oleh itu, anda perlu mengurangkan pengambilan sodium atau mengelakkan pengambilannya sama sekali. Cuba elakkan dari menambah garam, kicap atau monosodium glutamate (MSG) ke dalam makanan anda. Sebaliknya, gunakan herba-herba semula jadi dan rempah-ratus untuk menambahkan rasa makanan anda.

* Elakkan makanan yang telah diproses contohnya sosej dan daging burger, makanan awet (jeruk, telur masin dan ikan masin) serta makanan dalam tin kerana kesemuanya mengandungi terlalu banyak garam.

* Had atau elakkan dari meminum minuman beralkohol. Alkohol akan meningkatkan tekanan darah serta menyebabkan jantung anda bekerja dengan lebih kuat. Jika anda perlu minum sekalipun, pastikan yang anda mengikut sukatan yang disarankan iaitu, tidak lebih dua gelas minuman piawai dalam sehari bagi kaum lelaki dan tidak melebihi satu gelas minuman piawai sehari bagi wanita.

sales@rahsiaperkahwinan.com

Makan dengan betul untuk mengekalkan paras lemak yang sihat

Jika anda menghidap diabetes, adalah sangat penting bagi anda untuk mengekalkan paras lemak darah yang sihat. Anda perlu berusaha untuk mengekalkan paras keseluruhan kolesterol di bawah 5.2 mmol/L.

Paras kolesterol ‘jahat’ (LDL) anda pula perlu lebih rendah daripada 2.6 mmol/L dan kolesterol ‘baik’ (HDL) perlu lebih tinggi daripada 1.03 mmol/ L bagi kaum lelaki dan 1.3 mmol/L bagi kaum wanita. Anda juga perlu mengekalkan paras trigliserida di bawah 1.7 mmol/L.

Selain mengamalkan gaya hidup aktif, berikut tip-tip diet yang akan membantu anda mencapai paras lemak yang sihat:

* Elakkan makanan berkolesterol tinggi yang akan meningkatkan paras kolesterol LDL seperti udang, ketam, tiram, sotong, kuning telur dan organ dalaman (hati, buah pinggang, usus, otak). Anda boleh memakan lebih kurang 2-3 biji telur dalam seminggu tetapi pastikan anda mengurangkan pengambilan lemak binatang.

* Kurangkan pengambilan lemak tepu yang boleh meningkatkan paras kolesterol LDL. Lemak tepu kebanyakannya terdapat dalam haiwan atau makanan bersumber daripada haiwan. Ini termasuk bahan makanan tenusu penuh lemak seperti minyak sapi, lemak khinzir, susu penuh krim, mentega, keju dan mayones.

Elakkan pengambilan santan kerana ia mengandungi lemak tepu yang sangat tinggi. Alternatif yang lebih sihat adalah menggunakan susu rendah lemak dalam masakan kari, pemanis mulut (cendol, bubur caca) dan juga kuih-muih kegemaran anda.

* Sayangi lemak tidak tepu anda. Lemak poli tak tepu bukan hanya membantu menurunkan paras kolesterol LDL tetapi juga paras kolesterol HDL, manakala lemak mono tak tepu pula adalah neutral.

Sumber-sumber lemak mono tak tepu adalah minyak tumbuh-tumbuhan seperti konola, zaitun dan kacang tanah manakala lemak poli tak tepu pula datang daripada sayur-sayuran, minyak tumbuhtumbuhan (jagung, bunga matahari, kacang soya), kekeras (badam, kacang hazel) dan sesetengah jenis ikan seperti salmon dan tuna.

sales@rahsiaperkahwinan.com

* Hadkan pengambilan lemak keseluruhan anda dengan mengurangkan lemak dari semua sumber termasuk minyak-minyak masak. Perhatikan juga lemak-lemak tersembunyi di dalam pastri dan biskut.

* Gunakan minyak yang sedikit apabila memasak. Elakkan menggoreng makanan dengan minyak yang banyak sebaliknya, cuba kaedah goreng kilas (stir-frying) atau menggoreng menggunakan minyak yang sedikit serta mencuba kaedah memasak rendah lemak yang lain seperti mengukus, membakar atau memanggang.

* Elakkan asid lemak trans yang biasanya terdapat dalam barangan makanan yang dibakar secara komersial, marjerin, makanan snek dan makanan proses. Lemak trans adalah tidak baik untuk paras kolesterol kerana meningkatkan LDL serta menurunkan HDL. Baca label-label makanan dengan teliti untuk mengetahui sama ada sesuatu makanan itu mengandungi lemak trans atau tidak.

* Tambah pengambilan serat larut kerana ia membantu menurunkan paras kolesterol LDL dalam darah.

Banyakkan makanan berserat dan rendah GI

Serat larut terutama sekali beta glukan akan membantu menurunkan paras kolesterol dalam darah dengan membantu memerangkap asid hempedu yang berkolesterol dan, kolesterol dalam makanan yang terdapat dalam saluran pencernaan. Sementara itu, makanan rendah GI menyerap glukosa pada kadar lebih perlahan ke dalam aliran darah.

* Dr. Liew Yin Mei merupakan Pakar Perunding Perubatan, Yayasan Jantung Malaysia.

Artikel ini sumbangan dari Program Menangani Wabak Diabetes (FAD) Penjagaan Jantung yang dianjurkan oleh Institut Diabetes Negara (NADI). Program ini disokong dengan geran pendidikan tanpa syarat daripada Roti Gardenia Breakthru. Untuk pertanyaan, sila hubungi Institut Diabetes Negara (NADI) di talian (03) 78761676/78761677.

Oleh Saiful Haizan Hasam

Terdapat 10 kategori remaja akan diberi pengecualian daripada menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) walaupun mereka sudah menerima surat arahan untuk berbuat demikian.

Kategori tersebut yang termaktub dalam dalam Sub-Seksyen 4(1) Akta Latihan Khidmat Negara 2003.

Sehubungan itu, Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), Tan Sri Lee Lam Thye meminta ibu bapa yang mempunyai anak yang tergolong dalam 10 kategori itu tidak panik, sebaliknya mengisi borang pengecualian.

Katanya, calon pelatih atau penjaga perlu mengemukakan dokumen sokongan yang membolehkan mereka dikecualikan.

“Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) tidak ada niat untuk menyusahkan mana-mana pihak. Ini kerana pemilihan pelatih dilakukan secara rawak berdasarkan tarikh lahir yang diperoleh daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

“Jadi apabila pemilihan dibuat secara rawak, memang JLKN tidak tahu orang yang dipilih adalah Orang Kurang Upaya (OKU) atau sebaliknya,” katanya.

sales@rahsiaperkahwinan.com

Beliau ditemui pemberita selepas menyerahkan sijil pengecualian menyertai PLKN kepada remaja OKU, Mohd. Taufik Daud, 17, di Taman Tuanku Ampuan Najihah di sini hari ini.

Menurut Lam Thye, 10 kategori tersebut ialah:

* Orang yang bercelaru mental.

* Orang yang telah diperakukan oleh pegawai perubatan kerajaan mengalami kecacatan fizikal.

sales@rahsiaperkahwinan.com

* Orang yang menjalani hukuman penjara.

* Orang yang menjalani rawatan pencegahan.

* Orang yang menjalani rawatan dan pemulihan dadah.

* Orang yang menjalani tahanan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.

* Orang yang menghidap penyakit yang boleh membawa maut yang diperakukan oleh pegawai perubatan.

* Orang yang menghidap penyakit berjangkit.

* Orang yang mengikuti program sepenuh masa di institusi Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Penjara.

* Wanita yang mempunyai anak kandung.

Sebuah akhbar pada Jumaat lepas melaporkan keluhan seorang bapa, Daud Yakin, 53, berhubung arahan menyertai PLKN di Kem Warisan, Masjid Tanah Melaka walaupun anaknya itu mengalami kecacatan anggota badan sejak berusia dua tahun.

Oleh Noriah Idris
noriah@hmetro.com.my
Perkahwinan hari ini tidak ubah seperti istana pasir di tepi pantai, bila-bila masa boleh roboh

PEREDARAN zaman menyaksikan wanita memikul pelbagai cabaran dalam melayari alam berumah tangga.

Tanggungjawab isteri semakin mencabar kerana tuntutan hari ini yang memerlukan isteri bukan sekadar menjaga rumah tangga, sebaliknya sebagai wanita bekerjaya yang menyaksikan banyak tugas terbeban di bahu mereka.

Sebaik dianugerah cahaya mata, wanita harus pula menjadi ibu yang bijak selain perencanaan rumah tangga yang terpikul semakin terbeban.

Aliran perkahwinan hari ini yang menunjukkan graf perceraian semakin tinggi menyebabkan ramai wanita cuak dalam memilih lelaki terbaik untuk memacu kehidupan berkeluarga.

Justeru, kadar perceraian yang semakin meningkat hari ini dilihat sesetengah pihak sebagai satu fenomena yang membimbangkan.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pernah digesa mencari kaedah penyelesaian segera bagi mengatasi kes perceraian yang berlaku.

Ahli Parlimen Seri Gading, Datuk Mohamed Aziz, dalam sidang Dewan Rakyat tahun lalu pernah melahirkan kebimbangan apabila ungkapan cinta tidak lagi menjadi jaminan kepada pasangan dalam mengekalkan perkahwinan mereka.

Bahkan, katanya, pasangan selebriti yang cantik dan tampan juga boleh bercerai.

Kenyataan itu seolah-olah memberi gambaran bahawa wajah yang cantik serta kekacakan yang dimiliki tidak mampu mengekalkan kebahagiaan terhadap rumah tangga yang dibina.

Menteri berkaitan, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sendiri pernah melahirkan kebimbangan sikap tidak bertanggungjawab segelintir suami di negara ini menyebabkan wanita terpaksa hidup dalam kemiskinan.

Kebimbangan beliau itu dibuat berdasarkan peningkatan jumlah aduan dan permohonan bantuan golongan wanita yang diterima kementeriannya setiap

hari dengan kebanyakan kes membabitkan ibu tunggal yang terpaksa menyara hidup keluarga selepas bercerai atau ditinggalkan suami.

Menurutnya, kebanyakan wanita berkenaan terpaksa menyara keluarga manakala ibu tunggal yang tidak mempunyai sebarang kemahiran atau pekerjaan, berdepan masalah lebih serius.

Sindrom lelaki berkeluarga malas bekerja kian menular di negara ini sehingga boleh mewujudkan jurang ketara antara lelaki dan wanita.

Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, pernah menyuarakan fenomena lelaki tidak suka bekerja, manakala wanita pula mengambil alih tugas mereka dengan trend berkenaan dilaporkan menular di kawasan pedalaman terutama kampung sehingga ada lelaki sanggup menjaga anak di rumah.

Bagi menguatkan hujahnya, Dr Mashitah mendakwa gejala seperti itu berlaku di beberapa negeri termasuk di Kelantan.

Beliau juga begitu bimbang kerana jika keadaan itu dibiarkan berlarutan, wanita akan memilih untuk hidup membujang selama-lamanya kerana tidak sanggup memikul tanggungjawab yang sepatutnya ditanggung lelaki.

Dalam hal ini, beberapa wanita yang ditemui Harian Metro rata-rata bersetuju bahawa kesepakatan dalam hidup dan bukan paras rupa semata-mata, menjadi ukuran dalam perkahwinan.

Bagi pekerja bank, Haslina Zakaria, 35, perkahwinan sering bermasalah bukan disebabkan salah pilih pasangan, tetapi sikap individu yang berubah selepas berkahwin.

Menurutnya, ada lelaki atau wanita merasakan dirinya lebih tampan atau lebih cantik, sanggup menjalin hubungan sulit dan menyebabkan rumah tangga berantakan kerana berasa diri ada ‘nilai pasaran.’

“Tidak dinafikan bukan saja selebriti yang cantik dan bergaya, ramai orang biasa pun ada rupa. Oleh kerana rasa diri sedemikian, semakin lama mereka lupa diri sehingga berlaku cerai-berai.

sales@rahsiaperkahwinan.com

“Berdasarkan pengalaman teman, ada kalangan pegawai bank yang rasa dirinya cantik dan bertaraf isteri orang, tetapi cuba mendapat perhatian pekerja lelaki bertaraf suami yang lebih muda.

“Apabila terjalin hubungan terlarang, rumah tangga berantakan. Sampai sekarang, dia tiada pengganti walaupun cantik. Begitulah, jika pekerti tidak dijaga padah juga menimpa,” katanya.

Menurut wanita dari Rawang, Selangor ini, persoalan kejujuran memang penting dalam hidup berumah tangga.

Nurul Ashikin Shaari, 31, berkata, memandangkan wanita lebih ramai daripada lelaki, lebih baik mereka bersikap memilih untuk mengelak daripada terjebak dengan lelaki buaya darat.

“Memandangkan kes perceraian kian meningkat, wanita harus bijak mengendalikan masalah. Mereka seharusnya selidik latar belakang lelaki itu dulu,” katanya.

Mengenai sikap lelaki yang suka lepas tangan dalam rumah tangga, wanita tidak seharusnya cepat merasakannya sebagai beban sebaliknya anggap ia sebagai proses mematangkan diri.

“Wanita zaman ini sudah setaraf dengan lelaki dan harus ada persiapan dari pelbagai segi termasuk buat simpanan dari awal perkahwinan dan sanggup bekerja keras.

sales@rahsiaperkahwinan.com

“Wanita sendiri harus ada jaminan kewangan yang kukuh sebagai persiapan. Sekurang-kurangnya jika berlaku sesuatu yang tidak diingini, wanita sudah bersedia dengan kedudukan material yang ada,” katanya.

Menurut Nurul, menjadi wanita bijak tidak semestinya memerlukan seseorang itu berpendidikan tinggi. Sebaliknya, mereka harus menambah ilmu dalam pelbagai bidang.

Wan Fathiyah Wan Muhd, 29, tidak menafikan masalah yang berlaku dalam institusi perkahwinan hari ini menyebabkan ramai wanita takut berkahwin kerana takut bertemu jodoh dengan lelaki kurang bertanggungjawab.

“Mungkin pada awal perkenalan mereka menunjukkan sikap baik, apabila berumah tangga segalanya terserlah. Itu membuat saya tidak mudah percaya kepada lelaki kerana mungkin saya sendiri prejudis kepada mereka.

“Bukan semua orang tidak bernasib baik dalam perkahwinan. Dengan segala permasalahan rumah tangga masa kini, tak bermakna dunia sudah berakhir terutama bagi wanita yang pernah gagal dalam hidup berumah tangga.

“Kebahagiaan harus dicari dan kalau diuji, jangan mudah putus asa. Itu yang selalu saya tanamkan dalam diri untuk berusaha membaiki diri dan membuktikan wanita bukan manusia yang cepat putus asa,” katanya.

Mutira Kata Minggu Ini

Bermula pada hari ini, jadikan DIRIMU bagai pohon yang rendang di mana setiap insan dapat berteduh. JANGANLAH jadi seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.

video minggu ini

Jadilah Yang PERTAMA membaca!

Langgani Pelbagai Artikel Rahsia Perkahwinan Terus Ke Email Anda!! !:

By FeedBurner

Twitt RP !

RP's Fan Box

Rahsia TERBARU !