DO NOT MISS

07 May 2007

Keturunan baik lahir kesejahteraan

RASULULLAH SAW bersabda yang maksudnya: “Seseorang yang hendak berzina, tidak akan melakukan zina itu ketika ia berkeadaan sempurna imannya; dan seorang yang hendak minum arak, tidak akan minum arak itu ketika ia berkeadaan sempurna imannya; dan seorang yang hendak mencuri, tidak akan melakukan perbuatan itu ketika ia berkeadaan sempurna imannya; dan seorang yang hendak melakukan rompakan yang lazimnya menjadikan orang yang merompak itu memandang saja kepadanya, tidak akan merompak ketika ia berkeadaan sempurna imannya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Orang yang tergamak melakukan perbuatan ditegah agama menandakan tidak sempurna iman di jiwanya. Kebahagiaan hidup bergantung pada pertalian keturunan yang baik, keselamatan akal dan fikiran serta harta benda.

Keturunan yang terpelihara akan menjamin kesejahteraan keluarga dan masyarakat, akal yang sihat membolehkan seseorang itu membezakan antara baik dengan buruk, hak dan batil serta keselamatan harta benda membolehkan segala perancangan dilakukan dengan lancar dan sempurna.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia



Ingin Letak Iklan ANDA di RAHSIA PERKAHWINAN ?
EMAIL KEPADA admin@rahsiaperkahwinan.com

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]





Hipnosis atasi masalah perubatan, emosi

Oleh Hafizah Iszahanid

PERNAHKAH anda mengalihkan perhatian anak anda ketika dia meraung kesakitan akibat jatuh basikal sehingga berhenti menangis dan lupa kesakitan yang dialaminya? Atau adakah anda pernah ‘terpukau’ melihat jam poket yang dihayun ke kiri dan kanan. Kedua-dua perbuatan itu ialah sebahagian kecil hipnosis sama ada anda sedari atau tidak.

Mungkin dalam pemahaman yang cetek, hipnosis itu ialah pukau. Sebenarnya banyak perbezaan antara hipnosis, pukau atau berangan-angan. Hipnosis lebih beretika dan berstruktur, boleh membantu dalam menangani masalah kesihatan.

Bagaimanapun, sangat sedikit yang tahu mengenai hipnosis bertindak. Begitupun, ia sudah digunakan dalam dunia perubatan sejak 1950 untuk merawat kesakitan. Ketika ini hipnosis juga popular menangani masalah kebimbangan, kemurungan, trauma dan masalah pemakanan.

Malah, lebih daripada itu, anda mungkin terkejut jika diberitahu pada abad ke 19, sekumpulan doktor di India berjaya menggunakan hipnosis sebagai ubat bius dalam prosedur pemotongan anggota badan.

Pengetua London College of Clinical Hypnosis (LCCH) Malaysia, Sheila Menon, berkata hipnosis tidak begitu popular di negara ini sebagai cabang perubatan berbanding kaunseling. Bagaimanapun, ia sebenarnya berupaya menangani pelbagai masalah dan mempercepatkan proses untuk sembuh.

E-book Kamasutra | iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN


Sheila berkata, hipnosis adalah proses membabitkan pemikiran kritikal yang dipintas dan sejenis pemikiran tertentu atau persepsi dibentuk.

“Hipnosis mencipta satu keadaan tenang dan membantu mempermudahkan urusan. Ia bukan saja untuk menangani kes perubatan malah emosi dan tabiat,” katanya.

Sheila berkata, sebagai contoh 25 peratus populasi dewasa di Malaysia mengalami ‘musculoskeletal diseases’ iaitu masalah yang berkaitan dengan otot dan tulang. Antaranya artritis, artritis rhemutoid dan sakit belakang.

“Rasa sakit itu ditambah dengan tekanan harian yang dilalui menjadikannya semakin sakit dan menyebabkan ia mengambil masa lama untuk pulih.

“Hipnosis mengubah persepsi kita pada kesakitan. Kita boleh mengawal kesakitan itu. Ada orang yang tidak boleh kawal kesakitan tanpa hipnosis. Misalnya, kalau budak kecil, jatuh dan kakinya terluka, tetapi apabila kita tunjuk bunga atau alihkan perhatiannya, dia akan berhenti menangis. Bagaimanapun, bila tengok darah dia menangis semula,” katanya.

Sheila berkata, mental yang positif mempercepatkan proses penyembuhan. Ia hanya semudah memberi mesej kepada otak dan memberi kesan pada sistem tubuh.

“Hipnosis tidak terhad kepada masalah perubatan. Ia membantu mengubah seseorang secara emosi, tabiat, sikap, tekanan dan untuk memperbaiki pengucapan awam.

“Misalnya jika seseorang itu merokok dan ingin menghentikan tabiat itu, pakar hipnosis akan membantunya dengan membuat dia melihat sendiri imej dan keadaannya selepas berjaya berhenti merokok,” katanya.

E-book Seks Hebat| iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN


Kegunaan hipnosis
# Mengubah tabiat buruk seperti merokok, kencing malam atau kuat makan
# Mengurangkan rasa takut, tekanan dan kebimbangan
# Menyingkirkan atau mengurangkan rasa fobia
# Mengurangkan rasa sakit ketika bersalin
# Mengawal kesakitan ketika prosedur pergigian dan pembedahan
# Tekanan darah rendah
# Mengurangkan simptom yang dikaitkan dengan irritable bowel syndrome (IBS)
# Mengawal pening kepala dan muntah disebabkan kemoterapi
# Merawat dan mengawal simptom asma

Jenis-jenis hipnosis

Ada pelbagai kaedah hipnosis. Antaranya membuat anda bercakap dengan lembut, jelas dan memperincikan imej yang dicipta dalam suasana tenang. Ketika dihipnosis, juru terapi akan mencadangkan bagaimana untuk anda mencapai matlamat tertentu seperti mengurangkan kesakitan atau tekanan atau membantu anda menamatkan ketagihan merokok.

Dalam teknik yang lain pula, apabila anda dihipnosis, juru terapi akan menstimulasi imaginasi anda dengan mempengaruhi otak anda mencipta imejyang berkaitan dengan masalah anda. Penciptaan imej ini di dalam otak dikenali sebagai ‘mental imagery’. Ia ‘berkuasa’ untuk membantu anda mencapai apa yang ingin anda capai. Juru terapi membantu anda mencapainya sebelum anda memulakan apa yang ingin anda mulakan.

Hipnosis sendiri atau ‘self hypnosis’ adalah teknik ketiga. Juru terapi hipnosis bertauliah akan mengajar anda bagaimana untuk menghipnosis diri sendiri.

Biasanya sesi hipnosis berlangsung antara 30 hingga 60 minit. Berapa jumlah hipnosis bergantung pada masalah yang anda hadapi.

E-book Hebat di Ranjang| iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN


Apa yang perlu anda tahu mengenai hipnosis

Hipnosis adalah proses membabitkan pemikiran kritikal dipintas dan sejenis pemikiran tertentu atau persepsi dibentuk. Walaupun sesetengah pengalaman individu meningkatkan keadaannya untuk mudah dipengaruhi tetapi ia tidak berlaku pada setiap orang.

Hipnosis juga dirujuk sebagai hipnoterapi atau ‘hypnotic suggestion’ satu tahap ketidaksedaran. Ia selalunya dibuat dengan bantuan pakar terapi dan berbeza dengan ‘kesedaran’ biasa anda.

Apabila dihipnosis, perhatian lebih fokus, lebih bertindak balas, bersifat terbuka dan kurang kritikal atau bersikap tidak percaya.

Dengan kata lain, hipnosis adalah teknik teraputik yang membantu anda lebih mengawal tingkah laku anda, emosi dan fizikal.

Bagaimanapun, tidak dapat dinyatakan dengan jelas hipnosis bertindak. Ia mampu memberi kesan pada komunikasi otak dengan sistem tubuh menerusi saraf, hormon dan kimia badan seperti neuropeptides.

Biasanya, apabila selesai sesi hipnosis, anda akan lebih fokus kepada pemikiran, kenangan dan perasaan.

FAKTA
Sejarah Hipnosis
# Hipnosis membabitkan pemikiran kritikal dipintas dan sejenis pemikiran tertentu atau persepsi dibentuk.
# Ia bukan saja untuk menangani masalah perubatan tetapi juga emosi.
# Hipnosis dimulakan secara ‘false start’ pada abad ke 18 oleh doktor Jerman, Dr Franz Mesmer. Dengan lampu gelap dan tiupan harmonika, dia kononnya merawat pesakit dengan cecair magnetik.
# Walaupun Mesmer tidak diiktiraf sebagai orang pertama memperkenalkan hipnosis tetapi dia menunjukkan kepada dunia, otak boleh dimanipulasi dan ia memberi kesan pada sistem tubuh.
# Dalam sejarah perubatan, pakar mata berbangsa Inggeris, Dr James Braid disifatkan sebagai yang memperkenalkan hipnosis secara lebih sistematik pada 1842. Dia mengambil perkataan hipnosis daripada bahasa Greek yang bermaksud tidur.

 E-book Rahsia Jutawan Internet | iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN


Ingin Letak Iklan ANDA di RAHSIA PERKAHWINAN ?
EMAIL KEPADA admin@rahsiaperkahwinan.com

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]





06 May 2007

Suami perlu ringan tulang

ISLAM meletakkan wanita pada tahap yang tinggi dan mulia. Tugas isteri melayan suami semata-mata dan sekiranya isteri tidak mampu melakukan tugas di rumah, menjadi tanggungjawab suami menyediakan pembantu. Demikian tingginya martabat seorang isteri di sisi suami dan rumah tangga.

Bagaimanapun persepsi masyarakat hari ini meminggirkan perkara berkenaan sehinggakan suami bertindak bagai raja sementara isteri menjeruk rasa kerana bebanan tugas berganda antara tanggungjawab sebagai pekerja dan isteri di rumah.

Mungkin juga lelaki dan isteri sering diingatkan ‘syurga di bawah tapak kaki suami’ sambil mengetepikan bahawa seseorang bergelar isteri ‘melayan keinginan suami’, bukan dibebankan tugas mengemas, memasak, mencuci, membasuh dan sebagainya.

E-book Kamasutra | iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN


Kaunselor Berdaftar Universiti Malaya, Hushim Salleh, berkata masyarakat khususnya suami perlu lari daripada tanggapan kerja rumah hak mutlak isteri kerana agama tidak meletakkan tugas rumah pada bahu isteri sebaliknya meletakkan martabat isteri pada tempat yang paling mulia, kerana ia hanya akan memburukkan tanggapan orang luar terhadap Islam.

Beliau berkata, seandainya lelaki tidak mampu menyediakan pembantu kepada, membantu isteri dengan kerja rumah seperti mengemas, mencuci bilik air, menjaga anak adalah kerja terpuji dan secara tidak langsung seorang suami atau bapa itu menunjukkan contoh yang positif di hadapan anaknya pula.

E-book Seks Hebat| iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN


“Membantu isteri juga antara cara terbaik menjaga hati dan perasaan wanita, membuktikan suami seorang yang prihatin selain mengeratkan kasih sayang. Tidak kira isteri anda berkerja atau suri rumah, bantuan sedemikian menunjukkan anda sayang kepada keluarga,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Mengulas mengenai kerajinan suami, Hushim berkata, ia banyak dipengaruhi persekitaran dan pendidikan ibu bapanya ketika zaman awal kanak-kanak yang mana ia menjadi ‘role model’ yang dibawanya sehingga dewasa terutama apabila bergelar suami atau bapa.

“Sekiranya anak lelaki melihat bapanya rajin membantu ibu, besar kemungkinan anak ini akan menjadi suami yang ringan tangan apabila bergelar suami kelak. Sungguhpun begitu masyarakat juga berperanan menjadikan ‘suami berat tulang’ umpamanya bila terkeluar ayat seperti ‘lelaki perlu tinggi egonya’, ‘queen control’ dan ‘budak lelaki tidak boleh buat kerja perempuan, nanti jadi pondan’ ataupun ‘perempuan kalau belajar tinggi-tinggi pun tempatnya di ceruk dapur juga’.

E-book Hebat di Ranjang| iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN


“Sedangkan persepsi berkenaan mempengaruhi nilai masyarakat dan negara yang mana ia mendatangkan kesan negatif dalam perhubungan suami isteri. Merubah persepsi berkenaan, suami perlu mengubah sikap, dengan lebih ringan tangan membantu isteri kerana menjadi contoh kepada anak pada masa depan.” katanya.

Antara cara yang mungkin boleh dilaksanakan ialah dengan menggalakkan anak melakukan kerja rumah dengan menyediakan jadual umpamanya mengelap lantai, membuang sampah dan mengelap tingkap bergilir-gilir dan tidak memberatkan jantina yang mana anak perempuan perlu kerja lebih di rumah.

“Bantuan suami sebenarnya lebih kepada mengeratkan kasih sayang, tidak akan hilang bisa ular menyusur akar. Ego yang tidak bertempat ini sebenarnya adalah punca kepada renggang kasih sayang dan paling ditakuti apabila isteri merasakan dirinya tidak dihargai apatah lagi sekiranya dia bekerja di pejabat dan tugasan di rumah terbeban pada bahu sendiri,” katanya.

Pandangan berkenaan turut disokong Mazlan Abu Yazid. Bapa kepada 10 anak itu berkata, beliau biasa membantu kerja di rumah seperti menyidai pakaian dan membasuh kerana arwah bapanya dulu selalu membantu ibunya dengan kerja demikian menjadikan dia tidak menganggap kerja rumah tanggungjawab isteri semata-mata.

 E-book Rahsia Jutawan Internet | iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN


Beliau akui tidak pernah pernah berasa malu menyidai kain atau menyapu sampah, sebaliknya bangga andai berjaya melakukan tugasan sedemikian yang disifatkan boleh menjadi contoh kepada anaknya kelak.

“Kalau rumah bersepah kita kenalah buat sendiri. Janganlah mengharapkan kepada isteri semata-mata walaupun mungkin isteri itu tidak bekerja, tetapi sebenarnya suri rumah kerjanya tidak ada waktu rehat. Bagaimanapun kalau isteri ingin menegur kerja suami yang mungkin tidak secermat isteri, ia perlulah dilakukan secara baik dan tidak membebel kerana naluri manusia hanya ingin mendengar yang baik saja, walaupun kita mungkin melakukan kesilapan,” katanya.

Bagi Abdul Rahim Abdul Gafar pula, beliau menyifatkan membantu isteri melakukan kerja rumah sebagai antara tanda penghargaan kepada isteri selain menunjukkan contoh yang baik kepada tiga orang anaknya termasuk dua kembar seiras.

Katanya, kebanyakan lelaki yang ‘ringan tulang’ banyak dipengaruhi didikan orang tuanya ketika kecil dan berharap anak kembar lelakinya akan mengikut contoh positif yang dilakukannya hari ini, malah jika boleh membawa kepada usia dewasa mereka kelak.

“Sejak kecil lagi saya sudah didedahkan dengan kerja rumah, justeru saya tidak berasa malu untuk memasak, mengemas, malah melihat kerja sekolah anak. Saya melihat ini sebagai tanggungjawab seorang lelaki apabila bergelar suami atau bapa.

“Saya juga sebenarnya sejak kecil dulu sudah diajar melakukan kerja rumah. Kebetulan pula saya dan isteri anak sulung, ia banyak membantu kami hidup dalam suasana tolong menolong. Tabiat ini juga bukanlah ‘persetujuan’ bersama ketika sebelum berkahwin, sebaliknya ia berlaku secara semula jadi,” katanya.



Ingin Letak Iklan ANDA di RAHSIA PERKAHWINAN ?
EMAIL KEPADA admin@rahsiaperkahwinan.com

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]





Ibu bapa pembawa Talasemia, apa risiko anak-anak?

Doktor,
SELAMA ini saya tidak pernah terfikir untuk menjalani ujian Talasemia kerana beranggapan tiada ahli keluarga saya sebagai pembawa gen penyakit tersebut. Malah, ketika membuat keputusan berumah tangga hampir dua tahun lalu, saya hanya menjalani ujian saringan HIV sahaja. Keadaan itu juga berlaku pada isteri saya.

Namun begitu, ketika isteri saya disahkan mengandung, paras hemoglobin darah isteri saya merosot hingga ke paras 8.0 walaupun mengambil vitamin yang dibekalkan oleh pihak hospital malah mengambil Obimin. Memandangkan tiada sejarah penyakit tersebut di dalam keluarga, kami menganggap ia perkara biasa bagi ibu yang mengandung.

E-book Kamasutra | iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN


Ketika kami mengunjungi sebuah pusat perubatan swasta bagi tujuan persediaan melahirkan anak kelak, pakar sakit puan di situ menyarankan agar isteri saya menjalani ujian darah lengkap termasuklah ujian Talasemia bagi mengesan punca sebenar paras hemoglobin isteri saya merosot walaupun dia mengesyaki isteri saya sebagai pembawa gen Talasemia.

Apabila keputusan diperolehi, isteri saya disahkan sebagai pembawa gen Talasemia Alfa Trait. Kemudian, doktor menyarankan saya turut menjalani ujian yang sama dan disahkan sebagi pembawa gen Talasemia Beta Trait. Perkara ini mengejutkan kami kerana tiada sejarah keluarga kami sebagai pembawa penyakit ini, walaupun diakui tiada seorang pun keluarga kami pernah menjalani ujian saringan Talasemia.

Isteri saya dijangka melahirkan anak kami tidak lama lagi. Yang menjadi kemusykilan kami adalah:

E-book Seks Hebat| iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN


A- Apakah risiko bayi kami kelak, adakah dia berpotensi sebagai pembawa Talasemia Major sehingga memerlukan pemindahan darah?

B- Adakah ini bermakna bilangan ahli keluarga saya hanya terhad kepada saya, isteri dan anak yang bakal dilahirkan sahaja kerana kami pembawa gen Talasemia?

C- Pakar perbidanan dan sakit puan menyarankan agar kami menyimpan cord blood atau darah tali pusat sebagai persediaan di masa hadapan. Apa pandangan doktor?

D- Apakah peluang anak kami menjalani kehidupan yang sihat seperti orang lain?

– BAKAL ABAH & MAMA, Jerantut, Pahang

E-book Hebat di Ranjang| iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN


————-

Saudara,

A- Sekiranya kedua ibubapa adalah pembawa, anak mempunyai 25 peratus risiko untuk mendapat talasemia major yang memerlukan pemindahan darah.

B- Tidak, tetapi setiap kali hamil risikonya, 25 peratus anak adalah normal, 25 peratus talasemia major dan 50 peratus pembawa sihat

C- Jika mampu, digalakkan untuk menyimpan darah tali pusat. Boleh digunakan untuk pemindahan dalam kes-kes talasemia major dan juga kanser

D- Sebanyak 25 peratus normal dan 50 peratus pembawa sihat.

Jawapan disediakan oleh Pakar Pediatrik, Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Shah Alam, Selangor, Dr. Fadzillah Ghazalli.

 E-book Rahsia Jutawan Internet | iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN



Ingin Letak Iklan ANDA di RAHSIA PERKAHWINAN ?
EMAIL KEPADA admin@rahsiaperkahwinan.com

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]





Panduan ‘ubati’ budak daripada hisap jari

KANAK-KANAK menghisap jari adalah perkara normal. Mungkin sesetengah ibu bapa tidak selesa dengannya, tetapi bagi kanak-kanak itulah cara yang membuat mereka selesa dan tenang.

Mungkin, mereka sudah mula menghisap jari sejak di dalam kandungan. Anda mungkin biasa melihat imej ultrasound janin yang sedang menghisap jari. Justeru, tabiat itu akan berterusan apabila dia dilahirkan.

Ada sesetengah kanak-kanak diberi puting oleh ibu bapa. Oleh itu, mereka tidak menghisap jari. Ibu bapa lebih selesa dengan puting kerana memiliki kuasa sepenuhnya untuk memberi atau tidak puting kepada anak, berbanding jari walaupun mungkin beberapa kali melarang anak tetap menghisapnya.

Selalunya kanak-kanak akan menghisap jari apabila dia penat, takut, bosan, sakit atau cuba menyesuaikan diri dengan cabaran baru. Contohnya, hari pertama di sekolah atau pusat asuhan atau dia mungkin mengatasi rasa gemuruh ketika kali pertama mengikuti satu perjalanan yang jauh, misalnya balik kampung.

E-book Kamasutra | iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN


Ada juga kanak-kanak yang mungkin gemar menghisap jari sebelum tidur atau ketika terjaga di tengah malam.

Sebagai ibu bapa, anda tidak perlu untuk menjadi terlalu bimbang. Walaupun anda risau tabiat menghisap jari akan menjejaskan pertumbuhan gigi dan rahangnya, tetapi menurut Persatuan Pergigian Amerika, kanak-kanak boleh menghisap jari dengan selamat hingga usianya sekitar tiga atau empat tahun.

Bukan semua tabiat menghisap jari itu merosakkan pertumbuhan gigi. Menurut pakar, kekuatan menghisap jari dan kekuatan lidah menolak pembentukan gigi yang membuatkan gigi jongang,

Kanak-kanak yang hanya meletakkan jari dalam mulut kurang komplikasi berbanding kanak-kanak yang menghisap jari secara agresif.

Justeru, perhatikan anak anda dan analisis tekniknya. Jika dia menghisap jari dengan kuat, anda perlu pastikan dia menghentikan tabiatnya. Menghukum kanak-kanak dua tahun atau mendesak dia menjauhkan jari daripada mulutnya tidak dapat membantu kerana dia mungkin tidak menyedari kelakuannya itu. Lagi pun, semakin kuat ibu bapa mendesak, semakin kuat juga keinginannya untuk tidak berhenti.

Selalunya, kanak-kanak tidak lagi menghisap jari apabila dia bertemu cara lain untuk membuat dia tenang dan selesa. Jika anak cenderung menghisap jari ketika dia lapar misalnya, menjelang usianya dua tahun ke atas, dia akan belajar membuka peti sejuk dan mencari sesuatu untuk dimakan atau meminta makanan daripada anda.

Jika anda boleh memastikan waktu dia gemar menghisap jari misalnya ketika menonton televisyen, anda mungkin boleh memberi dia pilihan. Misalnya berikan dia bola getah kecil untuk dipicit-picit.

Jika dia menghisap jari ketika letih, mungkin anda boleh membenarkan dia tidur agak lama pada waktu petang dan lewatkan sedikit masa dia tidur pada waktu malam.

E-book Seks Hebat| iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN


Kalau dia menghisap jari kerana dia kecewa, bantu dia meluahkan perasaannya. Apa yang penting anda tahu bila akan menghisap jari.

INFO
Kanak-kanak menghisap jari

# Kanak-kanak menghisap jari kerana berasa lebih selesa dan tenang.
# Ada kanak-kanak menghisap jari kerana penat, takut, bosan, sakit atau cuba menyesuaikan diri dengan cabaran baru
# Kanak-kanak menghisap jari dengan selamat hingga berusia antara tiga atau empat tahun tanpa menjejaskan pembentukan gigi dan rahangnya.
# Kanak-kanak yang meletakkan jari dalam mulut kurang komplikasi berbanding kanak-kanak menghisap jari secara agresif.
# Kanak-kanak akan meninggalkan tabiat menghisap jari apabila bertemu cara lain untuk membuat dia tenang dan selesa.
# Kanak-kanak mudah tidur malam dan tidur lebih awal berbanding kanak-kanak yang tidak menghisap jari.
# Hampir 94 peratus kanak-kanak berhenti menghisap jari menjelang ulang tahun pertamanya.

E-book Hebat di Ranjang| iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN


 E-book Rahsia Jutawan Internet | iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN


Ingin Letak Iklan ANDA di RAHSIA PERKAHWINAN ?
EMAIL KEPADA admin@rahsiaperkahwinan.com

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]





Kekal langsing lepas bersalin

Oleh Noriah Idris

TEMPOH berpantang selama 44 hari begitu lama dirasakan bagi wanita yang baru pertama kali menjadi ibu. Bagi segelintir ibu, ia bagaikan satu penyeksaan terpaksa menghitung hari yang dianggap membosankan.

E-book Kamasutra | iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN


Waktu berpantang juga dikatakan banyak pantang larang yang perlu diikuti. Bertungku, bertangas, berbengkung, bertasak, mengurut dan menyediakan air rebusan setiap pagi menjadi amalan sebahagian kita terutama masyarakat Melayu dalam usaha mengekalkan kecantikan wanita.

Bagi wanita yang mementingkan kesihatan dan penjagaan diri, amalan berkenaan dianggap peluang untuk memulihkan kesihatan dalaman. Tidak hanya dari segi kesihatan, ia turut membabitkan kecantikan dan kecergasan diri biarpun sudah bergelar ibu.

E-book Seks Hebat| iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN


Pemilik Pusat Rawatan Kecantikan An Nuri, Nuriah Mohd Isa, yang sudah lama terbabit dalam bidang kecantikan tradisional sedia berkongsi rahsia untuk membolehkan wanita tetap langsing biarpun sudah beranak-pinak.

Menurutnya, antara amalan penting sewaktu berpantang adalah mengurut bagi membantu melancarkan perjalanan darah dan menyihatkan tubuh di samping membantu diri tampil muda.

E-book Hebat di Ranjang| iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN


“Seelok-eloknya badan perlu diurut sebulan sekali selepas habis pantang terutama di bahagian perut kerana segala angin berkumpul di bahagian berkenaan. Selain itu, penyakit juga banyak berpunca dari bahagian berkenaan,” katanya sewaktu ditemui di kedainya di Jalan Genting Klang, Setapak, Kuala Lumpur.

Baginya, urut bukan saja untuk wanita selepas bersalin. Amalan tradisi itu menurutnya, membantu membetulkan organ dalaman wanita supaya kembali berfungsi dengan baik.

 E-book Rahsia Jutawan Internet | iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN


Jika ingin mencuba sendiri urutan, bahan mengurut mudah saja iaitu minyak kelapa, tiga camca besar halba, halia sebesar ibu jari, kunyit hidup, tiga ulas bawang putih dan lima biji bawang merah. Minyak kelapa itu boleh dihasilkan sendiri menggunakan santan daripada sebiji kelapa yang dimasak hingga menjadi minyak.

Semua bahan berkenaan ditumbuk kasar sebelum dimasak bersama halba dan minyak hingga panas. Sejukkan dan simpan dalam bekas kering supaya ia tahan lama.


Ingin Letak Iklan ANDA di RAHSIA PERKAHWINAN ?
EMAIL KEPADA admin@rahsiaperkahwinan.com

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]





 
Copyright © 2014 RP. Designed by OddThemes